Monday, April 30, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #15

Pagi:
Sepinggan nasi dagang
Air teh O

Tengahari:
Nasi putih + Ayam masak gulai + Kangkong goreng ikan masin + Ikan goreng + Acar timun
Air sunquick

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 1.5 liter

Sunday, April 29, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #14

Pagi:
Semangkuk laksam + Teh o limau suam
 # tak dan nak wat shake, g amek encik tunang kat bus stand MPKT

Tengahari:
Nasi putih + Masak lemak sawi putih + Peria goreng merah + Telur dadar
Dua gelas air ribena

Petang:
Beberapa keping pisang goreng
Air teh o
Beberapa keping keropok
Air sunquick

Malam:
Nasi putih + Ikan aya masak gulai + Kacang panjang goreng kuning +Ikan goreng
#teman myC makan malam

Air putih:
plus minus 1 liter

#29th dan 30th April program Cabaran Herbalife : Sihat Menawan tersasar!


Saturday, April 28, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #13

Pagi:
400ml, F1 Shake

In between:
Bergelas-gelas air kelapa muda fresh dari ladang. :)

Tengahari:
Nasi putih + Ikan gelama goreng + Asam pedas ikan

Petang:
Mempelam muda + colek

Malam:
Nasi putih + BBQ Seafood - Ikan, kerang, lokan + 2 Ketul Sosej + Brown sup + Coleslaw + Kentang lenyek
Lokan ialah sejenis hidupan sungai. Duk dalam lumpur. Sedap dimakan dengan cara rebus atau bakar. Cicah pulak ngan sos cili. Terangkat abes!
 Air putih:
plus minus, 1 liter

Friday, April 27, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #12

Pagi:
400ml, F1 Shake
Sepiring bihun goreng

Tengahari:
Nasi putih
Daging gulai kawah  + Air sirap + Acar timun + Sekeping lobe masak lemak
ekceli nie nasi kenduri, g umah jiran kawen.
Malam:
400ml, F1 Shake
Puah muda + colek

Air putih:
1.5liter


Lafaz Akad Nikah

Salam, hai dan hola.

Beberapa hari lepas aku dah g amek borang kebenaran nikah kat Pejabat Agama Daerah Setiu. Boleh rujuk SINI. Alhamdulillah dah settle for legal documents. Tinggal nak akad aja lagi. Senyum dalam duka. Wahai hati bertabahlah kau didalam sana. Semoga kau sentiasa tersenyum walau apa-apa pun terjadi. Aku hanya ada kau, sebab kau amat memahami aku.

Tadi petang, ayah g hantar borang tersebut kat tok kadi mukim pantai. Lupa nak pesan kat ayah, suh tanyakan lafaz akad nikah macam mana nanti? Nanti pengantin lelaki nak jawab macam mana? Bagi aku benda tu kita kena tahu, sebab nanti senang bakal suami nak practice ke, apa ke. Tak adalah dia cuak sangat kan. At least dia dah bersiap sedia dari awal. Setahu aku, lain tok kadi, lain caranya. Lain mukim, lain kisahnya. Lain negeri, lain pula gayanya. Betulkan?

Contohnya, lafaz jawab akad nikah bagi mukim guntong, daerah setiu, negeri terengganu camnie:
"Aku terimalah akan nikahnya dengan isi kahwinnya sebanyak tersebut itu"
Lafaz ni kawan aku yang bagi. Ayah dia yang bagitahu. Tetapi lain pula caranya masa cousin aku kahwin dua tiga yang lepas. Heh. Aku masih ingat lagi tu. Lafaznya sesimple, semudah dan seringkas ini:
"Aku terima nikahnya" 
Done. Sekejap itu dieorang sah disatukan. Alhamdulillah. Jalan yang mudah bagi dia. Siap tok kadi tulis kat kertas dan dia hanya baca setulus hati saja. Kat tempat korang macam mana pulak lafaznya? Nanti aku share yea lafaz aku camne, esok nak minta ayah g sekali lagi kat umah tok kadi tu. Nak tanya camna lafaz akadnya. Nak bagi Encik Tunang practice. Practice make perfect kan? Senyum tak perlu kata apa-apa.


#doakan kami bahagia selamanya.


Teaser Baju Nikah

Salam, hai dan hola.

Alhamdulillah. Baju nikah dan baju bertandang aku dah siap. Baju nikah beli sendiri, baju bertandang pula dapat masa hantaran tunang dulu. Aku dua2 buat baju kurung moden. Kain pula ala-ala duyung gitu. Kembang kat punggung, kuncup kat lutut dan kembang kat kaki. Dah fitting dua2 baju, sedap pakai. Cet, baru aja first fitting cakap dah sedap. Hehe.

