Thursday, November 27, 2014

Nur Fateen Sofea

Salam dan hai.

Alhamdulillah. New girl in the house. Born on 23rd of November 2014 at Hospital Sultan Ismail, Johor.

Nur Fateen Sofea bt Mohamad Syahir... Perkenalkan

Sunday, November 2, 2014

Second baby

Salam dan hai.

Alhamdulillah. Soon to be delivered. Due on 24th November 2014. Second baby. Hope may Allah bless me and the little one in my womb. Hopefully for this time will be normal delivery. No complicated. No czer.

Had gone through routine check ups. Appointment with specialist. Advice for normal delivery. The pros and cons of czer. Advice for poor spacing of having children. Should be 2 years for mother to get full recovery from previous maternity.

But, I must face it. Redha with the qadak and qadar from Allah. There is something behind this. Thank Allah for chosen me for this challenge. Hope I will do it with open heart.

Wednesday, August 20, 2014

Duit raya

Alhamdulillah..dah raya ke24. Kalau di johor rayanya sampai sebulan. Open house sana sini bila weekend. Selain eratkan silaturahim, boleh jamah macam2 hidangan. Rumah sanak saudara, rumah rakan sekerja, rumah jiran segala.

Cik Fateen happy la sebab dapat banyak duit raya.

Thursday, July 31, 2014

Dugaan seorang ibu dan isteri

Apabila anak meragam...
- Melayaninya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
- Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.
- Bertindak dengan cepat dan tangkas.
- Redha dan ambil iktibar dari keadaan tersebut.

Apabila suami marah...
- Tidak melawan dan dengar setiap patah perkataan dengan sebaiknya.
- Beri cadangan atau pendapat apabila diperlukan sahaja.
- Pendam perasaan sendiri dan luahkan dalam bentuk yang tidak menyakiti sesiapa.
- Muhasabah diri dan berserah dengan ketentuanNya.
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan dan redha.
- Ikhlas dalam segala percakapan dan perbuatan

Sunday, March 9, 2014

Pray for MH370 - Doakan MH370

Ya Allah, Kau selamatkanlah semua penumpang dan anak kapal MH370. Kami memohon pertunjuk dariMu dimana mereka berada. Kau selamatkanlah mereka dari segala mara bahaya. SesungguhNya Kau maha pengasih lagi maha penyayang. Kau kabulkanlah permintaan Kami ini Ya Allah!

Diucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat. Semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah ini. Semoga dugaan ini mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan seluruh penduduk dunia amnya, marilah sama-sama kita berdoa agar semua mangsa dapat dijumpai dalam keadaan selamat dan sihat waalfiat. Semoga doa doa kita dimakbulkanNya. Amin ya Rabbal alamin.

Wednesday, March 5, 2014

Petua halau ular masuk rumah.

Salam dan hai.

Biasa la sebulan sekali balik kampung suami untuk jenguk mertua kat rumah. Duk sorang. Weekend je la anak2 boleh jenguk. Weekdays semua kerja. Kebetulan mak pergi umah akak ipar kat kluang sehari. Dari kempas terus la kami ke sana. Tidur satu malam. Pagi2 balik umah mak kat batu pahat nie.

Nak balik cepat sebab mak dapat brim. Ambik baucer kat dewan orang ramai parit raja. Ramai gila orang. Kami suami isteri tak dapat pun. Pendapatan isi rumah melebihi katanya. Insyaallah. Semoga rezeki kami dilipatgandakan sentiasa, nanti bolehlah kami bersedekah kat orang lain pula.

Alkisahnya, kebetulan nak g toilet nak buang air kecil. Sebelum nak masuk tu pakai selipar dulu. Tiba2 bunyi berdesir. Terpandang terus mengucap panjang. Seekor ular hitam yang kembang kepalanya. Terkejut bukan kepalang. Terus tolak pintu bilik air dan kunci berdegang! Dan2 tu jugak jerit panggil suami mintak tolong. Suami nak buka pintu nak tengok. Saya tegah. Sayang weh kat husband!

