Sunday, December 29, 2013

Sebelum tahun baru

Salam.

Dah lama tak berblog. Sibuk dengan kerja baru dan uruskan rumahtangga. Baru anak seorang dah tunggang terbalik. Opps. Ummi tak mengeluh dapat anak cam fateen. Bahkan ummi bangga sangat2 sebab anak ummi ini senang dijaga. Alhamdulillah ya Allah kerana hadirkan si kecil ke dalam hidup kami suami isteri. Meriah rumahtangga!

Kerja baru sekarang lebih baik dan yang paling penting sabtu tak kerja. Banyak masa boleh bagi perhatian pada keluarga kecil kami. Cuma dalam sebulan, hanya satu hari saja bekerja. Okeylah tu. Gaji pun bertambah. Harap2nya bila dah confirm nanti gaji makin bertambah. InsyaAllah. Tetapi performance kena baguslah.

10 bulan

Alhamdulillah.

Anak dara dah besar. Setiap hari ceriakan hati ummi dengan lipat baju (dah lipat, tapi dikecah2kan),mengemop lantai (merangkak ke pelusuk rumah), dan buang sampah (mengutip benda2 kecil masuk mulut hatta tahi cicak).

Semoga bila semakin membesar nanti anak ummi semakin rajin eh. Ummi sayang anak ummi ketat2.

Saturday, December 7, 2013

Demam dan buah rambutan!

Salam.

Penangan makan rambutan! Seisi rumah terkena demam, batuk dan selsema. Ummi sedap makan rambutan. Buah kesukaan. Habis satu plastik besar makan seorang. Padahnya anak ummi yang kena tanggung akibatnya. Batuk2 sampai demam high temperature. 39.8 darjah C. Bengkak tonsil. Suara tak keluar. Hampir 2 minggu berlarutan. Pakej lengkap fateen dapat; selsema, batuk dan demam. 3 kali pergi klinik dan 1 kali pergi hospital.

Ummi makan fateen yang demam sebab ummi masih susukan fateen waktu malam. Buah rambutan kan panas, mungkin itulah puncanya. Lepas fateen tak sihat, ummi pun turut berjangkit. Akhirnya walid pun terkena sekali. Tak apa. Redha. Allah dah janji. Sakit itu penghapus dosa2 kecil.

Lepas ini ummi nak makan rambutan kena berpada2. Walid dah bagi amaran keras. Jangan bahayakan nyawa anak. Tapi ummi tak boleh tinggalkan terus tak makan rambutan. Sebiji dua boleh. Ambil rasa katanya. Ummi dah serik. Cukuplah sekali itu fateen demam teruk. Ya Allah, engkau hindarkanlah penyakit yang mendatangi anak kecilku ini.

Saturday, November 9, 2013

Kawan baru!

Bekerjalah kita sebaiknya... Semoga dengan suasana kerja baru boleh memovitasikan diri menjadi pekerja yang lebih baik. Insyaallah. Amin.

Saturday, November 2, 2013

Kerja baru VS Kerja Lama

Salam dan hai.

Alhamdulillah. Setelah 4 bulan bekerja ditempat baru hati rasa sangat gembira. Tempat kerja lebih dekat. Dah dapat confirmation. Increment pun not bad. Ada company trip. Less workload. Hari sabtu tak kerja. Cuma once a while ada satu hari kerja sabtu. Ok la tu. More time with family especially cik fateen tersayang! Bonus pun dapat. Lumayan!

Appraisal based on performance not years of work. Better performance, salary will increase consequencely. Hope in the future can expand my skills and performance. Amin.

P/s : if still working at old place, do not get those said benefits. Thank you Allah!

P/s/s: nak kena belanja seseorang makan nie. Hoho.

Monday, October 28, 2013

Kebetulan

Suatu kebetulan atau sememangnya ketetapan Allah jua. Haha. Poyo aje ayat. No plat kereta suami dan no mykid 4 angka kat belakang fateen terbalik. Keta J**8060, mykid 0608. Senang sikit walid fateen nak ingat nanti. Biasa la kadang-kadang suka terlupa.

Friday, October 11, 2013

Kemas rumah

Bila ada anak dara kecil molek dalam rumah automatik rumah jadi 'kemas'. Dah pandai simpan sana simpan sini. Mengutip sampah. Mengemop lantai. Barang2 atas rak disusun elok. Buku2 teratur tersusun. Huhu. Sayang anak ummi sangat2. Biar la rumah sepah asal anak ummi nie dapat meneroka dan belajar benda2 baru.

Thursday, October 10, 2013

Laksa Johor Simple

Dah lama encik suami teringin nak makan laksa johor. Entah kenapa tiba-tiba mengidam katanya. Aduhai. Jangan la ada apa-apa lagi. Haha.

Time keluar pergi jalan-jalan di plaza angsana tak de pulak kedai jual laksa johor. Asam pedas, mee bandung dan lain-lain ada la. Balik kg kat parit raja pun merata cari, tak de org jual gak.

Ketika itu nak buat bahan-bahan dan masa tak de. Asyik ada hal aje. Kononnya. Alhamdulillah selasa lepas dapat mengumpulkan bahan segala. On the way balik rumah dari tempat kerja singgah la di kedai runcit beli daun kesom, bunga kantan, timun dan dua tiga jenis barang lain.