Tapi kan...aku rasa baju tu longgar la. Adakah aku dah mengalami perubahan selepas meminum Formula 1 Herbalife? Haha. Sedikit teruja disitu, walaupun weighing scale aku xbergerak-gerak lagi jarumnya. Tak motivated langsung weighing scale aku nie. Rasa nak beli yang digital punya aja. Korang ada tahu tak kat mana ada jual digital weighing scale nie?

Dah sambung semula dengan cerita baju nikah dan baju bertandang aku. Baju-baju tu material sama aja satin dan lace (eh betul ke? yg kain net dan ada sulam-sulam tu). Biarlah dah siap jadi baju pun. Malas dah nak fikir. Semasa taip entri ni aku baru teringat, Encik Tunang suka kebaya. Tak terfikir pulak baju bertandang tu nak wat baju kebaya. Aiseyman. Camne eh? *geram la pulak ngan sikap aku asyik lupa nie, maaf ya encik tunang*

Jom layan teaser dululah yea...
baju nikah : putih itu suci
baju tandang : cream pilihan hati
Tapikan veil belum ada lagi la. Rasanya veil tu pinjam ngan mak andam boleh je kan? Cam tak sempat dah nak buat or beli.Tudung awning tuk nikah dah ada, tapi putih kosong. Cadang nak letak batu-batuan berkilat tu. Kena tengok bajet dululah ada ke tak. Bagi tudung bertandang pulak nak beli tudung cream dan ada ropol2 kat tepi tu. Just tudung saja, tak nak veil. Biarlah se simple mungkin. InsyaAllah, dengan izinNya.


Thursday, April 26, 2012

Alhamdulillah, dengan izinNya!

Salam, hai dan hola.

1 bulan dan 1 hari lagi...

Lama dah tak buat entry panjang-panjang. Lately a little bit busy organize trip g Kerteh, Rantau Abang and Noor Arfa Craft Complex. Bersempena LASABEL dan family day PEWANIS katanya. Korang sihat? Saya kat sini alhamdulillah sihat. Kadang-kadang ada juga tak sihat. Sakit belakang. ENtah la kenapa, urat tak betul kot. Masa belajar kat UIA dulu, selalu aja terjatuh dalam bilik air. Careless. Sigh. Kesannya, sekarang baru terasa. Sakit. Nak duduk lama-lama sangatlah susah. Kalau meniarap lagilah sakit.

Nak g urut before kawen boleh tak? Tapi mak cakap tak elok muda-muda dah nak mengurut, nanti takut dah terbiasa, asyik nak diurut aja. Kalau husband yang urut tak apa la, free je kan. Boleh je nak upah. Satu ciuman. Haha. Ke situ pulak fikiran. Cantas cepat sebelum merebak ke lain. If nak suruh orang urut mesti kena bayar kan? Nak kena bayar tak apa, asal murah. Satu hal yang menjadi masalah, kat kampung aku nie tak ramai tukang urut perempuan. Kalau ada pun, urutannya tak best. Pernah dah urut sekali, tak de kesan apa-apa pun. Sendawa pun tak keluar apatah lagi peluh. Heh.

Malam nie mood tengah goyah, tak tenteram, bercelaru dan jiwa kacau. Hopefully cepatlah tiba ke saat itu. Dah rasa tak mampu nak tanggung dugaan dan cabaran. Mungkin bagi setiap orang cabaran nak kahwin berbeza-beza. Aku pulak cabaran dari dalaman. Antara kami berdua. Aku berharap sangat-sangat semoga jodoh kami ada dan berpanjangan. Tak sanggup rasa sekiranya terjadi perpisahan. Tapi kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan.

My silent readers and beloved bloggers, doakan semoga perhubungan kami menuju halal diberkati dan dipermudahkan yea.

#bride to be yang lain agaknya sibuk duk buat persiapan, aku nie terlopong aja. tak tahu nak buat apa. pegang itu salah, pegang ini salah.

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #11

Pagi:
400ml, F1 Shake
Beberapa biji jemput2 pisang

Tengahari:
Nasi putih + 3 ekor ikan tumis + Sekerat ikan goreng
Ulam: 3 slices besar tomato + 6 slices timun batang
lunch at office in front of laptop
 Petang:
2 keping roti + kaya spread

Malam:
400ml, F1 Shake

Air Putih:
plus minus 2.5 liter

Wednesday, April 25, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #10

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + 2 ekor ikan rebus + Sekerat ikan goreng

Petang:
Sebiji jagung rebus
Sepinggan maggi goreng
maggi goreng made by tikah, ofismate.

