Saturday, March 31, 2012

Tunangku

Salam, hai dan hola.

Luahan perasaan kepada encik tunang tersayang...

Kesian kat my C. Jangan sedih-sedih tau. Life must go on. Past is past. Jadikan ia satu pengajaran yea. Learn from mistake.

Ape2 pun terjadi, AYANG sayang ABANG. Sayang sangat-sangat. :)


p/s : Kerja elok-elok di tempat yang baru yea. Doa banyak2 agar rezeki kali ini dilipat gandakan.

p/s/s : 31 Mac, Selamat Hari Jadi kepada bakal mak mertuaku. :)

Friday, March 30, 2012

Borang nikah pihak lelaki

Salam, hai dan hola.

Just nak post this picture only!

Got it after 2 days post by Pos Malaysia via Pos Ekspress.


Borang kebenaran pendaftaran berkahwin di luar bidang kuasa.

p/s : after gaduh2 ngan my C sebab dia guna pos ekspress, nasib baik dapat awal jugak dalam masa dua hari. Sorry ye laling! hehe.

Wednesday, March 28, 2012

Kad kahwin dah siap!

Salam dan hai,

Alhamdulillah kad dah siap! my C yang g ambil kat RCMSB tu tadi. tapi aku tak dapat tengok lagi. isk2. sedihnya. jadi tak dapat la nak tunjukkan kat korang. my C kate lawa. Haha.

Maybe bulan 4 nie kot my C hantarkan ke Setiu. Lepas tu baru la boleh review. Yeay! Owh, owner RCMSB tu bagi free 300 tq tags. Suke2. Eh 30 or 300 xpasti pulak. Hoho. Asalkan dapat free sudah. :)

Tuesday, March 27, 2012

Sticker Doa untuk Al-Mathurat

Salam dan hai,

Alhamdulillah, dah siap print sticker for al-mathurat/yasin (AM) tu. AM tu bakal diletak dalam doorgifts untuk bagi saudara mara dan kawan-kawan. About 200bags. Harap-harap cukup.

Try dulu tampal kat my wedding booknotes yang ada saiz AM, nak agak2 saiznya. Saiz cam ok la. Asalkan nampak dan boleh dibaca doa tu. Doanya sama saja dengan di kad kahwin. :)

Nanti tinggal nak gunting dan tampal aje. Bab tampal-menampal nie serahkan kat my C. Sebabnya AM tu ada kat kampung dia (Parit Raja). Mintak bawakan ke Setiu, tapi dia cakap BERAT. Ikut awaklah labu abang, saya tak kisah. Asalkan awak wat siap sudah! :)


boleh la kan walaupun sticker tu kecik sikit.


mix of colours. ceria seperti seperti bangunan tadika. :)

So nak mudahkan kerja and tak nak peningkan kepala, nanti bila dia balik kampung, kena tampalkan sendiri la. Bantu-membantu apa salahnya kan? Hihi. Nanti sehari sebelum nikah baru my C bawak AM tu ke Setiu. Hopefully my C tampal cantik-cantik yea. =)

Saturday, March 24, 2012

Wanita Terengganu Subur!!!

Salam, hai and hello.

Kontroversi tak tajuk? Ni bukan tipu2 tau. Betol... Benar belaka. So, lelaki diluar sana, kalau nak anak ramai, kahwinlah ngan wanita dari negeri yang terkenal ngan keropok lekor nie. Cewwah... Promote gitu. Haha.

Nak buktinya? nah..sila baca artikel nie...


klik tuk baca ngan lebih syok!

p/s : no hurt feeling ok? aku just nak kongsi aje ngan korang...xnak la nanti jadi isu pulak. :)

Pagi yang indah : Semerah mentari

Salam, hai and hello.

Arini nak share ngan korang pandangan dihadapan pejabatku.

@ Kampung Mangkok, Setiu, Terengganu


gambar diambil pada 24 Mac 2012, 7.20pagi

Cantik tak?

Indah tak?

Damai tak?

Terima kasih ya Allah pinjamkan mata untuk melihat dan udara untuk disedut!

