Thursday, May 24, 2012

Persediaaan Kahwin : SPA

Salam, hai dan hola.

Lagi dua hari nak nikah. Nervous okey dan dah rasa macam banyak benda lagi tak buat. Aduhai. Tapi dalam masa suntuk tu sempat lagi g SPA X. Bukan SPA Q yea kawan-kawan. Kurang mampu nak g situ. Hihi. Kawan aku yg bagitahu nie pasal SPA X nie. Dia pun b2b jugak.

SPA X : Bie Beauty and Spa, lokasi berhadapan Hentian Bas MPKT dan bersebelahan Seven Eleven.
Owner : Kak Bie

Pakej yang aku amek ialah mandi sauna, lulur, mandi bunga dan facial. Rasa macam dah banyak kan? Sempat ke buat semua? Huhu. Sampai2 tu tepat jam 10am, so masuk aje dilayan dengan baik oleh dua org staff kat situ. Once dah masuk, rasa macam ok la tempat nie. Yang penting hati kita selesa, apa-apa pun boleh. So teruskanlah buat kat situ *aku nie jenis suka judge a book by its cover.

Ok. Meh nak cerita pengembaraan aku di alam SPA X tu,

Sauna:
First lepas buka baju segala dan diberikan kain batik lepas oleh staff tu, perempuan melayu terakhir mestilah kena berkemban kan? :) Aku duk bertapa dalam bilik sauna tu selama 45minit. Mula-mula statik aje duk, lepas dah lama dan rasa sunyi aje, aku wat exercise sikit. Goyang2 badan, goyang2 kepala. Goyang2 kaki dan jugak tangan. Bangun duduk bangun duduk. Haha. Peluh dah menitik-nitik. Terasa peluh tu mengalir dari dahi ke dagu. Wakaka. Setiap 10minit staff tu tanya aku ok tak kat dalam tu. Of coz OK kan. Best woo. Rasa cam tak nak kuar. Tapi mesti la keluar jugak kan! Terkejut jugak la bila keluar dari tempat bertapa tu banyak gila peluh. Habis basah lencun kain batik tu... Kalo perah boleh sebaldi agaknya. Oh hyperbola sungguh.

Lulur
Lepas diberikan kain batik yang kering, aku diminta oleh owner spa tu naik ke atas bed untuk sesi lulur pulak. Owner tu sapu rempah lulur tu dan urut2 mulakan dari kaki, betis, peha dan seterusnya ke atas. Amek masa dalam sejam jugak la proses sapu lulur dan urut nie. Terasa urat2 yang tegang tu jadi ok sikit. Urat kaki aku yang terseliuh tu pun turut diurutnya. Sakit sikit. Owner nie peramah sungguh. Banyak tips dan petua diberitahu. Oh tidak! Rupa-rupanya aku masih dangkal lagi dalam bab-bab ini. Nak kena berguru lagi. T_T. Then, after abes sesi urut2 dan sental2 tu, dia sapu pulak krim/or ape ntah kat badan aku. Rasa sejuk dan nyaman aje. Terasa nak tido jap.

Mandi bunga
Sesi ketiga pulak mandi bunga. Yahoo. Boleh berendam dalam tub selama setengah jam dengan bunga-bungaan di dalamnya. Terasa diriku sungguh berharga. Poyo gitu. Bunga yang sempat aku perhati ialah bunga ros, kenanga, daisi dan limau purut. Ada lagi yang lain tapi aku xingat. Haha. Dalam tu jugak aku xduk relax, bergolek2 nak bagi bau bunga tu menyerap sepenuhnya dalam badan aku. Betul x petua aku nie? Bantai sudah.

Facial
Wah selepas badan segar segala, aku buat bahagian muka pulak. Meh aku ceta step by step. Tapi malas la pulak sebab dah 2 3 hari lupa dah yang terperinci. Apa yang staff tu buat ialah cleanse, urut dengan susu segar, wapkan muka, mata tutup dengan kapas, cabut blackheads - sakit sangat woo dia duk picit2 dan cungkil2 sampai terbersin n tersembur - taubat dah tak nak buat part nie - haha, lepas tu pakaikan toner dan akhir sekali letak krim. Toner dan krim yang digunakan tu bergantung kepada brand apa yang customer pakai.

Update : Kebiasaannya ada yang kata jangan g wat facial if dua tiga hari lagi nak kahwin takut tumbuh jerawat. Before g spa tu aku belum tahu lagi dan sukacita dimaklumkan muka aku xde jerawat tumbuh pun. Maybe sebab spa tu guna produk yang customer guna. Wallahualam.