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 2.5liter

Wordless Wednesday : Oh Mina!

Mina sudah tiada. Semoga Allah tempatkan dia dikalangan haiwan2 yg baik.

The late Mina and my weighing scale

Tuesday, April 24, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #9

Pagi:
400ml, F1 Shake

In between:
4 ketul kaki ayam goreng
4 potong keropok lekor goreng

Tengahari:
Nasi goreng putih + 3 ekor ikan rebus

Petang:
1/2 biji buah mempelam

Malam:
400ml, F1 Shake

Borang Kebenaran Nikah

Salam, hola dan hai,

Kami dah boleh nikah!
dalam mukim pantai!

Monday, April 23, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #8

Pagi:
400ml, F1 Shake
Beberapa biji kecil jemput-jemput pisang

Minum pagi:
Beberapa slices buah oren

Tengahari:
Nasi putih + Kuah tempoyak ikan patin + Ayam goreng + Ulam raja

#Bos belanja makan. Tapi, dia perli aku "Kata diet, tapi makan nasik jugak, nantikan tak muat baju kawen". CET...
Eh rasa cam nak cubit2 je mulut dia. Haha.

Petang:
Beberapa suapan nasi

#saing makan ngan mak. Mak sekarang nie xlalu makan. Kesian dia

Malam:
400ml, F1 Shake
3 biji buah strawberi

Air putih:
2 liter

Sunday, April 22, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #7

Pagi:
400ml, F1 Shake

Minum pagi:
Beberapa keping keropok goreng

Tengahari:
Nasi putih + 2 ekor ikan gelama goreng + Sayur sawi cina

Petang:
4 keping kek pisang
1 biji mempelam

# gila banyak makan. manis pulak tu. errr..geram

Malam:
400ml, F1 Shake
Seekor ikan rebus

Air putih:
plus minus 2 liter

# saya amat suka makan ikan
## saya amat suka makan mempelam 
(kebetulan sekarang nie musim mempelam, so almost diet ada buah nie. gugu.)

Laut biru

Salam, hai dan hola.
mood ke laut...

Laut China Selatan


Saturday, April 21, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #6

Pagi:
400ml, F1 Shake

Minum pagi:
Air kelapa 1 gelas
Hati ayam bakar 2 ketul
Leher ayam goreng 1 ketul
Buah mangga 1 biji

 # sebab ada g pasar harini, kalo tak jangan harap la nak ada minum pagi. huhu.

Tengahari:
Nasi putih + Ikan goreng + Sayur petola masak air + Timun + Budu

# syok gila makan budu nie. nasib baik tak lupa diri. if tak tahan berpinggan-pinggan tambah. alhamdulillah dapat kawal nafsu makan.

Petang:
Air teh secawan
Air anggur sejuk 3 cawan
Colek buah mempelam muda + jambu mawar

# favourite cordial drink is grape, don't like syrup the most.

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 1 liter

# need to consume more water lah. ayoyo..nie la bila duk kat rumah susah sikit nak minum. kalo kat opis tu laju aje minum. :(

Friday, April 20, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #5

Pagi:
400ml, F1 Shake
arghh, terlupa. termakan bihun goreng!

Tengahari:
Nasi minyak + Ayam masak merah + 2 keping Nugget + 2 biji bebola ikan
beli kat pasar. rasa : so-so je
Petang:
Tembikai - 3 hirisan
Bihun goreng - 2 suapan
Air sirap - 2 cawan

Malam:
400ml, F1 Shake
2 ekor ikan goreng + kangkung rebus + sepiring kerabu tauge n pucuk paku

Air putih:
plus minus 2 liter

Thursday, April 19, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #4

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + Ikan taucu + Ikan goreng


Petang:
Beberapa keping kerepek pisang PEWANIS
sedap!
 1/2 keping pisang goreng
2 keping ubi goreng

Malam:
400ml. F1 Shake

Air putih:
plus minus 2.5 Liter

#kena consume banyak air la. sigh!

Celik Wang

Salam, hai dan hola.