*the best moment I captured so far*

p/s : view nie boleh dilihat jugak if korang stay kat Penarik Inn dan Pandan Laut Beach Resort. Tapi kena bangun pagi2 la. Huhu.

Wednesday, March 21, 2012

Dilema bakal isteri

Salam, hai and hello.

Apa khabar sayang-sayangku semua? Sihat ke? Hopefully sihat sejahtera semua la yea. :)

In dilemma mood. Nak kena cari keja lain la. Nanti dah kawen kena berhenti keja kat tempat lama nie. My C suh cari keja kat Johor.

Kena menetap kat sana la kan. Nak kena duk dekat2. Duk rapat2. Haha. Dia dah xmau PJJ. Cukuplah PJJ masa bertunang sekarang nie. Banyak dugaan dan pancaroba.

Apa keja kat Johor yg best? Jadi surirumah sepenuh masa boleh? Kerja jugak tu, tapi xdapat gaji la bulan2. Haha....

Wordless Wednesday

Salam, hai and hola.

My wedding blog dah jadi rojak. Layan kan saje.

si MINA duk tidur atas pahaku yg empuk. haha.

Saturday, March 17, 2012

New business.

Salam, hai and hello.

Nak kawen nie kena la ade duit kan? So, nak ade duit cepat harus la meniaga altho secare kecik2 saje. Ade jugak income yg masuk...

Meh jengah ape yg aku niagakan..nak tempah ke? *perasan ade org nak beli*



p/s: nak jual kat pst xtvt pewanis, pink house. :)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday - Wedding Cards

Salam, hai and hola.

Wedding cards on progress. Artwork stage. Need final decision from my C.



p/s : if my C kate ok, dah boleh proceed printing. yahoo. xsabar nak kawen. lg 2 bulan lebih. *gatal*

** update : dalam proses printing. vendor kat JB tu g anto kat KL for printing process. kena tggu dlm 3 weeks. cepat la. dah xsabar nie. haha. yahoo!

Tuesday, March 13, 2012

Anak Sedara Baru!

Salam, hai and hola.

Alhamdulillah. Sukenya dapat anak sedara baru. Comel. A baby girl!

Nak tengok x?

please scroll down..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DOB : 8 Mac 2012
Baby's Name : Nur Aina Syazana bt Mohd Hairi


ni family akak aku aka family baby aina syazana. :)

p/s : masa nie akak aku pregnatkan si baby aina tu.

Kayu Api

Salam, hai and hola.

Ape khabar bloggers sekalian. Sihat belaka? Dah 13 mac kan? cepatnya masa berlalu. tinggal 2 months ++ je lagi nak ke 27 Mei..nervousnye...ngeh3..

Majlis aku nanti buat kat rumah. So masak-memasak tu dibuat secara gotong royong aje. Akhir bulan 2 aritu ayah aku dah siap2 carik kayu dalam hutan. Nak buat kayu api katenya...nie lah die..
Tada...



Banyak x? Ayah aku ckp xcukup lagi nie. nak kena cari banyak2 lagi..owh..

p/s : thanks ayah! love u sangat2.




Monday, March 12, 2012

Further Study!

Salam, hai, hola and hello.

Bangga sungguh bile two of my UIA's friends dpt further study (PhD) kat oversea. I'm very2 happy for them. Terharu n bergenang air mata bila dapat tahu. T_T. Air mata gembira nie n ade sedikit jealous. Tapi jealous yg positive la. :) cam nak further study jugak! haha

Sabarina Shafie
Ina duk sane baik2 tau. Belajar bagus2. Banggakan kami semua sekali lagi. chewah. pandai pulak eh nasihatkan org. hehe. Semoga selamat pergi n selamat pulang. Kalau ada umur panjang kita akan jumpa suatu hari nanti. Jangan lupa bawak balik australian's hubby. hehe.

Sharifah Aishah Syed Ali
Sorang lagi further study kat Glasgow, UK. Tahniah Sha. Keep in touch yea my two dearies. Aku doakan ko sha dapat bawak balik title Dr. eh. :)

Sharifah Aishah n Sabarina Shafie. ~cilok dr FB Ina, n aku edit cket. :)~

p/s : doakan suatu hari aku pun seperti mereka. Amin.

