Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, October 18, 2017

Boardwalk Setiu @ Setiu Terengganu

Boardwalk Setiu.
Checked. ✔

Mencuri masa untuk berkunjung disini. Pernah datang 4/5 tahun lepas sebelum berkahwin dan bekerja dengan WWF & Pewanis.

Masa tu belum siap sepenuhnya. Tapi sekarang dah siap dan ramai pengunjung. Suasananya nyaman dan tenang. Alhamdulillah. Sangat berbangga dengan pihak yang berjaya membina dan menjaga hutan paya bakau ini.

Antara kelebihan hutan paya bakau ialah:-

1) Tarikan pelancongan.

-Ramai pengunjung/pelawat datang untuk mengenali lebih dekat hutan paya bakau /sungai / laut. 

2) Pusat pendidikan. 

- Pelajar sekolah/universiti dapat melawat / menimba ilmu/membuat kajian.

3) Hasil pendapatan penduduk setempat.

- hasil sungai spt kepah, lokan & ikan. 

- daun nipah.

Syabas kepada pihak yang berkenaan kerana dapat menyediakan tempat yang menarik untuk dikunjungi sambil mempelajari tentang ekosistem hutan paya bakau.

Mencintaimu mr photographer.

#throwback #balikkampung #rayahaji2017 #korban

Sunday, October 15, 2017

Lagu dalam kereta ala didi & friends

Rama rama terbang tinggi
Cari siapa, cari siapa
Cari walid mana walid
Walid tiada kerja jauh

Rama rama terbang tinggi
Cari siapa cari siapa
Cari ummi mana ummi
Ummi ada tengah pandu kereta

Rama rama terbang tinggi
Cari siapa cari siapa
Cari kakak mana kakak
Kakak ada di belakang

Rama rama terbang tinggi
Cari siapa cari siapa
Cari sofea mana sofea
Sofea ada di depan

#nyanyi ikut turutan walid, ummi, kakak and baru sofea. Kalau tak sofea marah. Dia cakap salah tu...

Wednesday, January 25, 2017

Permata Hati

Rindu tak keruan apabila PJJ nie. Kesian anak-anak rindu akan walidnya. Ummi tak apa lagi boleh kawal. Haha. Tapi dalam masa sama bergenang juga air mata.

Tak apalah. Pengorbanan dan kesabaran akan terbalas suatu hari nanti. Abang kerja baik2 tau di sana. Kami disini menanti.

Wednesday, August 10, 2016

Tips-tips elakkan anak-anak bermain handphone.

Salam dan hai.

Malam khamis. Atas tilam nak tido.

#Tips-tips tak nak bagi fateen melekat dengan smartphone/handphone:

1) cakap data dah abes, takleh tengok viovio (video = youtube). Sambil tunjuk youtube nak log in fail. Simbol yg berpusing2 tu. Dia dah faham sangat.

2) data mmg sentiasa off, kalo nak guna baru on. On/off data ni tak tunjuk depan dia. Kalo tunjuk, tips nie tak menjadilah. Sebab dia cepat copy paste.

3) tak ade download pelbagai games, kecuali satu hidden object game (ni pun sbb ummi dia terlajak suka main games nie). Pandai dia cari object tu n akan puji diri sendiri bila berjaya jumpa.

4) dan tips paling berjaya setakat nie biarkan hp takde bateri. Dia tengok sekejap lepas tu bateri dah flat n hp mati sendiri. Lepas tu pandai je dia bg semula kat walid dia suruh charge.

Setakat tu je tips, lain kali sambung lg....

P/s: paling dia suka pau hp walid dia, sbb walid tak amalkan tips kat atas mcm ummi. Haha.

Saturday, August 6, 2016

Raya 2016 ~ Gambar Raya Keluarga

Salam dan hai semua.

Raya dah habis! Masuk zulkaedah dah. Lama tak menaip disini. Tak ada idea dan huruf M tu besar dan berat sangat katanya. Nak cerita pasal gambar raya je pun. Alhamdulillah dapat juga ambil gambar keluarga berempat kami. Bukan senang sebenarnya kalau tiada kerjasama semua pihak. Nak nak suamiku tak suka bergambar, kiranya kalau ada gambar tu paksa rela la jawabnya.