Geram eh arini. Line x berapa nak laju la. Ada masalah apa ntah BB celcom nie. Nak online n buat kerja pun tak best. Just nak share dengan semua lovely bloggers tentang buku berharga RM5.00 ini. Baru beli. Tak sempat nak baca lagi. Nanti dah baca baru boleh kupas. :)

Celik Wang : Pengurusan Wang Secara Bijak
Sinopsis:
Celik Wang akan membuka minda anda kepada perkara-perkara yang anda harus ketahui dari segi kewangan untuk menceburi pasaran pekerjaan yang bersaingan. Buku ini menerangkan apa yang harus dilakukan pada peringkat awal hidup agar anda dapat mencapai impian kewangan anda.

Ia bertujuan mengurangkan kebimbangan kewangan anda dengan menyediakan petua-petua berguna untuk mengurus wang serta merancang bagi masa depan. Di samping itu, buku ini juga mengajar anda cara menjalani kehidupan bahagia dengan menekan kepentingan menabung dan melabur untuk hari esok agar impian kewangan anda menjadi kenyataan.

Pada dasarnya, Celik Wang bertujuan membantu anda mengurus wang anda secara bijak. Celik Wang juga menggalakkan pemikiran wajar, dan buku ini perlu dimiliki oleh semua golongan.

Wednesday, April 18, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #3

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Bihun goreng + Keropok lekor rebus + Keropok lekor goreng
bekalan tengahari
 400ml, Mix tea lemon and hibiscus
dah tinggal suku
Petang:
2 biji buah mangga
Beberapa keping keropok

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
4 liter
bila berjalan terasa terbunyi air dari dalam perut. :)

Tuesday, April 17, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #2

Pagi:
400ml, F1 Shake
cabaran : mak buat mee goreng basah untuk breakfast, terliur tapi terpaksa tepis

Tengahari:
Nasi putih + Sayur lemak buah gajus campur sotong + Ikan goreng
sotong tu sangat menggoda!
Petang:
Buah mangga

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
3.5 liter

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #1

Pagi:
F1 shake, 400ml

Tengahari:
Nasi putih + Sotong singgang +Ikan goreng

Malam:
Shake F1, 400ml

Air masak:
plus minus 3L
My bottles : 1 liter and 750ml

Monday, April 16, 2012

Pejabat Agama Daerah Setiu

Salam, hai dan hola.

Pagi tadi before masuk kerja, g pejabat agama dulu. Hantar borang yang telah siap diisi dan sertakan salinan yang dikehendaki. Fuh. Tak ada interview. Suka :)

Tapi sebelum pegawai tu terima borang, kena la tanya2 kan. Soalan biasa aja. Berapa hantaran? Letak mas kahwin berapa? Lepas tu aku bagitahu la jumlahnya berapa. Pegawai tu pun cakap, tu saja la tu nak suruh tok kadi tergeliat lidah nak sebut. :) Alaa. tak kot. Mas kahwin biasa-biasa saja. Hehe.
senyum...

Pegawai tu suruh tukar tapi aku senyum saja. Senyum dan terus tersenyum. Kira2 xnak tukar dah. Lepas tu beliau suruh bayar RM5.00. So bayar la. Dah kira settle la kan. Beliau minta datang lagi next week untuk collect borang yang telah siap diproses tu. Ok. Baiklah.
senyum tak perlu kata apa-apa
Tapi sebelum beredar, aku sempat lagi ajukan beberapa soalan cepu mas. Soalan sama yang aku tanya ngan tok kadi yang aku jumpa semalam. Boleh rujuk SINI.

p/s: Dah capai kata putus. Dah bincang ngan akak dan family. Dia orang pun setuju. Mudah-mudahan majlis aku berjalan lancar. InsyaAllah.
p/s/s: Maksudnya duit makin laju keluar.



Sunday, April 15, 2012

Jumpa Tok Imam Nikah

Salam again!

Hehe. Petang tadi ajak ayah g jumpa tok imam, g tunjuk borang nikah ok ke tak. Tok imam nikah tu pun belek-belek la. Then beliau kata kena hantar ke pejabat agama dulu baru bagi kat beliau. Eh! Camtu yea? Baiklah, aku g la esok.
nie depan umah tok imam nikah

tok imam nikah duk baca borang my C

Inilah tok imam nikahnya.
Lepas tu aku tanya la beberapa soalan cepu mas kat tok imam nikah tu. Bertubi-tubi soalan aku. Haha. Dan beliau dapat jawab dengan baikMasa sekarang nie boleh la tanya-tanya. Nanti masa akad nikah kecut perut. :)

p/s: tak biasa guna kata ganti diri beliau, terasa janggal pulak.

Shopping sakan di hujung minggu!

