Friday, November 2, 2012

ML - medical leave

salam to all...

update blog la arini. :) mood datang walaupun tengah tak sihat. mudah-mudahan sakit ini menghapuskan dosa-dosa yang ada. InsyaAllah.

Entah sebab apa boleh demam, batuk dan selsema pulak selepas hari raya korban last week. Adakah sebab makan daging banyak? Maklumlah mak mertua ambil 1 bahagian korban lembu dengan Peladang Parit Raja. Hoho. Tapi memang agak banyak jugak la makannya. Arini pun masak tuk lunch daging jugak. Ish..ish.

Tadi g klinik jumpa Dr. Dr check2 biasa aja. Dapat la ML 2 hari. Dapat ML sebab mintak. Kalau tak mintak xdapat la kot. Oleh itu penting untuk mention kita nie bekerja. Disebabkan dah 3 hari demam, nurse suh amek darah dulu before jumpa Dr. Dalam hati alamak... Tak takut pun amek darah guna jarum tp lagi takut kalau pakai ketip tu. Ngilu rasa. Setiap kali check Hb mesti close my eyes! Haha.

Dah tu aja nak cakap. Lain kali update lagi. Tengah menunggu encik suami pulang. Nak sambung masak n kemaskan rumah. Cuaca kat luar pulak mendung aje. Nak hujan la tu. Maklum la sekarangkan Johor tengah musim banjir.

Hujan membawa seribu satu rahmat dan alamat. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. :)