Tapi, anak anak suka betul bergambar macam ummi mereka. Kita genglah #nurfateensyuhada dan #nurfateensofea.

Saturday, November 7, 2015

Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Johor, Malaysia.

Hai...

Dari zaman bercinta lagi dengan husband ajak datang sini tapi tak dapat2. Almost 7 years kot. Teringin betul nak masuk. Saya suka pergi muzium. Seronok. Pelbagai benda yang boleh kita tengok dan belajar. Walaupun kat sekolah dulu tak berapa minat sejarah. Time cikgu mengajar buat taik mata je. Haha.

Dengan semangat berkobar-kobar pergi tapi tak dapat masuk. Dapat masuk kawasan luar je, lepas tu cik abang askar tu datang tanya buat apa kat sini. Kami cakap nak g muzium la. Ooo... Muzium tengah renovation dik. Maybe pertengahan tahun depan kot bukanya. Isk..isk.. Terkilan pulak. Bila la agaknya betul betul buka ek? Rasanya dah lama under renovation nie.

Tapi kan kawasan muzium ni cantik dan bersih. Walaupun muzium tutup, tapi kawasan sekitar dijaga elok. Baguslah. Nah belanja gambo sekeping. Abaikan perutku yang buncit itu. Haha.

Thursday, October 29, 2015

Throwback Raya 2015

My beloved family! Love mak and ayah so much. Kakak happy dapat duit raya, Sofea pulak sibuk dengan botol susunya. Anak buah tu pulak mata hala ke lain.

Wednesday, March 5, 2014

Petua halau ular masuk rumah.

Salam dan hai.

Biasa la sebulan sekali balik kampung suami untuk jenguk mertua kat rumah. Duk sorang. Weekend je la anak2 boleh jenguk. Weekdays semua kerja. Kebetulan mak pergi umah akak ipar kat kluang sehari. Dari kempas terus la kami ke sana. Tidur satu malam. Pagi2 balik umah mak kat batu pahat nie.

Nak balik cepat sebab mak dapat brim. Ambik baucer kat dewan orang ramai parit raja. Ramai gila orang. Kami suami isteri tak dapat pun. Pendapatan isi rumah melebihi katanya. Insyaallah. Semoga rezeki kami dilipatgandakan sentiasa, nanti bolehlah kami bersedekah kat orang lain pula.

Alkisahnya, kebetulan nak g toilet nak buang air kecil. Sebelum nak masuk tu pakai selipar dulu. Tiba2 bunyi berdesir. Terpandang terus mengucap panjang. Seekor ular hitam yang kembang kepalanya. Terkejut bukan kepalang. Terus tolak pintu bilik air dan kunci berdegang! Dan2 tu jugak jerit panggil suami mintak tolong. Suami nak buka pintu nak tengok. Saya tegah. Sayang weh kat husband!

Ada dua pintu nak masuk bilik air tu. Satu pintu kayu nak ke bilik air dan satu lagi pintu plastik iaitu pintu bilik air. Lepas tu slow2 buka pintu nak checking ada lagi tak ular tu. Buka pintu pertama alhamdulillah pintu kedua tu tertutup rapat. Mak mertua minta suami ambil tangga dan jenguk dari atas masihkah ada lagi ular tu sebelum kami telefon 999.

Suami kata ada lagi ular duk berlingkar. Perutnya buncit maybe makan tikus atau katak. Biasanya kat lubang air tu mak mertua tindih batu supaya tak bagi katak masuk. Tapi kebetulan masa tu tak tindih. Mak mertua mintak suami tabur garam kat atas. Petua tak nak bagi ular lari. Saya pun tak berlengah la. Call 999. Saya cakap suh bomba datang. Tapi pegawai tu cakap kami tak hantar bomba. Kami hantar JPAM. Jabatan pertahanan awam malaysia. Bolehlah. Mane2 je supaya ular tu dapat ditangkap.

Almost sejam jugak menunggu dia orang datang. Sebabnya terpusing pusing cari rumah kami tak jumpa. Datang tu sekejap je dieorang settlekan. Sembur ridsect kat ular biar ular keracunan then jerut dengan alat penjerut ular tu. Macam ade satu tali dan batang kayu yang panjang. Alhamdulillah. Berjaya juga ular tu ditangkap. Tapi sekarang nie memang trauma kalo masuk bilik air. Mesti mata melilau tengok keadaan sekeliling. Takut tau....