Salam, hai and hola.
bear in mind, post nie panjang!
Aktiviti di hujung minggu bersama Mak, Kak Na, Kak Tini dan Iezlin.

Semalam g Jerteh, bawa Mak beli barang-barang plastik nak guna masa majlis nanti. Pergi KEDAI DUA RINGGIT aja. Nak beli yang murah-murah kan. Kat kedai tu Mak beli 2 bakul, 2 besen, 1 set sudip, 1 tong, 1 gayung dan 2 baldi kecil. Belanja hangus kira-kira RM22 sahaja. :) Kak Tini pun sama tumpang sekaki beli barang-barang keperluan rumah dia. Iezlin pulak duk sibuk cari barang mainan tuk adik dia. Manakala Kak Na aku tu g IRENE Saloon tuk wat hair rebonding.

Since membeli kat K.D.R tu sekejap sangat, banyak masa terluang dan sementara menunggu Kak Na siap buat rambut, kami bergerak ke kedai borong sebelah. Aku duk survey-survey la harga gula-gula kat situ. Mahal la jugak satu plastik besar tu. Alih-alih aku beli tisu dua bundle. About 20 rolls kot. Satu bundle RM4.80. So total hangus kat situ RM9.60. Aku nie jenis yang segan, bila masuk kedai n duk pilih lama-lama lepas tu tak jadi beli. So kena beli sesuatu jugak la kan. Heh. Tabiat tak elok disitu.
Tisu
Then, sambil jalan-jalan nak bawa barang belian ke kereta tu terjumpa la KEDAI BORONG nie. Kereta parking jauh, kat tempat mudah parking. tak nak peristiwa lama berulang kembali.Tetttt...

NA MAJU JAYA TRADING
LOT 253-255, JALAN BUKIT MOK MEK,
22000, JERTEH, TERENGGANU
NOMBOR TELEFON : 09-697 1501

Ape lagi. Aku terjah masuk la sambil heret anak saudara si Iezlin tu. Dan-dan terus nampak banyak gula-gula atas rak. Rambang mata sekejap nak pilih yang mana. @_@. Mak dan Kak Tini duk melepak di kerusi kat luar kedai. Lenguh katanya. Inilah hasil rembatan aku selepas sejam aktiviti pilih-memilih sambil mendapatkan khidmat nasihat dari Iezlin, yang mana budak-budak suka makan. Tapi yang sebenarnya, gula2 yang aku pilih nie semua aku suka makan. ^____^
Mango flavour
Corn flavour
Grape flavour
Collins' butter nut
Coffe candy
one of the receipts
So total cost:
 2 choclairs @ RM29.00, 360pcs
2 cloud 9 coffee RM26.00, 640pcs
4 collin's butternut RM26.00, 720pcs
6 simply chewy RM81.00, 2280pcs
Total : RM162.00, 4000pcs

Alhamdulillah dah dapat beli gula-gula untuk door gift. Dah tak perlu fikir pasal itu. Nanti dekat-dekat nak wedding, kerahkan anak-anak saudara membungkus dan masukkan dalam kotak 2 sen yang beli kat Air Hitam tu. Then upah la dieorang gula-gula 2 biji sorang. Itupun kalau ada lebih. Jahat gila mak sedara. Haha.

Selepas mengangkut barang-barang masuk bonet kereta, kami meneruskan aktiviti seterusnya. Beli barang basah kat ECONJAYA Jerteh. Kebetulan ada happy hour, aku merembat pulak satu kampit beras nagasari yang 10kg tu. RM22.99 saja. If normal price kat Mydin Mall RM27.00. Kalau kat kedai runcit Bandar Permaisuri RM25.00 aja. So save la dalam rm2. Jadilah kan. Air oren Twister pulak RM4.59 je. Rembat jugak satu. :) Total hangus RM50++. Resit kat mana ntah.

So angkut lagi barang masuk keta, penat ulang-alik bawak barang masuk kereta aja. Nasib baik tak cramp kaki. Dah la kereta manual. Jem pulak tu kat Bandar Jerteh. Lepas tu g masuk pulak Watsons, rembat lagi benda-benda ni:

Shampoo dan conditioner DOVE @ RM19.90
Blusher Silky Girl @ RM17.01
Oil control 2 way foundation IN2IT @ RM35.91
Cleansing Foam Nano White @ RM13.52
Shower gel Protex @ RM4.83
Total cost, RM91.17

*beli benda2 nie sebab memang dah habes stok kat umah, kalo tak dah g rembat beli contact lens je.