Ada dua pintu nak masuk bilik air tu. Satu pintu kayu nak ke bilik air dan satu lagi pintu plastik iaitu pintu bilik air. Lepas tu slow2 buka pintu nak checking ada lagi tak ular tu. Buka pintu pertama alhamdulillah pintu kedua tu tertutup rapat. Mak mertua minta suami ambil tangga dan jenguk dari atas masihkah ada lagi ular tu sebelum kami telefon 999.

Suami kata ada lagi ular duk berlingkar. Perutnya buncit maybe makan tikus atau katak. Biasanya kat lubang air tu mak mertua tindih batu supaya tak bagi katak masuk. Tapi kebetulan masa tu tak tindih. Mak mertua mintak suami tabur garam kat atas. Petua tak nak bagi ular lari. Saya pun tak berlengah la. Call 999. Saya cakap suh bomba datang. Tapi pegawai tu cakap kami tak hantar bomba. Kami hantar JPAM. Jabatan pertahanan awam malaysia. Bolehlah. Mane2 je supaya ular tu dapat ditangkap.

Almost sejam jugak menunggu dia orang datang. Sebabnya terpusing pusing cari rumah kami tak jumpa. Datang tu sekejap je dieorang settlekan. Sembur ridsect kat ular biar ular keracunan then jerut dengan alat penjerut ular tu. Macam ade satu tali dan batang kayu yang panjang. Alhamdulillah. Berjaya juga ular tu ditangkap. Tapi sekarang nie memang trauma kalo masuk bilik air. Mesti mata melilau tengok keadaan sekeliling. Takut tau....

Tuesday, February 25, 2014

Sembilan belas haribulan, bulan dua, tahun sembilan belas lapan puluh lima.

Salam dan hai.

Alhamdulillah. 19.02.2014. 29 years old now. Greatful when have a responsible husband and a lovely daughter! Hope coming days come with full of happiness and barakah!

Ya Allah lipatgandakanlah rezeki kami agar dapat apa yang kami inginkan!

Mode : Saving money for a building called home! Baiti jannati!

Pesta Layang Layang, Pasir Gudang.

Salam dan hai.

Sabtu. Hari ini g kerja sekejap. Bukan kerja pun. Attend training k-turbo. Engineer dari Korea katanya. Tapi cakap macam ayam dan itik. Korean unable to speak English. Nasib datang berdua. Sorang tu pandai cakap cina. So boleh la translate kat chinese engineer kitaorang. Engineer kami pun explain kat kami. Aduhai K-pop!

Lepas training balik rumah sekejap makan dan solat zohor. Kemudian keluar ngan family kecik kami nie g melawat baby baru kawan sekerja suami. Baby girl. Bambam. Fateen geram je tengok. Jelous bila ummi cuba dukung baby. Alahai fateen.Bau baby bau syurga. Betul ke? After that misi kami bersambung ke pesta layang2. Mak aih panas betul. Sampai dalam kol 4 gitu. Terik. Tapi bersyukur la angin bertiup kuat. Tak ada la terasa sangat peritnya.

Sekejap je tengok. Kesian kat fateen kepanasan. Risau demam pulak. On da way keluar dari padang tu singgah singgah la gerai yang berderetan tu. Belikan fateen alat mainan. Patung barney n elmo. Satu lagi tabung hello kitty. 3 barang rm10. Ok la tu. Lepas ni boleh la ajar si fateen nie menabung! Ummi pandai korek tabung je. Huhu.

Kemudian kami g survey rumah mampu milik pulak. Tengah mencari rumah sebenarnya. Prima dah isi. Rumah mampu milik pun dah isi. Tunggu aje la panggilan dari pihak kerajaan lulus atau tak. Mahu makan tahun ambil masa. Tu yang survey2 rumah lain nie. Aku prefer rumah kat area pulai indah. Dekat dgn kakak aku dan abang suami. Susah senang ade saudara dekat boleh menengok. Kalo jauh kan susah. Aku kalo boleh tak nak duk pasir gudang. Entah kenapa cam tak leh nak terima. Haha. Gediks.