Tuesday, February 25, 2014

Pesta Layang Layang, Pasir Gudang.

Salam dan hai.

Sabtu. Hari ini g kerja sekejap. Bukan kerja pun. Attend training k-turbo. Engineer dari Korea katanya. Tapi cakap macam ayam dan itik. Korean unable to speak English. Nasib datang berdua. Sorang tu pandai cakap cina. So boleh la translate kat chinese engineer kitaorang. Engineer kami pun explain kat kami. Aduhai K-pop!

Lepas training balik rumah sekejap makan dan solat zohor. Kemudian keluar ngan family kecik kami nie g melawat baby baru kawan sekerja suami. Baby girl. Bambam. Fateen geram je tengok. Jelous bila ummi cuba dukung baby. Alahai fateen.Bau baby bau syurga. Betul ke? After that misi kami bersambung ke pesta layang2. Mak aih panas betul. Sampai dalam kol 4 gitu. Terik. Tapi bersyukur la angin bertiup kuat. Tak ada la terasa sangat peritnya.

Sekejap je tengok. Kesian kat fateen kepanasan. Risau demam pulak. On da way keluar dari padang tu singgah singgah la gerai yang berderetan tu. Belikan fateen alat mainan. Patung barney n elmo. Satu lagi tabung hello kitty. 3 barang rm10. Ok la tu. Lepas ni boleh la ajar si fateen nie menabung! Ummi pandai korek tabung je. Huhu.

Kemudian kami g survey rumah mampu milik pulak. Tengah mencari rumah sebenarnya. Prima dah isi. Rumah mampu milik pun dah isi. Tunggu aje la panggilan dari pihak kerajaan lulus atau tak. Mahu makan tahun ambil masa. Tu yang survey2 rumah lain nie. Aku prefer rumah kat area pulai indah. Dekat dgn kakak aku dan abang suami. Susah senang ade saudara dekat boleh menengok. Kalo jauh kan susah. Aku kalo boleh tak nak duk pasir gudang. Entah kenapa cam tak leh nak terima. Haha. Gediks.

Saturday, February 15, 2014

Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini

Salam and hai.

Jom jogging. First time g hutan bandar mutiara rini. Best sangat. Bawa cik fateen hirup udara segar. Husband pula nak berjogging katanya. Nak bagi jantung sihat. Kesihatan amatlah penting!!! Jagalah ia untuk memastikan kesejahteraan kepada anak anak anda. Kita belum tahu keadaan kita akan datang macam mana kan. Alhamdulillah. Ada kesedaran untuk jaga kesihatan. Insyaallah nanti aktiviti macam nie akan jadi our must have weekend outing.

Hutan bandar ini tempatnya bersih. Luas. Banyak juga kemudahan yang disediakan selain dari trek tuk jogging. Boleh berbasikal. Berkayak. Masih dalam pembinaan trek untuk main kereta mainan remote control tu. Yang tempat warm up n cool down tu pun banyak. Ala...yg ada cam jongkang jongket, kayuh2 pakai kaki tu, built up arm muscle tu. Ada pelbagai pondok rehat. Ada rumah limas sarawak. Rumah terengganu. Macam2 la. Tak sempat nak baca satu2. Ummi fateen sibuk jogging sambil tolak fateen dalam stroller. Bukan main suka lagi dia. Anak ummi! Semua orang nak ditegur.

Selain itu ada pondok terapung. Kami teruja bila nampak banyak gila tortoise. Husband pulak siap campak makanan lagi bagi tortoise makan. Berduyun2 yang datang. Lapar agaknya. Banyak ekor jugak ada. Around 30 ekor. Siap kira! Heh. Kebetulan bawa bekal otak otak kempas. Buat alas perut. Nantikan ada yang pengsan tak breakfast. Huhu. Dalam dua tiga keping husband bagi. Tortoise sekarang dah modern. Tak makan kangkung dah. Hihi.

Sunday, February 9, 2014

23 Februari 2014

Salam dan hai.