Seterusnya dah berhabisan beli kat watsons, terjah pulak kedai jual barang-barang kawen ERA NONA JERTEH. Sebab kedai2 nie dekat aja. Then, melilau-lilau dalam tu ternampak la bungga manggar dijual rm3.90 1 peket 20pcs, jika 4 peket RM10.00 saja. Aku rembat la 4 paket. Colour mestilah biru kan. ikut tema. :) Kat situ aku jugak beli rozek untuk mak2 n ayah2 aku. 4 kuntum saja. Yang lain DIY kot. Kalo rajin. Macam tak rajin je. Haha. So total cost kat situ RM15.40.
Bunga manggar saya ada bintang-bintang
Maka berakhirlah sesi marathon membeli-belah dan dan-dan tu jugak Kak Na siap wat rambut dia. Dekat pukul 6pm jugak la kami bertolak balik. Sampai rumah pukul 7pm. Perut semua berkeroncong. Sampai rumah terjah makan nasik. Kenyang. Alhamdulillah. Lepas buat perkara wajib, terus tido. Lena!

Herbalife dah sampai!

Salam, hai dan hola.

Alhamdulillah. My parcel dah sampai harini. Boleh sambung consume F1 semula. Kali ni aku order 4 botol terus. Senang. 2 botol perasa coklat, 1 botol vanila dan 1 botol tropika. So bermula esok aku akan memulakan "Cabaran Herbalife : Misi Sihat Menawan". Tinggal 42 hari saja lagi...
My first parcel delivered by...
HERBALIFE!!!
Peek, tadaaa...
dutch chocolate, vanilla and tropical!

Friday, April 13, 2012

PEWANIS and me in UIA documentary...

Salam, hai and hola.

Just want to share this superb documentary...love it so much! thanks UIA.


p/s : saya bangga jadi pelajar UIA. hehe.

Wednesday, April 11, 2012

My Own Thank You Tag

Salam, hai and hola.

how's your day guys?

hope baik-baik belaka.

want share with you my own simple thank you tag.

just make it with microsoft word.
till jannah hopefully, farizan n syahir
just try, need to change the paper colour to green, not pink
till then.

Tuesday, April 10, 2012

1 month 2 weeks 3 days

1 month 2 weeks and 3 days...

NERVOUS
AFRAID
HELPLESS
MISERABLE


 
p/s : can not describe the feeling inside. but, i still have my faith!

Rumah Sewa di Johor : Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA)

Salam, hai dan hola.

Post ke 3 untuk hari ini. Hatrik babe. Haha.

Sesiapa yang nak cari rumah sewa sekitar Johor, terutamanya yang bekerja sekitar Nusajaya kena baca post nie sampai habis ya. Kejam kan? Hahaha (gelak jahat cam jin dalam cerita p ramlee zaman dulu-dulu). Ok, stop. Dah penat gelak.

P.E.R.U.M.A.H.A.N R.A.K.Y.A.T I.S.K.A.N.D.A.R M.A.L.A.Y.S.I.A
(PRISMA)

Sebenarnya my C suruh aku cari maklumat nie. Aku yang baik hati nie pun nak kongsi dengan korang la pulak. My C kata nak sewa sini sementara kami dapat memiliki rumah sendiri. Harga rumah sekarang mahal gila kan?!. So menyewa rumah orang aje la yang mampu setakat ini. Semoga lepas kahwin nanti, Allah Yang Maha Pemurah akan melipatgandakan rezeki kami. Amin.

Ok. sambung...

OBJEKTIF projek perumahan ini ialah...
Untuk menyediakan Perumahan Awam yang berkualiti untuk disewa kepada rakyat Malaysia, penduduk setempat dan transient yang berhijrah dan bekerja di Iskandar Malaysia.
LOKASI
Lot PTD 130253 dan PTD 124161, Bandar Nusajaya, Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor.
JENIS BANGUNAN
3 dan 4 tingkat (walkup apartments) -walkup apartments tu camne? serius tak tahu.