Selamat Pengantin Baru Ayu & Rustam

Salam, hai, hola and hello.

12 Mac 2012.

Arini g kenduri kawen lagi. Aishh...rosak diet ku...Ape2 pun tengs tuan rumah coz menjemput kenduri nie. Dapat makan free. Ngeh2. Semoga ikatan perkahwinan Ayu n Rustam berbahagia sampai ke syurga. :)


nasi putih, gulai daging kawah, ayam masak merah, labu masak lemak kuning, ikan kering, ikan masak merah jugak kot, sambal belacan n air sirap. :)

desserts : bubur biji nangka - comel je biji2 yg warna-warni tu & pengat pisang - dah abes ngap, xsempat amek gambo. :)

selepas makan amek gambo ngan pengantin. amek berkat sekali. hehe.

zoom cket. ngan kawan sekerja ima, pengantins n me in green. terlupe nak buke tali kunci opis tu..

p/s : asek makan saje.. suke3.

Sunday, March 11, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti Asnidar & Ahmad Syaher

Salam, hai, hola and hello.

Mase lunch tadi g kenduri kawen kawan satu sekolah kat SMK Saujana. Alhamdulillah dah selamat kawen die. Semoga hubungan yang baru terbina bahagia dan diberkati Allah sehingga ke syurga. :)

Sesi mengenal pengantin perempuan. SA & AS.


Pengantin 11 Mac 2012 : Siti Asnidar bt Abdul Ghazak


Pengantin cute and sempoi saje!

Selamat pengantin baru ye Ida n suami. Katenya adik ipar die Imam Muda yg dapat no dua tu. Xdek pun kelibatnya... (padahal aku xkenal pun. Sape eh Imam Muda tu eh?)

Xsah kalo x bergambar ngan kawan2 kan?

p/s : rasa cam takut pulak nak naik pelamin... hihi

Saturday, March 10, 2012

Shopping Sakan : Johor vs Kelantan

Salam, hai, hola and hello.

Emmm...duit cam air aje mengalir. Xdan nak menyimpan, bulan nie banyak membeli. Pengsan. @_@. Meh ikuti program jalan-jalan habiskan duit gaji!

Johor - Jusco Bukit Indah, Plaza Angsana, Larkin Sentral @ 3-4 Mac 2012
1. Baju kurung siap
2. Kasut bersanding/hantarn kaler putih - nanti nak naik pelamin cilok dr hantaran. Hihi.
3. Kasut hantaran my C
4. Register jusco card - tuk in da future. bile ari J card buleh la g serbu Jusco.
5. Kad kahwin - 1000pcs
6. Wallet my C
7. Belt my C
8. Repair laptop - keypad rosak. terbang rm220
9. Pomander ball - DIY bunga tuk hias pleamin/bilik pengantin

Kelantan - Pengkalan Kubor, KB Mall, Kedai2 area bandar KB @ 9 Mac 2012
1. Narita - penuh keta, sebab narita besar gedabak, kalo toto kecik siket.
2. Handbag - beli hadiah birthday tuk diri sendiri! Ngek aje kan. Haha.

3. Kasut bertandang
4. Kemeja n slack my C
5. Buku Resepi - nak belajar masak. tambat ati bakal encik suami. *Ngade.

6. Set penjagaan badan my C - ubermen (produk halal nie)
7. Jubah solat + seluar solat + kopiah
8. Baju nikah - teringin nak baju nikah sendiri since xbkenan ngan vendor punya.
9. Langsir kakak.

p/s : narita n handbag tu beli pengkalan kubor. cantik2 meh. rambang mata nak pilih. :)

Thursday, March 8, 2012

Jenuh mencari kedai kad kahwin!

Salam, hai, hola and hello.