Alhamdulillah pada 23feb cik fateen genap setahun. Sangat2 bersyukur dikurniakan anak kecil secomel ini. Terima kasih ya Allah. Menceriakan hari hari ummi dan walid. Membuatkan kami ketawa tak kering gusi.

Insyaallah. Kami akan menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin. Kami berjanji akan mendidik khalifah kecil ini ke jalan yang diredhaiMu. Kau jadikanlah kami ibubapa yang terbaik untuk anak anak kami.

Ummi tak belikan hadiah apa2 lagi untuk fateen. Nanti dapat gaji ummi belikan ye. Sayang fateen sangat2. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Thursday, February 6, 2014

Perangkap nyamuk murah

Salam dan hai.

Menyewa di kempas lurah kena hati kental. Sebabnya kawasan tersebut memang terkenal dengan nyamuk aedes. Minggu lepas dua kali orang kesihatan datang fogging. Ada tu pukul 4 pagi. Terbatuk2 dan tersedar dari tidur bila terbau asapnya. Nasib la fateen terhidu asapnya jugak.

Kebetulan kami anak beranak pergi tesco plentong aritu terjumpa satu booth nie. Jual perangkap nyamuk nama mos-quit. Kata penjual tersebut nyamuk akan tertarik dengan lampu biru yang dipasang kat alat tu. Lepas tu nyamuk tersebut akan tersedut ke dalam dengan kuasa kipas. Ha mampus la nyamuk tu. Tanpa ada racun hanya berbekalkan kuasa elektrik.

Nama produk tu mos-quit. Harga range rm199-rm299. Post ini tak berbayar. Just nak share produk yg baik untuk family kita. Huhu.

Tuesday, January 21, 2014

Asam garam

Salam dan hai,

Orang tua2 berkata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Asam garam kehidupan. Dalam rumahtangga kena banyak bertolak ansur. Banyak berkorban. Tak boleh terlalu ego. Selalu berkongsi pendapat.

Dan banyak lagi. Nak kena tetapkan azam semula nie. Dah tersasar sikit. Semoga Allah berkati rumahtangga kami dan panjangkanlah jodoh kami sehingga akhir hayat. Amin.

Saturday, January 11, 2014

Nasi goreng daging rusa.

Dear bloggers,

On the way back from JPO, we stop by at mosque. Masjid al-mubarak, Bandar Putera, Kulai. Hubby perform maghrib prayer meanwhile fateen and me in the car waiting. I red flag. Then, after that we decide to eat at a restaurant chosed by my hubby. He told that the food is best.

Not further due, we went staright to rest@family. Just nearby from mosque. About 5 minutes by car. The interior design very cosy, neat and tidy. I am loving it. Hubby ask about specialty of menu. The waitress told us to try "nasi goreng daging rusa". Very tempting when we heard deer meat. Hubby decide to order it. I ordered " nasi goreng usa".

Words of the day

Dear readers,

Thank you very much for drop by here. This blog is bundle of various stories about my life, people that I love and my surroundings.

Hope you bear in mind that I will share everything with you, that I love to bable and make noise.

Tuesday, January 7, 2014

Peristiwa 2013

Salam...

Berlalu sudah tahun 2013. Selamat datang 2014. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Insyaallah.

Nak kongsi dengan semua apa yang dah dilalui sepanjang 2013.

Feb - My own birthday, 19th. Give birth to Nur Fateen Syuhada on 23rd.
Apr - End of confinement period. Start working after 2 months holidays with full salary.
Jun - Birthday my hubby, 2nd June.
Jul - Back to hometown for Hari Raya with Fateen and hubby.
Oct - Quit job as an account assistant.
Nov - Start new job as sales coordinator at new workplace. More on servicing air compressor.

Hope coming 2014 will give more awesome and wonderful things!!!

Saturday, November 2, 2013

Kerja baru VS Kerja Lama

Salam dan hai.

Alhamdulillah. Setelah 4 bulan bekerja ditempat baru hati rasa sangat gembira. Tempat kerja lebih dekat. Dah dapat confirmation. Increment pun not bad. Ada company trip. Less workload. Hari sabtu tak kerja. Cuma once a while ada satu hari kerja sabtu. Ok la tu. More time with family especially cik fateen tersayang! Bonus pun dapat. Lumayan!