CADANGAN SEWAAN

                      3 bilik tidur, 900kp            4 bilik tidur, 1200kp
ting bawah               rm420                                 rm560
ting 1                       rm400                                 rm530
ting 2                       rm380                                 rm505
ting 3                       rm360                                 rm480

*mesra OKU, ada sediakan 3 bilik untuk OKU
CIRI-CIRI PEMOHON
  1. umur 20-60tahun, berkahwin, dan husband/wife rakyat Malaysia. - warganegara lain bolayan.
  2. gaji suami isteri < rm3000 - kalo yg gaji lebih tu jangan la apply, mmg xlayak.
CARA MOHON
  1. isi borang permohonan - borang boleh amek kat kaunter pejabat IRDA di Danga Bay atau download aje kat www.iskandarmalaysia.com.my
  2. dah siap isi, nak kena pengesahan pulak - pengesahan oleh pegawai-pegawai btauliah sahaja.
  3. lepas tu kena hantar sendiri ke pejabat IRDA - dokumen tak lengkap, tak kan diproses.
CAGARAN
  1. bil api - rm100
  2. bil air - rm100
  3. bil sistem kumbahan - rm100 - indah water konsortium
  4. dua bulan sewa
Ok, dah siap rumusan yang aku buat. Ngeh2. Sesiapa yang berminat nak apply boleh download borang kat SINI. Owh lupa nak share nombor telefon, nah boleh call sini jugak tuk maklumat lanjut 07-233 3000. Pegawai yang sambut panggilan aku tu Azianti Rahim. Baik aja dia layan. Siap dia balas emel aku lagi. (eh yang tu pun nak cite ke? ikut suka aku la kan. well, this is my blog. haha)

Ok, dah penat taip! nak rehat pulak. Esok public holiday! Yeay!

Till then, sayang semua.

p/s : IRDA - Iskandar Regional Development Authority @ Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia
p/s/s : gambar kat atas semua tu aku crop n paste dari IRDA public housing info im pdf. - tu yang jadi edited by. jangan salah faham pulak.

Bersalin kulit

Salam, hai dan hola.

Korang perasan tak perubahan blogku. Hanya bersalin kulit saja. Dari putih oren kepada pink biru.

dalam proses penambahbaikan lagi
Tak reti la nak buat header cantik-cantik. Nak mintak orang buatkan pun tak tau dengan sapa. Korang tau tak? Mahal tak kalo mintak buatkan header nie?

Tapi tak ada idea pun nak buat macam mana. nak letak apa. colour apa. emm...korang boleh bagi pandangan tak?

Mood geram ngan nuffnang pulak, iklan tak nak kuar kat bawah header tu. Rasa nak lempang saja. Oppss...sabar...sabar...sabar.

Sabar

Salam, hai dan hola.

Oh ya Allah. banyak benda tak settle. My big day tinggal 1 bulan 2 minggu dan 3 hari aje lagi. Emm...takut dan cuak. Mood pulak menerawang entah ke mana. Kerja diy bunga paper cup tak siap lagi. Bakul telur pun tak siap lagi. Baju nikah pun tak siap lagi. Baju sanding apa ntah lagi. Ayoo...

Risau sangat-sangat. Pulak tu ada perang dingin dengan encik tunang, dugaan sungguh! Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Ya Allah, kau berkatilah hubungan ini semoga berpanjangan sampai syurga. Kuatkan hati kami untuk menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Amin, yarabbalamin.

S.A.B.A.R I.T.U S.E.B.A.H.A.G.I.A.N D.A.R.I.P.A.D.A I.M.A.N

Orang sabar itu untung, itu janji Allah kepada setiap makhlukNya. Semoga aku tergolong di dalam orang-orang yang sabar.

Marilah sama-sama kita bersabar.

Till the next post.

Monday, April 9, 2012

Dugaan bertunang

Salam, hai dan hello.

Just WANT to post these words...

> S.A.K.I.T H.A.T.I

> G.E.R.A.M

> N.A.K M.A.R.A.H 

-S.A.N.G.A.T S.A.N.G.A.T-


# but, till now i am still patience. BIG SIGH.

HIV TEST done! at Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu

Salam, hai and hello.

Dah lama xupdate blog. almost a week lebih. biasa la bila mood M.A.L.A.S melanda. Yezza. Arini dah siap wat hiv test. Alhamdulillah negative. Lulus untuk kahwin dah. Yahoo. Meh nak cerita sikit pasal g wat hiv test nie.

PESANAN UNTUK ENCIK TUNANG:
Dear Encik Tunang,
1. Saya dah wat hiv test. dah lulus. jom kahwin. haha. *mood gedikss*
2. Saya tak jadi cuti hari nie. Decide nak kerja. Sebab kalo kerja dapat duit gaji lebih. Lepas tu saya leh belanja awak makan. :)

Jom sambung cerita...

