Sunday, December 18, 2016

Susun atur rak di bilik air

Salam dan hai.

Dah lama tak up entri. Entahlah banyak mood hilang di Laut China Selatan kot. Tetiba malam nie mimpi apa agaknya, ada idea pulak kan. Alkisahnya dah beli rak besi untuk letak toiletries di bilik mandi/air. Beli kat Mr DIY, Tesco Tebrau. Oklah kot harganya rm16.50 dua tingkat. Kalau yang tiga tingkat rm27.80. Timbang tara, berfikir dan berkira2, chose yang dua tingkat. Jimat ruang dan setakat ni tak rasa ada keperluan lagi untuk tiga tingkat. Dah dua tahun kot baru nak beli. Huhu. Tersusun la sikit dalam bilik air tu. Sebelum ni susun kat atas sinki dan atas pum toilet je. Susah kalau nak bersihkan lumut hitam tu.

Actually ada dua cara penggunaan rak tersebut. Satu cara lekatkan kat dinding toilet. Dah tersedia empat lubang untuk skru. Cara kedua, letak aja kat lantai. Stabil sebab ada stand kat depan juga. Aku pilih cara pertama. Antara sebabnya:-
1. Anak2 susah nak capai, so takdelah buat main. Kan terminum syampu ke, clorox ke. Bahaya.Gerun nak bayangkan.
2. Senang nak bersihkan, sebab tak kena air mandian.

Monday, September 5, 2016

Nafkah atau sedekah?

Nafkah atau sedekah?

Yang mana lagi penting untuk dilunaskan?

Nafkah hukumnya wajib.

Sedekah hukumnya sunat.

Itu aje nak cakap.

Monday, August 15, 2016

Petua elakkan mengantuk semasa memandu

Aigoo... mengantuknya drive kereta. Nak2 kalau pergi kerja dan jalan jem. Stress. Matanya kecik aje boleh buka. Biasanya apa yang aku buat...

1. Menyanyi dan melalak dengan anak2. Mereka sporting habis. Hahaha. Lagi2 nyanyi  lagu didi & friends.

Rama rama terbang tinggi
Cari siapa, cari siapa
Cari Pak Atan, mana Pak Atan
Pak Atan ada dalam hutan.

#ubahlirik #yangpenting #anak2happy

Wednesday, August 10, 2016

Tips-tips elakkan anak-anak bermain handphone.

Salam dan hai.

Malam khamis. Atas tilam nak tido.

#Tips-tips tak nak bagi fateen melekat dengan smartphone/handphone:

1) cakap data dah abes, takleh tengok viovio (video = youtube). Sambil tunjuk youtube nak log in fail. Simbol yg berpusing2 tu. Dia dah faham sangat.

2) data mmg sentiasa off, kalo nak guna baru on. On/off data ni tak tunjuk depan dia. Kalo tunjuk, tips nie tak menjadilah. Sebab dia cepat copy paste.

3) tak ade download pelbagai games, kecuali satu hidden object game (ni pun sbb ummi dia terlajak suka main games nie). Pandai dia cari object tu n akan puji diri sendiri bila berjaya jumpa.

4) dan tips paling berjaya setakat nie biarkan hp takde bateri. Dia tengok sekejap lepas tu bateri dah flat n hp mati sendiri. Lepas tu pandai je dia bg semula kat walid dia suruh charge.

Setakat tu je tips, lain kali sambung lg....

P/s: paling dia suka pau hp walid dia, sbb walid tak amalkan tips kat atas mcm ummi. Haha.

Kelebihan Isteri Gemuk

Haha. Mesti ada sesetengah orang kena tegur sebab gemuk kan? Sama la macam aku. Sebenarnya beruntung tau beristeri gemuk nie. Laki korang yang dapat nama.

1. Pandai jaga isteri sebab bagi makan cukup. Terlebih sebenarnya.

2. Boleh tolong dikala kesusahan. Seperti tolong tukar tayar kereta.

3. Sedap peluk. Banyak lemak dan daging. Haha.

Saturday, August 6, 2016

Raya 2016 ~ Gambar Raya Keluarga

Salam dan hai semua.

Raya dah habis! Masuk zulkaedah dah. Lama tak menaip disini. Tak ada idea dan huruf M tu besar dan berat sangat katanya. Nak cerita pasal gambar raya je pun. Alhamdulillah dapat juga ambil gambar keluarga berempat kami. Bukan senang sebenarnya kalau tiada kerjasama semua pihak. Nak nak suamiku tak suka bergambar, kiranya kalau ada gambar tu paksa rela la jawabnya.

Tapi, anak anak suka betul bergambar macam ummi mereka. Kita genglah #nurfateensyuhada dan #nurfateensofea.

Wednesday, June 29, 2016

Huawei P9 Lite

Alhamdulillah setelah sekian lama mengumpul dapat la membeli smartphone yg canggih sikit. Niat hati nak beli brand samsung tapi dapat tentangan dari suami dan rakan2. Mereka cakap samsung tak bagus sekarang. So survey punya survey terbeli la brand huawei. Huawei is best way la orang kata.

The best part is more selfie photos after this. Reward myself after 2years ++ working at recent company.

Tuesday, February 9, 2016

HFMD - Penyakit kaki tangan dan mulut.

Salam dan hai.

Bulan satu aritu sofea kena HFMD. Simptomnya demam biasa aje. Suhu badan taklah panas sangat. Lepas tu keluar biji2 air kat mulut, badan dan kaki. Tapi paling banyak kat peha kanan. Taktahu lah sakitnya macam mane. Sofea tak berapa merengek. Mengaru2 pun tak. Dah agak terkena HFMD nie. Pengasuhnya bawa ke klinik 1Malaysia Taman Cempaka. Dibagi cream sapu kat badan dan cream mandi. Nama sebenar cream sapuan tak tahu. Hehe.

Lepas balik kerja, kami bawa sofea ke klinik keluarga pula. Doktor bagi antibiotik, cream sapu, ubat titik dalam mulut. Doktor check dalam mulutnya ada juga. Kami pun usahalah selama beberapa hari bagi ubat2 nie. Alhamdulillah berkesan. Double triple Alhamdulillah, kakaknya si fateen syuhada tak kena. Tapi yang terkena kawannya di rumah pengasuh. Cuti sekolah satu minggu. Sorrylah dik terjangkit pulak.