Appraisal based on performance not years of work. Better performance, salary will increase consequencely. Hope in the future can expand my skills and performance. Amin.

P/s : if still working at old place, do not get those said benefits. Thank you Allah!

P/s/s: nak kena belanja seseorang makan nie. Hoho.

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Salam, hai dan hola.

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia. Kita perlu hormat dan gembirakan hati mak/ibu/mama/mommy kita setiap hari bukannya pada hari-hari tertentu aja. Nanti jadi kes haram pulak. Tak mahu macam tu.

Aku sayang mak-mak dan ayah-ayah aku dulu, kini dan selamanya. Dunia dan akhirat. Titik.

Thursday, May 3, 2012

Cuti 1 Mei : Rantau Panjang

Salam, hai dan hola.

Cuti 1 Mei lepas, family and aku pergi ke Kelantan. 7 orang bersesak-sesak dalam sebuah kereta wira. Fuh! dah la perjalananan ke sana makan masa 2 jam. Nasib baik tak cramp kaki. Dalam kereta tu ada 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Haha. Macam sardin dah.

Kelakar. Korang pandai baca jawi tak? Kat tepi tu ada translation.
Ekceli, ada apa kat Kelantan? Of coz la ada kawasan zon bebas cukai kan. Hehe. Kali ini kami ke Rantau Panjang pula, konon-kononnya nak g beli peralatan dapur umah sewa aku bersama bakal suami nanti. Majlis kahwin belum lagi, tapi dah nak siapkan barang rumah. Tercepat la pulak.
Set periuk bertelinga. Cap buaya tu. Tahan lama katanya.
Sebetulnya akak aku nak hadiahkan aku set periuk, jadi dia ajak aku supaya boleh pilih sendiri jenis macam mana yang aku nak. Alhamdulillah. Bagus jugak kan orang bagi hadiah nie. Jimat sikit. :)
Kuali dan steel jug beli sendiri. Sudu dan garfu mak hadiahkan.
whistling kettle. kalo terlupa, boleh dengar la kan bila air dijerang dah masak.

Lepas siap membeli di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, kami meneruskan rombongan ke KB Mall. Misi sulit untuk membeli hadiah istimewa dan rahsia kepada bakal suami. Banyak-banyak dah aku pilih tapi tak jumpa warna yang sesuai. So tak jadi beli lagi. Nexttt time.

Alih-alih aku just beli contact lens untuk dipakai masa majlis nanti. Tapi semua orang sarankan kat aku pakai sebulan sebelum majlis. Nie dah 24 hari dah, tak dan lagi nak pakai-pakai. Hopefully after balik dari trip dari Kerteh nanti.
R - 4.50, L - 3.75
p/s: Hadiah istimewa untuk orang yang istimewa jugak!

Sunday, April 15, 2012

Shopping sakan di hujung minggu!

Salam, hai and hola.
bear in mind, post nie panjang!
Aktiviti di hujung minggu bersama Mak, Kak Na, Kak Tini dan Iezlin.

Semalam g Jerteh, bawa Mak beli barang-barang plastik nak guna masa majlis nanti. Pergi KEDAI DUA RINGGIT aja. Nak beli yang murah-murah kan. Kat kedai tu Mak beli 2 bakul, 2 besen, 1 set sudip, 1 tong, 1 gayung dan 2 baldi kecil. Belanja hangus kira-kira RM22 sahaja. :) Kak Tini pun sama tumpang sekaki beli barang-barang keperluan rumah dia. Iezlin pulak duk sibuk cari barang mainan tuk adik dia. Manakala Kak Na aku tu g IRENE Saloon tuk wat hair rebonding.

Since membeli kat K.D.R tu sekejap sangat, banyak masa terluang dan sementara menunggu Kak Na siap buat rambut, kami bergerak ke kedai borong sebelah. Aku duk survey-survey la harga gula-gula kat situ. Mahal la jugak satu plastik besar tu. Alih-alih aku beli tisu dua bundle. About 20 rolls kot. Satu bundle RM4.80. So total hangus kat situ RM9.60. Aku nie jenis yang segan, bila masuk kedai n duk pilih lama-lama lepas tu tak jadi beli. So kena beli sesuatu jugak la kan. Heh. Tabiat tak elok disitu.
Tisu
Then, sambil jalan-jalan nak bawa barang belian ke kereta tu terjumpa la KEDAI BORONG nie. Kereta parking jauh, kat tempat mudah parking. tak nak peristiwa lama berulang kembali.Tetttt...