Aku wat hiv test nie kat KLINIK KESIHATAN PERMAISURI. nombor telefon klinik 096097633. aku saja kongsi dengan korang sebab aku nak cari nombor nie punyalah payah. So saja nak senangkan korang yang nak buat urusan dengan klinik ini. :)

Semalam dah call klinik tu (8.4.2012). Nurse yang jawab call tu cakap boleh datang bila-bila masa saja dari 8.00am hingga 5.00 petang. waktu pejabat la kiranya nie. dia siap bagi suggestion lagi mintak datang pukul 2pm. sebab tak ramai orang katanya.

Tapi aku nie tak sabar. g la pagi tadi (9.4.2012). Sampai klinik tu dalam kol 8.28pagi. Alhamdulillah prosedurnya senang sangat. Mula-mula daftar kat kaunter pendaftaran. nurse tu tanya pernah datang klinik nie x? n i said yes. k, sila amek borang nie n isi. lepas dah siap letak dalam bakul pink ni. tunggu nama dipanggil. nurse tu bagi arahan. baiklah. saya ikut saja. Sesi bertanya, amek borang dan isi borang ambik masa dalam 2 minit saja. Isi butir diri je pun.

Pintu masuk, kaunter pendaftaran dan tempat menunggu
Lepas hantar borang kat nurse tu, aku pun duk la kat kerusi menunggu yang disediakan. Tiba-tiba ada dengar suara dari corong pembesar suara berkemundang. Suara apakah itu? Saspen saja. hihi. Owh. rupa-rupanya nak baca doa. Doa untuk memohon kepada Allah bagi memudahkan segala urusan dan semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan di klinik ini. *bagus sangat klinik ni, siap ada bacaan doa tiap2 pagi. Salute ok.

in sweater. saya sejuk
Then, abes baca doa tu duk menunggu la nama dipanggil. almost 20 minutes jugak la tunggu nak daftar. tu baru tunggu nak daftar. belum nak tunggu kena cucuk lagi. cuak gak takut lambat sangat kan. dah la xmohon cuti. hihi. Sambil2 tu monolog la sorang2 dalam klinik dan snap2 sini sana. hihi. Ambik gambar perkara wajib tau. haha.

nombor giliran, kad klinik dan borang hiv
Tepat jam 8.50pagi, nama dipanggil. Nurse bagi borang tadi dan suruh pergi menunggu dekat kerusi menunggu sebelah kiri. Tak sampai 2 minit duduk, nombor 1009 dipanggil. Wah bagusnya. Tak sempat panas lagi kerusi tu aku duduk. Ok, dah masuk bilik tu bagi borang kat dresa (org kg panggil camni, xtau la org bandar panggil apa). Saat masa bersama dia tak tahu la dia sapa.  Tapi dah cek borang balik, jawatannya penolong pegawai perubatan u29. Ok la. Sah la kan. hihi.

dresa ni duk menyain borang2 aku. hehe
Ok. Dresa tu tanya kali keberapa kahwin nie. Eh soalan camnie pun ada tanya ke? Haha. First time kawen la kan. aku tanya kenapa. Dia cakap ikut proseder. Lepas tu siap dia bagitahu lagi, ada orang tu dah ke 6 kali kahwin. Amboi. banyak kalinya dia kawen. Rezeki hamba Allah tu kot boleh kawen banyak kali. hikhik. Then, dia tanya, tahu kan kena cucuk. aku angguk saja. Memang dah bajet dari awal kan. Ok, die pun kuarkan peralatan dan terus cucuk. Terkejut jugak time kena ketip tu. Haha. Cet. Dresa tu siap ketawakan aku.
banyaknya cincin dia. aku satu saja. eh tengok darah aku, cair je. xtau manis ke tak darah aku, lupa nak cuba. hehe.

darah xmenyerap ngan sempurna lagi. so xkelihatan lagi la indicator line nya tu.
Then dalam masa 2 minit, result pun appear! I am negative! yeay! takut la jugak kan mane tau, Allah nak uji. terjadi positive ke. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Lepas ucap terima kasih. aku pun keluar dari bilik tu. Alhamdulillah, dah settle. I completed my HIV test. Suka. Start motor terus menuju opis persinggahan. Haha. Decide nak kerja, sebab test tu sekejap sangat. Jumlah masa untuk prosedur hiv test nie 30 minit sahaja. :) Senyum sampai telinga. Korang?
tada. borangku dah siap!

# aku tak mengular tau, sebab semalam balik kerja lambat 2 jam. So 2 jam tu cover untuk g klinik hari ini. Then tak perlu bagitahu bos la kan. Haha. Pandai x aku? cepatttt cakap aku pandaiii. haha.

# post nie termasuk dalam edisi super. haha.