Wednesday, August 10, 2016

Tips-tips elakkan anak-anak bermain handphone.

Salam dan hai.

Malam khamis. Atas tilam nak tido.

#Tips-tips tak nak bagi fateen melekat dengan smartphone/handphone:

1) cakap data dah abes, takleh tengok viovio (video = youtube). Sambil tunjuk youtube nak log in fail. Simbol yg berpusing2 tu. Dia dah faham sangat.

2) data mmg sentiasa off, kalo nak guna baru on. On/off data ni tak tunjuk depan dia. Kalo tunjuk, tips nie tak menjadilah. Sebab dia cepat copy paste.

3) tak ade download pelbagai games, kecuali satu hidden object game (ni pun sbb ummi dia terlajak suka main games nie). Pandai dia cari object tu n akan puji diri sendiri bila berjaya jumpa.

4) dan tips paling berjaya setakat nie biarkan hp takde bateri. Dia tengok sekejap lepas tu bateri dah flat n hp mati sendiri. Lepas tu pandai je dia bg semula kat walid dia suruh charge.

Setakat tu je tips, lain kali sambung lg....

P/s: paling dia suka pau hp walid dia, sbb walid tak amalkan tips kat atas mcm ummi. Haha.

Saturday, August 6, 2016

Raya 2016 ~ Gambar Raya Keluarga

Salam dan hai semua.

Raya dah habis! Masuk zulkaedah dah. Lama tak menaip disini. Tak ada idea dan huruf M tu besar dan berat sangat katanya. Nak cerita pasal gambar raya je pun. Alhamdulillah dapat juga ambil gambar keluarga berempat kami. Bukan senang sebenarnya kalau tiada kerjasama semua pihak. Nak nak suamiku tak suka bergambar, kiranya kalau ada gambar tu paksa rela la jawabnya.

Tapi, anak anak suka betul bergambar macam ummi mereka. Kita genglah #nurfateensyuhada dan #nurfateensofea.

Wednesday, June 29, 2016

Huawei P9 Lite

Alhamdulillah setelah sekian lama mengumpul dapat la membeli smartphone yg canggih sikit. Niat hati nak beli brand samsung tapi dapat tentangan dari suami dan rakan2. Mereka cakap samsung tak bagus sekarang. So survey punya survey terbeli la brand huawei. Huawei is best way la orang kata.

The best part is more selfie photos after this. Reward myself after 2years ++ working at recent company.