Showing posts with label Dugaan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Dugaan Kahwin. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Ibu Jari Terkepit

Salam, hai dan hola.

Ya Allah. Kau lindungilah aku daripada sebarang bencana/dugaan yang tak mampu aku tempuhi. Petang tadi g mengedar kad jemputan kat kawan-kawan sepersatuan. Sempatlah g ke beberapa buah rumah. Ada jugak yang tak ada kat umah, esok-esoklah bagi.

Nak dijadikan cerita, kawan aku ajak ke rumah kawan dia. Keluar dari kereta tu nak tutup la pintu kereta. Tup2 ibu jari terkepit tepi pintu. Astaghfirullahazim, memang sakit sangat-sangat. Nak terlompat-lompat rasanya, tapi tak jadi sebab ada orang tegur dan dia cakap, "mesti sakit kan?" Of coz la wei! Nak je lempang orang bertanya tu. Nasib jari tengah sakit. Haha.

Dugaan apakah ini? Ya Allah, jika ini cara Kau mengujiku, aku menerimanya dengan redha. Semoga terhapus dosa-dosaku dengan kesakitan yang Kau berikan ini. Alhamduilillah.
ibu jari yang terkepit.

#Kawan2, doakan keselamatanku meniti hari menuju alam perkahwinan yea. Aku pun doakan B2B semua selamat sentiasa. Semoga semua dilindungi Allah hendaknya.


Tuesday, May 8, 2012

Dugaan Edar Kad Kahwin

Salam, hai dan hola.

Owh dugaan sungguh petang nie. After balik kerja tadi, konon-kononnya nak g la edar kad kawen kat umah kawan-kawan. Alhamdulillah, rumah pertama selamat sampai. Seterusnya nak g rumah kedua. Malas nak masuk kereta kat laman rumah tersebut, parking aje la kereta tepi jalan.

Agaknya turun kereta tanpa baca bismillah dan guna kaki kiri kot. Jalan pulak lenggang-lenggok menuju ke rumah kawan tu. Mata dah tak pandang bawah, menonong saje sambil tangan pegang kad dan henpon. Tiba-tiba terasa macam kaki tersangkut something. Tunduk-tunduk, tali apa pulak nie?  Lepas tu terasa sakit kat celah ibu jari kaki.

Tengok-tengok, MATA KAIL BERKARAT tercucuk celah ibu jari. Astaghfirullahazim. Macam mana nak buat nie? Blur kejap. Tak tahu nak buat apa. Tapikan aku tak panik tapi cuak sikit! Haha. Macam mana nak cabut? Mata kail tu kan ada cabang kat hujung tu, kalo nak tarik confirm tercabut daging kan! Ngeri aja kalo cabut sendiri. Owh tak dapat nak bayangkan. Seriau. Meremang bulu roma.

# Masa nie kad kawen n HP dah tercampak kat atas tanah sebab dua-dua tangan dah pegang kaki.

Nasib baik g ngan kawan, dia la yang terjerit-jerit mintak tolong ngan orang. Kebetulan ada suami tuan rumah yang aku nak pergi tu. Dia duk repair kereta. Datang kat aku dengan tangan hitam legam. Lepas tu tanya aku kena kat mana? Aku angkat dan tunjuk kaki, dia tengok kaki aku dan terus SENTAP mata kail tu. Wooo...seram gila. Terjerit-jerit aku. Memang kerja GILA.

But, alhamdulillah, Allah bagi sikit saja rasa sakit. Thank you Allah. Darah pun keluar sikit aja. Aku terjerit-jerit tu bukan sebab sakit, tapi sebab rasa takut+ngeri+seram+seriau campur aduk ngan ketawa tengok gelagat panik+risau kawan aku dan malu ngan orang sekeliling walaupun masa tu hanya ada kami berempat sahaja. Sorang mangsa, sorang penyelamat, sorang tukang mintak tolong n sorang lagi tukang tengok. Cet.

Kesudahannya, mood nak edar kad kawen dah hilang! Sambung esok aje. Kawan dah ajak balik. Dia risau aku sakit, padahal aku ok aje (ekceli dah mula risau takut kaki kena infection). Haha. Kena musibah pun sempat lagi gelak-gelak. Apa la Farizan nie. Tinggal 19 hari aje lagi...

p/s: betul ke kalo terkena benda berkarat boleh kena penyakit kancing gigi? sebab karat-karat tu dah masuk dalam darah. Esok nak g cucuk ubat la. RISAU PULAK.

p/s/s: kalo kena karat emas tak apa jugak. nie karat besi. :)