Saturday, February 15, 2014

Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini

Salam and hai.

Jom jogging. First time g hutan bandar mutiara rini. Best sangat. Bawa cik fateen hirup udara segar. Husband pula nak berjogging katanya. Nak bagi jantung sihat. Kesihatan amatlah penting!!! Jagalah ia untuk memastikan kesejahteraan kepada anak anak anda. Kita belum tahu keadaan kita akan datang macam mana kan. Alhamdulillah. Ada kesedaran untuk jaga kesihatan. Insyaallah nanti aktiviti macam nie akan jadi our must have weekend outing.

Hutan bandar ini tempatnya bersih. Luas. Banyak juga kemudahan yang disediakan selain dari trek tuk jogging. Boleh berbasikal. Berkayak. Masih dalam pembinaan trek untuk main kereta mainan remote control tu. Yang tempat warm up n cool down tu pun banyak. Ala...yg ada cam jongkang jongket, kayuh2 pakai kaki tu, built up arm muscle tu. Ada pelbagai pondok rehat. Ada rumah limas sarawak. Rumah terengganu. Macam2 la. Tak sempat nak baca satu2. Ummi fateen sibuk jogging sambil tolak fateen dalam stroller. Bukan main suka lagi dia. Anak ummi! Semua orang nak ditegur.

Selain itu ada pondok terapung. Kami teruja bila nampak banyak gila tortoise. Husband pulak siap campak makanan lagi bagi tortoise makan. Berduyun2 yang datang. Lapar agaknya. Banyak ekor jugak ada. Around 30 ekor. Siap kira! Heh. Kebetulan bawa bekal otak otak kempas. Buat alas perut. Nantikan ada yang pengsan tak breakfast. Huhu. Dalam dua tiga keping husband bagi. Tortoise sekarang dah modern. Tak makan kangkung dah. Hihi.

Wednesday, February 12, 2014

Pantai Desaru

Salam dan hai.

Alhamdulilah. Sabtu lepas ajak si suami pergi jalan-jalan. Saja jalan-jalan makan angin. Sebenarnya niat nak g berjogging kat Hutan Bandar Putra. Tapi melencong ke Desaru. Hihi. Dah lama tak pergi pantai. Kali terakhir pergi masa balik raya tahun 2013. Kat Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Masa tu umur Fateen baru nak masuk 2 bulan. Tak pandai lagi nak menikmati keindahan Allah ini. Tidur saja pandai. :)

Jom la layan 

Sunday, February 9, 2014

23 Februari 2014

Salam dan hai.

Alhamdulillah pada 23feb cik fateen genap setahun. Sangat2 bersyukur dikurniakan anak kecil secomel ini. Terima kasih ya Allah. Menceriakan hari hari ummi dan walid. Membuatkan kami ketawa tak kering gusi.

Insyaallah. Kami akan menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin. Kami berjanji akan mendidik khalifah kecil ini ke jalan yang diredhaiMu. Kau jadikanlah kami ibubapa yang terbaik untuk anak anak kami.

Ummi tak belikan hadiah apa2 lagi untuk fateen. Nanti dapat gaji ummi belikan ye. Sayang fateen sangat2. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Thursday, February 6, 2014

Perangkap nyamuk murah

Salam dan hai.

Menyewa di kempas lurah kena hati kental. Sebabnya kawasan tersebut memang terkenal dengan nyamuk aedes. Minggu lepas dua kali orang kesihatan datang fogging. Ada tu pukul 4 pagi. Terbatuk2 dan tersedar dari tidur bila terbau asapnya. Nasib la fateen terhidu asapnya jugak.