On 4 March aritu we plan nak g beberapa tempat.Antaranya Kg Melayu and Bukit Indah. Kat Kg Melayu tu nak attend wedding kawan my C. Tema dia putih biru. Same with our theme la pulak. Bride/groom cantik! Wedding tu ade photobooth. Ingat nak tulis tinggalkan jejak, tapi nak cepat. Nak g hunting kedai kad kawen di Bukit Indah pulak. Agak jauh tu. Sempat amek gambar bunting nie aje...

selamat pengantin baru Azie dan Sol

We went to Bukit Indah, JB coz nak g buat kad kahwin ngan RCMSB ( nama sebenar dirahsiakan dulu, lepas kad dah siap baru leh reveal ) with my C. Kedai tu area Jusco, Giant, Tesco and mall yang sewaktu dengannya. My C tak pernah g situ lagi - nama je Johorian tp xpenah g. :) Aku pulak baru kali kedua or ketiga, sebab pernah g interview n shopping kat Jusco tu. So jalan ingat2 lupa la. Hehe.

Dari Kg Melayu nak ke Taman Bukit Indah tu senang aje. Guna highway. Tapi nak cari kedai tu kat Bukit Indah punya la susah. Siap pusing roundabout 3, 4 kali. Pusing Jusco 2, 3 kali. Masing2 dah hot. Dah la time tu tengahari. Lagi la hot. Owner die bagi instruction pun xfaham. Emm. Rasa cam nak berhenti pondok bit polis je nak tanya. Tapi segan! So guna la instinct sendiri n akhirnya jumpa. Cit. Dekat aje. Kami yang xtau. Hoho.

Then, my C pun park la keta n g masuk kedai tu. Board kedai die warna merah. Emm. Actually sebelum datang situ aku dah survey secara online. Kebetulan masa duk tengah pening nak wat kad kahwin, ade junior kat sekolah menengah ni antar kad jemputan kahwin die. Aku belek2 berkenan la pulak. So cepat2 aku bagitau my C and kami decide nak g situ. Alhamdulillah, pencarian vendor kad kahwin berakhir.

So kat sana kami jumpa vendor nie, nama dia Annie. Sebelum die discuss dgn kami, die suh pilih dulu kad mana yang kami berkenan dalam album simpanan die. Kami berminat ngan design kad kaler brown, kad jenis artcard, size xpasti la pulak, 1 fold, siap ngan envelope bercetak n boleh wat for both side. Harganya pulak murah aje. 28sen je tuk 1 pcs if order 1000pcs. So total RM280. Ok kan? bagi aku dah murah la tu sebab dapat jenis yg artcard. *happy*

1. my C tekun complete his form! 2. Buku merah tu my wedding notes. :) 3. Annie duk wat resit tuk kami, kena bayar deposit 40%.

Tapi, kalo nak add photo +RM50, nak add map 1 side +RM30, 2side RM50. So kami decide xnak letak gambar n map buat sendiri, save RM100! Hoho. Boleh ke aku wat map sendiri? Mesti boleh la kan. Excel mmg expert! Kunun saje. Xbaik riak. Allah marah. :) Annie tu cakap tempoh tuk process layout 5 hari, n printing process took 3 weeks. So lebih kurang kami akan dapat awal bulan 4. Dapat lagi awal, lagi bagus! Kena doa banyak2 nie.

bride's map : first draft before masukkan icon, simbol, arrow n lain2.


groom's map : nie versi my imagination la. yg my C wat dah selamat emel kat RCMSB.

p/s: ketika entri ni ditaip si Annie tu call kate die dah terima maps n doa kami. maybe die send layout malam nie. Wah, cepat! Bagus2!

Sambutan Hari Wanita PEWANIS

Salam, hai and hola.

Happy International Women's Day to all women in this world!

Ia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Tahun lepas PEWANIS pun sambut juga! ^_^

Weekend di JB

Salam, hai and hola.

Aritu, 2hb Mac after event ngan Fairview aku g JB. Sebab apa? Konon nak teman mak naik bas g umah akak, tapi xjadi sebab kebetulan abg ipar ade keja kat kemaman, die yg bawa mak ngan keta. Aku pulak dah beli tiket, so kena g jugak la. *Alasan.* Hihi. Sampai kat sana kira2 kol 8am. My C la yg g amek kat Larkin Sentral. Kebetulan ari sabtu die xkeja. Lepas tu kami g sarapan kat Hutan Bandar dekat ngan area bandar JB tu aje. Hutan Bandar Johor Bahru kot kalo xsalah namanya.


