Saturday, November 27, 2010

Review : My Engagement Day

Imbasan kembali : Majlis pertunangan kami.

Jom layan gambar aje dulu, sekarang ni tak ada idea lagi nak cerita macam mana majlis pertunangan saya nie. Majlis tersebut telah berlangsung pada 27 November 2010 bersamaan hari Sabtu. Rombongan pihak lelaki berjanji akan hadir selepas waktu asar. Ketika itu hujan renyai-renyai. Hujan rahmat kot. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Hehe.

Alhamdulillah, saya selamat ditunangkan dengan Encik Caer tatkala setelah bakal MIL menyarungkan cincin belah rotan di jari manisku ini. Teruja sikit bila jadi tunangan orang nie. Teruja banyak. Huhu. Semoga hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin dan berterusan sampai ke syurga dan senantiasa dirahmati Allah. Amin.

Enjoy!