Thursday, October 29, 2015

Throwback Raya 2015

My beloved family! Love mak and ayah so much. Kakak happy dapat duit raya, Sofea pulak sibuk dengan botol susunya. Anak buah tu pulak mata hala ke lain.

Wednesday, October 28, 2015

Testing bloggeroid

Live and work at Johor Bahru.

Dapur kering vs dapur basah

Hai...

Apa pendapat korang bila ada dua dapur? Dapur kering dan dapur basah. Leceh? Senang? Moden? Bersih? Kemas? Haa tu dia...

Pada pendapat saya la kan, kalau rumah tak luas mana better dapur satu aje. Jimat ruang. Tak serabut nak kena ada 2 tong gas bagai. Leceh sikit 2 dapur ni. Nak kemas banyak. Nak susunatur lagi. Kelaut la jawabnya. Tapi rumah saya ada 2 dapur. Husband tak suka masak kat dry kitchen. Nanti berminyak dan bau satu rumah katanya. Hurm..senang nak bersepah tapi susah nak berkemas. Ada budak kecik kat rumah lagilah.

Tuesday, October 27, 2015

Not so extreme cheapskate

Hai...

Korang amalkan amalan berjimat cermat tak? Saya tak adalah berjimat sangat, kadang kadang boros juga. Tengok keadaan kewangan. Kalau ada duit lebih, mulalah fikir nak beli itu ini. Kalau tak ada, duk diam dan berjimat cermat. :) Senang je kan? Haha. Bunyi senang, nak buat payah. Sayalah tu.

Salah satu amalan yang saya buat ialah catat bila tarikh beli dan guna sesuatu barang. Biasanya saya buat kat sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, minyak masak dan gas memasak. Saya guna sabun Top yang botol colour purple tu. Isipadunya 4.4kg. Sebelum nie guna satu botol untuk satu bulan. Basuh baju hari2. Selepas buat kaedah nie, guna sabun tu tahan sampai sebulan setengah. Wow!

Saya juga catat dan catu sabun Top nie. Kalau guna mesin basuh isian penuh 7kg, saya guna 2 cups. Kalau cucian tangan guna 1/4 cup aje. Cucian tangan jarang sangat. Bila anak-anak muntah je. Sebab nak kena berus dulu muntah yang melekat kat baju tu. Kalau masuk mesin terus tak bersih dan berbau muntah. Tak kuasa mak.

Catat dan catu!
Detergent area, above of our washing machine.