Kebetulan kami anak beranak pergi tesco plentong aritu terjumpa satu booth nie. Jual perangkap nyamuk nama mos-quit. Kata penjual tersebut nyamuk akan tertarik dengan lampu biru yang dipasang kat alat tu. Lepas tu nyamuk tersebut akan tersedut ke dalam dengan kuasa kipas. Ha mampus la nyamuk tu. Tanpa ada racun hanya berbekalkan kuasa elektrik.

Nama produk tu mos-quit. Harga range rm199-rm299. Post ini tak berbayar. Just nak share produk yg baik untuk family kita. Huhu.

Chinese New Year 2014.

Salam and hai.

Happy Chinese New Year 2014!

That is all. Short and precise!

Haha.

Bye.

Tuesday, January 21, 2014

Sikat Rambut

Salam. Hai.

Sorry la asyik update about my little daughter je. Best ada anak. Sentiasa ade benda nak diceritakan. Meh tengok cik fateen mendandankan diri sendiri. Dah pandai nak cantik2 anak ummi nie.

#upload later la. Tak leh upload video ngan hp nie.

Asam garam

Salam dan hai,

Orang tua2 berkata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Asam garam kehidupan. Dalam rumahtangga kena banyak bertolak ansur. Banyak berkorban. Tak boleh terlalu ego. Selalu berkongsi pendapat.

Dan banyak lagi. Nak kena tetapkan azam semula nie. Dah tersasar sikit. Semoga Allah berkati rumahtangga kami dan panjangkanlah jodoh kami sehingga akhir hayat. Amin.

Wednesday, January 15, 2014

Salam Maulidurasul 2014

Dear blog readers,

Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw. Sempena ulangtahun kelahiran Nabi saw, berkesempatan membawa fateen ke ceramah maulidurasul yang diadakan di surau kg sri kempas 2.

Alhamdulillah tak meragam. Boleh la pada masa akan datang ummi bawa ke majlis2 ilmu yang penuh barakah ini. Cuma satu je, sangat ramah tamah fateen nie. Semua orang nak disapa.

Tuesday, January 14, 2014

Company Trip ~ Langkawi

Dear readers,

Summary of Langkawi Trip.

1st day :
Departure from jb's office to lcct and klia. Half staff fly by airasia and the rest by malindo. Depart time 1230 and eta 1330 at langkawi airport.
Safely arrived and go straight to pekan kuah by chartered car where accomodation situated. Century suria apartment. Had lunch, then went to haji ismail shop. Buy chocolates!!!! Within 15minutes gone rm80+++. Rambang mata dibuatnya! Luckily can control.

Saturday, January 11, 2014

Nasi goreng daging rusa.

Dear bloggers,

On the way back from JPO, we stop by at mosque. Masjid al-mubarak, Bandar Putera, Kulai. Hubby perform maghrib prayer meanwhile fateen and me in the car waiting. I red flag. Then, after that we decide to eat at a restaurant chosed by my hubby. He told that the food is best.

Not further due, we went staright to rest@family. Just nearby from mosque. About 5 minutes by car. The interior design very cosy, neat and tidy. I am loving it. Hubby ask about specialty of menu. The waitress told us to try "nasi goreng daging rusa". Very tempting when we heard deer meat. Hubby decide to order it. I ordered " nasi goreng usa".

Words of the day

Dear readers,

Thank you very much for drop by here. This blog is bundle of various stories about my life, people that I love and my surroundings.

Hope you bear in mind that I will share everything with you, that I love to bable and make noise.

Wednesday, January 8, 2014

Maggi Magic Meals

Hai semua.

Hari ini terbangun awal pulak. Pukul 4 pagi. Sebabnya alarm untuk suami bangun berbunyi dan selepas itu tak boleh tidur dek cik fateen pulak terjaga. Buatkan susu, salin diaper dan letakkan semula dalam buaian.

Dodoikan sekejap dan alhamdulillah cik fateen tidur semula.

Eh nak cerita pasal maggi magic meals nie. Prihatin juga my hubby. Dia tahu wifenya penat kerja hari-hari lepas tu nak masak untuk bawa bekal tengahari dan masak untuk makan malam. Maka dia belikan 2 paket magic meals.