Kemudian ambil fateen kat babysitter terus balik rumah. Sampai je letak fateen dan start misi membuat laksa johor. Dalam hati tercapai jugak encik suami aku nak makan laksa johor yea.

#entri yang telah lama tertangguh dan baru kini dapat muat naik tapi masih perlukan editing. Layan je dulu.:-) 

Resipi Laksa Johor Simple

Bahan-bahan:
Setengah paket spaghetti san remo.
5 ekor ikan kembong
Sekotak santan kara
Daun kesom
Bunga kantan
Kari adabi
Asam jawa-tak letak,lupa
*Udang kering-terlupa beli
*bawang merah
*bawang putih
*halia
*lengkuas-1 inci
*cili kering-3 sb

Wednesday, October 9, 2013

Formula 1 Driver

Alahai anak daraku seorang nie. Sekarang kalau nak bersiap pergi kerja tak leh lama-lama. Pakai bedak dan lipstick aje. Tu pun memang banyak termiss. Pakai aja tudung mula la dia merengek minta didukung. Takut ditinggalkan agaknya.

Cerita dalam kereta lain pula. Ikut mood dia  kalau baik ok aje duduk dalam car seat diam2. Jika tak, mula la resah gelisah dan  meronta-ronta minta diangkat. Lepas angkat, kemudian letak kat stereng diam la dia. Capai sini sana. Pandai dah bagi signal dan buka wiper. Gigit-gigit stereng segala.

Dan duk kat stereng payah nak letak balik kat carseat. Terpaksa la pandu kereta sekali dengan dia. Alhamdulillah rumah babysitter dekat saja. Dalam 2 minit berkereta. Belakang rumah je pun. Pulak tu jalan kampung aje. Kalau tak, duk la dalam car seat tu dik. Ummi sayang adik sangat2 tau.

Friday, October 4, 2013

Bebas Denggi

Alhamdulillah. Syukur kepadaMu ya Allah.

Fateen dah bebas dari dengue. Semalam pergi ambil darah lagi untuk pengesahan dekat KK Kempas. Selamat! Fateen dah bebas denggi. Dari last blood test platelet dia dah naik dari 164 ke 368.

Kasihan anak kecil bila diambil darah, menangis kesakitan. Hanya Allah yang tahu betapa kasih seorang ibu kepada anaknya. Maafkan ummi anakku, InsyaAllah ummi berjanji akan menjaga anak ummi sebaiknya.

Friday, September 27, 2013

Ambil darah.

Kesian anakku... Dah 3 kali kena ambil darah. Disyaki demam denggi. Fateen mula demam pada hari jumaat hingga isnin. Malam ahad suhu paling tinggi 39.6 darjah celcius.
Pertama kali nurse cucuk tangan kanan. Menjerit dan menangis. Kesian anak ummi, mesti sakitkan. Hari kedua tangan kiri, fateen menangis jugak dan ada beberapa titik darah menitik atas seluar dia.
Kali ketiga, tangan kanan sekali lagi. Macam dah tahu saja, bila nurse pegang tangan dia mula menjerit, menangis dan meronta-ronta tak nak disuntik.
Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ummi bila tengoklah anak sakit. Kalau boleh biar ummi saja yang kena@ganti tempatmu wahai anakku!
Three tiny tubes of blood belong to my daughter cause my heart break.

Klinik Kesihatan Kempas

A moment to remember.

Thursday, September 26, 2013

Sup ketam.

Alhamdulillah, platlet dalam darah fateen maintain, 164. Sama macam semalam. Saya minta pengasuh fateen masakkan sup ketam. Dapat info sup ketam dapat merawat denggi. Wallahualam. Cuba dulu. Dalam 2 sudu je hirup kuahnya. Tak apalah asalkan dia nak makan. DR pesan banyakkan bagi air masak dan susu. Susu ibu lagi bagus.  Malamnya pula, walid bagi air masak 4oz. Hampir habis jugak la fateen hisap. Sebelum ini jarang nak minum air masak. Kemudian bagi susu botol dalam 3oz++. Nak tidur bagi lagi hisap susu badan.

Tuesday, September 17, 2013

Cekur dan gamit.

Alhamdulillah.
Anak ummi dah pandai! Mak pernah cakap baby nie setiap satu hari dia akan belajar satu perkara. Sama macam Fateen. Dah pandai buka katup jari jemarinya tu. Ralit dia tengok. Buka katup. Buka katup. Buka katup. Ummi pun ralit jugak tengok dia. :-D
Cekur dan gamit. Cekur dan gamit. Cekur dan gamit. :-P
Pagi tadi pun dia dah dapat pandai bye-bye! Bye-bye kat walid. Tiap2 hari ajar. Setiap pagi mesti bawa dia ke pintu untuk hantar walid pergi kerja.
Indahnya perasaan seorang ibu bila dapat melihat anak membesar depan mata. @-}--

Saturday, September 14, 2013

Anak dah seorang!

Jom layan gambar cik fateen!

Bunting Pelamin

Salam semua. Dah lama tak berblog. Ada anak dah pun. Cepat masa berlalu. Si kecik dah nak masuk 7 bulan. Lahir pada 23 Februari 2013. Di Hospital Sultan Ismail. Nama diberi NUR FATEEN SYUHADA BINTI MOHAMAD SYAHIR.

Hopefully anak ummi dan walid nie dapat membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. InsyaAllah.