NA MAJU JAYA TRADING
LOT 253-255, JALAN BUKIT MOK MEK,
22000, JERTEH, TERENGGANU
NOMBOR TELEFON : 09-697 1501

Ape lagi. Aku terjah masuk la sambil heret anak saudara si Iezlin tu. Dan-dan terus nampak banyak gula-gula atas rak. Rambang mata sekejap nak pilih yang mana. @_@. Mak dan Kak Tini duk melepak di kerusi kat luar kedai. Lenguh katanya. Inilah hasil rembatan aku selepas sejam aktiviti pilih-memilih sambil mendapatkan khidmat nasihat dari Iezlin, yang mana budak-budak suka makan. Tapi yang sebenarnya, gula2 yang aku pilih nie semua aku suka makan. ^____^
Mango flavour
Corn flavour
Grape flavour
Collins' butter nut
Coffe candy
one of the receipts
So total cost:
 2 choclairs @ RM29.00, 360pcs
2 cloud 9 coffee RM26.00, 640pcs
4 collin's butternut RM26.00, 720pcs
6 simply chewy RM81.00, 2280pcs
Total : RM162.00, 4000pcs

Alhamdulillah dah dapat beli gula-gula untuk door gift. Dah tak perlu fikir pasal itu. Nanti dekat-dekat nak wedding, kerahkan anak-anak saudara membungkus dan masukkan dalam kotak 2 sen yang beli kat Air Hitam tu. Then upah la dieorang gula-gula 2 biji sorang. Itupun kalau ada lebih. Jahat gila mak sedara. Haha.

Selepas mengangkut barang-barang masuk bonet kereta, kami meneruskan aktiviti seterusnya. Beli barang basah kat ECONJAYA Jerteh. Kebetulan ada happy hour, aku merembat pulak satu kampit beras nagasari yang 10kg tu. RM22.99 saja. If normal price kat Mydin Mall RM27.00. Kalau kat kedai runcit Bandar Permaisuri RM25.00 aja. So save la dalam rm2. Jadilah kan. Air oren Twister pulak RM4.59 je. Rembat jugak satu. :) Total hangus RM50++. Resit kat mana ntah.

So angkut lagi barang masuk keta, penat ulang-alik bawak barang masuk kereta aja. Nasib baik tak cramp kaki. Dah la kereta manual. Jem pulak tu kat Bandar Jerteh. Lepas tu g masuk pulak Watsons, rembat lagi benda-benda ni:

Shampoo dan conditioner DOVE @ RM19.90
Blusher Silky Girl @ RM17.01
Oil control 2 way foundation IN2IT @ RM35.91
Cleansing Foam Nano White @ RM13.52
Shower gel Protex @ RM4.83
Total cost, RM91.17

*beli benda2 nie sebab memang dah habes stok kat umah, kalo tak dah g rembat beli contact lens je.

Seterusnya dah berhabisan beli kat watsons, terjah pulak kedai jual barang-barang kawen ERA NONA JERTEH. Sebab kedai2 nie dekat aja. Then, melilau-lilau dalam tu ternampak la bungga manggar dijual rm3.90 1 peket 20pcs, jika 4 peket RM10.00 saja. Aku rembat la 4 paket. Colour mestilah biru kan. ikut tema. :) Kat situ aku jugak beli rozek untuk mak2 n ayah2 aku. 4 kuntum saja. Yang lain DIY kot. Kalo rajin. Macam tak rajin je. Haha. So total cost kat situ RM15.40.
Bunga manggar saya ada bintang-bintang
Maka berakhirlah sesi marathon membeli-belah dan dan-dan tu jugak Kak Na siap wat rambut dia. Dekat pukul 6pm jugak la kami bertolak balik. Sampai rumah pukul 7pm. Perut semua berkeroncong. Sampai rumah terjah makan nasik. Kenyang. Alhamdulillah. Lepas buat perkara wajib, terus tido. Lena!