Masa kat HBJB tu aku order bihun soto (peberet food), my C order lontong kering. Time nak bayar tu boleh my C wat adegan kelakar. Haha. nak gelak guling2 rase. Tapi kesian pulak. Kesnya camnie, masa mak cik kedai bagi balance duit syiling, die duk belek2 la duit tu. Die macam nak cakap mak cik tu salah bagi. Aku pun apa lagi cepat2 tarik my C. Tapi mak cik tu perasan kot. Mak cik tu cakap "tu duit syiling baru dik" Tersenyum kambing my C. Haha. aku pun sambung gelak.

perbezaan duit syiling lama dan baru! ehsan gambar ohduniaku.com

Sementelah kami g hutan bandar tu apalagi my C suh aku wat exercise la cket. Mentang2 la aku xnak mengaku gemuks chubby, die suh aku pusing satu hutan bandar tu. jenuh gak la nak menapak. Sempat tengok ikan kelisa, kura2 n air pancut. Aku siap wat teka teki kat my C. Soalannya apa beza kura2 dan penyu? Korang tau x? Jawab jangan xjawab... :)

kura-kura. ehsan gambar ms.wikipedia.org

xleh nak upload gambar penyu. next time update. ^__^

p/s: sambung next entri. cam panjang pulak. :)

Wednesday, March 7, 2012

Kerja Luar?!

Salam, hai and hola.

Title mesti gempak kan. Haha.

Awal Mac aritu busy yg amat. Geng2 dari Fairview datang seramai 132 orang , so kena entertain la kan. Nie baru ade masa sikit nak update blog. Mereka datang dengan 4 buah bas. 2 dari KL. 1 dari Penang. 1 dari Johor. Fuh! ramai sangat, terpaksa divide 2 groups. For first day, group 1 buat aktiviti with PEWANIS, meanwhile group 2 aku bawak g jungle trekking di La Hot Springs, Ulu Besut and second day, vice versa.

Aktiviti dengan PEWANIS.
Mereka membuat aktiviti menanam bakau, kerepek pisang secara tradisional, membersihkan kawasan pantai, mendirikan hatcheri penyu dan membuat wau. Aktiviti ini semuanya berbayar kecuali bersihkan pantai n dirikan hatcheri penyu. Bayaran ini menjadi sumber pendapatan bagi ahli PEWANIS. Kenapa tanam bakau? Banyak sebab kenapa PEWANIS menanam bakau. Antaranya ialah bakau tempat pembiakan anak2 ikan, menghalang dari hakisan, mengurangkan angin kencang n tsunami dll.
anak bakau yang ditanam


Jungle Trekking di La Hot Springs, Ulu Besut
Part yang nie best. Suka tengok gelagat dieorang. Masing2 before masuk hutan sembur repellent punya la banyak. Macam nak sesak nafas aje aku duk tepi dieorg. Siap bawak bekal garam n tembakau bagi elakkan kena gigit. Tapi alih2 duk dalam hutan nuh banyak aje kena gigit dek pacat. Haha. Kalo wat survey rasenya sorang kena gigit sekurang2nya 3 ekor pacat. Cube korang darab kalo 132 org wat jungle trekking, berapa ekor pacat yang menyerang?

p/s: aku xkena gigit pun sebab ade petua tersendiri. nak tau x? meh aku reveal...sila tengok gmbar nie...
cara2 bagi xnak pacat gigit, masukkan hujung seluar dalam stokin n tuck in baju dlm seluar. :)
tempat2 menarik dalam hutan kaki gunung tebu seperti batu berbentuk katak, gua bahtera n batu bulat.
check point ke 4 : air terjun lata berangin

Wordless Wednesday

Salam. hai. hola.

Dah lama xupdate blog kesayanganku ini. Banyak busy woo. Keja bertimbun. Lepas tu g JB pulak. Jumpa my C. Huhu. Suke2.

Next entry akan berduyun2 la lepas nie. Haha. Bertahan!

Tengok gambar nie dulu.