Owh terharu. Tugas memasak menjadi lebih mudah. Semalam buat ayam kari. Hari ini buat ayam kicap berempah pulak. Rasanya very nice. Hubby kata tawar sikit. But for me ok je.

Johor Premium Outlets

Last weekend, hubby ajak g jalan2 JPO. Entah kenapa tiba2 aje ajak. Sebelum nie kalo ajak 200% confirm tak nak g. Orang mengantuk disorongkan bantal memanglah tak tolak. Ikut aje la. Window shopping je pun. Siapkan fateen segala. Bagi makan, mandi, pakai baju dan buat bekal susu dia.

Fateen dah siap, ummi pulak yang bersiap2. Ringkas2 aje pakai then lepas itu bertolak la. First time nak pergi confident aje bagitahu hubby arah jalan, nasib baik betul. Tapi agak jauh dari kempas nie. Sebenarnya dalam hati dah was-was tapi buat2 yakin sebab suami cakap kalau tak jumpa JPO, tak jadi g dan kena patah balik. Agak sadis disitu. FYI, JPO tu kat area kulai. Kan? Haha.

Keluar rumah memang dah lambat, sampai sana dah pukul 6. Cari parking penuh. Ummi turun dulu dengan fateen sementara hubby cari parking lagi. Ramai datang untuk shopping raya agaknya. Chinese new year. Eh sejam atau sekali parking kena rm3!!! Mahalnya! Aeon pun rm1 je. Kihkih.

Mula2 masuk cam excited jugak la tengok shoplot segala bagai. Semua jenis yg exclusive gitu. Nak masuk tu pun kena beratur. Bilangan customer pun dieorg control. Maybe tak nak bagi crowded dan nak bagi high class service kot. Ralph Lauren ade sales. Discount 70%. Bahagia la mereka yang berminat. Dalam duk berjalan tu hanya singgah masuk sembonia aje. Handbag semua cantik2. Best jugak kalo dapat birthday gift. Huhu. Hubby pulak sibuk cari toilet. Nak terkucil.

Jalan2 lagi sikit tiba2 tertengok seorang artis tu. Izzue Islam kah? Ade kumis sikit2 dan janggut sejemput. Jalan dengan wife die. Pakai baju kemeja kotak2 kaler hijau. Bagitahu kat hubby perasan tak artis tu. Hubby action cakap, artis2 nie tak kenal. Haha. Tapi hubby supportive, dia cakap pergilah bergambar. Reaksi aku? Ah tak kuasa I. Hihi. Actually malu nak amek gambar dan sememangnya dah terlepas jauh. Tak kuasa nak mengejar!

Dah la. Sekian.

Tuesday, January 7, 2014

Peristiwa 2013

Salam...

Berlalu sudah tahun 2013. Selamat datang 2014. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Insyaallah.

Nak kongsi dengan semua apa yang dah dilalui sepanjang 2013.

Feb - My own birthday, 19th. Give birth to Nur Fateen Syuhada on 23rd.
Apr - End of confinement period. Start working after 2 months holidays with full salary.
Jun - Birthday my hubby, 2nd June.
Jul - Back to hometown for Hari Raya with Fateen and hubby.
Oct - Quit job as an account assistant.
Nov - Start new job as sales coordinator at new workplace. More on servicing air compressor.

Hope coming 2014 will give more awesome and wonderful things!!!

Wednesday, January 1, 2014

Azam tahun baru!

Salam semua.

Tinggal dua hari je lagi nak masuk tahun baru. Tercapaikah azam2 yang lepas? Harap tercapailah. Azam tahun baru ini :
1) Menjadi seorang isteri yang lebih memahami, mendengar kata dan menyenangkan suami.
2) Menjadi seorang ibu mithali, bertanggungjawab dan prihatin kepada permata hati tersayang, nur fateen syuhada.
3) Kumpul duit beli rumah mampu milik.
4) Bercuti dengan keluarga kecil kami di destinasi idaman.