Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Perangkap nyamuk murah

Salam dan hai.

Menyewa di kempas lurah kena hati kental. Sebabnya kawasan tersebut memang terkenal dengan nyamuk aedes. Minggu lepas dua kali orang kesihatan datang fogging. Ada tu pukul 4 pagi. Terbatuk2 dan tersedar dari tidur bila terbau asapnya. Nasib la fateen terhidu asapnya jugak.

Kebetulan kami anak beranak pergi tesco plentong aritu terjumpa satu booth nie. Jual perangkap nyamuk nama mos-quit. Kata penjual tersebut nyamuk akan tertarik dengan lampu biru yang dipasang kat alat tu. Lepas tu nyamuk tersebut akan tersedut ke dalam dengan kuasa kipas. Ha mampus la nyamuk tu. Tanpa ada racun hanya berbekalkan kuasa elektrik.

Nama produk tu mos-quit. Harga range rm199-rm299. Post ini tak berbayar. Just nak share produk yg baik untuk family kita. Huhu.

Tuesday, April 10, 2012

Rumah Sewa di Johor : Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA)

Salam, hai dan hola.

Post ke 3 untuk hari ini. Hatrik babe. Haha.

Sesiapa yang nak cari rumah sewa sekitar Johor, terutamanya yang bekerja sekitar Nusajaya kena baca post nie sampai habis ya. Kejam kan? Hahaha (gelak jahat cam jin dalam cerita p ramlee zaman dulu-dulu). Ok, stop. Dah penat gelak.

P.E.R.U.M.A.H.A.N R.A.K.Y.A.T I.S.K.A.N.D.A.R M.A.L.A.Y.S.I.A
(PRISMA)

Sebenarnya my C suruh aku cari maklumat nie. Aku yang baik hati nie pun nak kongsi dengan korang la pulak. My C kata nak sewa sini sementara kami dapat memiliki rumah sendiri. Harga rumah sekarang mahal gila kan?!. So menyewa rumah orang aje la yang mampu setakat ini. Semoga lepas kahwin nanti, Allah Yang Maha Pemurah akan melipatgandakan rezeki kami. Amin.

Ok. sambung...

OBJEKTIF projek perumahan ini ialah...
Untuk menyediakan Perumahan Awam yang berkualiti untuk disewa kepada rakyat Malaysia, penduduk setempat dan transient yang berhijrah dan bekerja di Iskandar Malaysia.
LOKASI
Lot PTD 130253 dan PTD 124161, Bandar Nusajaya, Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor.
JENIS BANGUNAN
3 dan 4 tingkat (walkup apartments) -walkup apartments tu camne? serius tak tahu.

CADANGAN SEWAAN

                      3 bilik tidur, 900kp            4 bilik tidur, 1200kp
ting bawah               rm420                                 rm560
ting 1                       rm400                                 rm530
ting 2                       rm380                                 rm505
ting 3                       rm360                                 rm480

*mesra OKU, ada sediakan 3 bilik untuk OKU
CIRI-CIRI PEMOHON
  1. umur 20-60tahun, berkahwin, dan husband/wife rakyat Malaysia. - warganegara lain bolayan.
  2. gaji suami isteri < rm3000 - kalo yg gaji lebih tu jangan la apply, mmg xlayak.
CARA MOHON
  1. isi borang permohonan - borang boleh amek kat kaunter pejabat IRDA di Danga Bay atau download aje kat www.iskandarmalaysia.com.my
  2. dah siap isi, nak kena pengesahan pulak - pengesahan oleh pegawai-pegawai btauliah sahaja.
  3. lepas tu kena hantar sendiri ke pejabat IRDA - dokumen tak lengkap, tak kan diproses.
CAGARAN
  1. bil api - rm100
  2. bil air - rm100
  3. bil sistem kumbahan - rm100 - indah water konsortium
  4. dua bulan sewa
Ok, dah siap rumusan yang aku buat. Ngeh2. Sesiapa yang berminat nak apply boleh download borang kat SINI. Owh lupa nak share nombor telefon, nah boleh call sini jugak tuk maklumat lanjut 07-233 3000. Pegawai yang sambut panggilan aku tu Azianti Rahim. Baik aja dia layan. Siap dia balas emel aku lagi. (eh yang tu pun nak cite ke? ikut suka aku la kan. well, this is my blog. haha)

Ok, dah penat taip! nak rehat pulak. Esok public holiday! Yeay!

Till then, sayang semua.

p/s : IRDA - Iskandar Regional Development Authority @ Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia
p/s/s : gambar kat atas semua tu aku crop n paste dari IRDA public housing info im pdf. - tu yang jadi edited by. jangan salah faham pulak.