Tips kepada bakal pengantin perempuan : Selalu jaga kesihatan tubuh badan kita dan amalkan makan jamu. Aku sekarang nie amalkan makan jamu mak dara dan vida collagen. Haha.

Bakul Telur

Salam, hai dan hola.

Alhamdulillah. Selamat terima 600 biji bakul telur untuk doorgifts nanti. Actually, tempah hanya 500 biji, tapi rasa cam tak cukup pulak. So, aku mintak akak aku buat lagi 100. Alang-alang dah buat tu, dia bagi extra 17 biji lagi. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki jugak tu. :)

Bakul-bakul tu of coz la colour hijau dan biru. Mengikut temalah kan. Tugas aku seterusnya tampalkan thank you tag kat tepi bakul tu. Mula-mula buat cam banyak aje nak tampal. Tapi bila dah start buat tu sekejap la pulak rasa. Maybe sebab ralit dan bersungguh-sungguh kot. :) Maklumlah sticker tu diy. Bersemangat sikit.

Proses tampalan hanya menggunakan glue gun, model AC-280, made in taiwan (details betol), glue stick dan semestinya ade karen. Kalo xde karen camne glue stick tu nak cairkan? Hihi. Aku guna sebanyak 9 glue stick untuk 617 biji tu. Aku beli glue stick tu kat SOHO, tepi Mydin KT yg lama (RM2.50 = 3batang) dan kat Mydin Mall (RM2.50 = 6 batang). Prefer beli kat Mydin Mall, jauh lebih murah untuk glue stick nie.

Eh terlebih cerita pasal glue stick pulak..jom sambung layan bakul telur lagi tapi versi gambar aje la..malas dah nak taip!

biru dan hijau
glue gun, glue stick dan sticker tq tag
zoom

dah siap
#aku tempah bakul telur nie dengan akak aku, selain bakul telur dia boleh buat macam2 bentuk lagi. :)

Monday, May 21, 2012

Second time beli contact lens and eye drops

Salam, hai dan hola.

Hai sayang-sayang semua...

Dah lama tak update blog. Mood nak meng-update ke laut agaknya. 6 hari lagi aku akan bertukar status. Single to married. Hopefully Allah may bless our akad n sanding ceremony. :)

Merujuk tajuk diatas (chewah..cam surat rasmi aje), ari ahad lepas aku g beli new contact lens kat Mydin Mall. Ada satu kedai spek mata kat situ. Nama kedai tak ingat. Kenapa second time beli boleh BACA SINI. Cet.

Alhamdulillah ok aje lens nie, tapi kan punya la payah nak pakai, xreti! Almost 1 hour amek masa. Sampai bengkak-bengkak mata. Merah. Al-maklumlah masih baru lagi dengan dunia contact lens nie. Ececeh. Tapi kan mata aku keringlah. Camne nak bagi mata lembap?

Tadi waktu rehat, aku g Farmasi Ehsan, Bandar Permaisuri nie nak cari eye drops yang compatible with contact lens. Alhamdulillah jumpa dan brandnya Eye Glo, Eye Drops Moist. Eye drops nie for mosturizes and dull eyes. Ciri-cirinya dapat moisturizes, comforts, refreshes and of course compatible with contacts lens. Suka! Harganya RM6.80. Please usha gambar dibawah.
my second eye drops too..yg first tak tahu simpan mane. tp yg tu tak compatible with contact lens.
mata aku kabur ke or camera henpon aku cap ayam
harap-harap korang boleh baca
Dah! Nak sambung buat kerja pulak. My last day kerja 24th May 2012. Kahwin 27th May 2012. Mak dan family dah bising-bising kenapa masih kerja lagi. Mak, anakmu ini mahu mengumpul duit banyak-banyak sebelum berhenti kerja, dapat buat bekalan masa cari kerja kat Johor nanti.

Sekian, jumpa lagi.

Wednesday, May 16, 2012

Guest Book : Buku tetamu

Salam, hai dan hola.

Since today is Wednesday, so wordless...

in making

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Salam, hai dan hola.

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu seluruh dunia. Kita perlu hormat dan gembirakan hati mak/ibu/mama/mommy kita setiap hari bukannya pada hari-hari tertentu aja. Nanti jadi kes haram pulak. Tak mahu macam tu.

Aku sayang mak-mak dan ayah-ayah aku dulu, kini dan selamanya. Dunia dan akhirat. Titik.

Sunday, May 13, 2012

Ibu Jari Terkepit

Salam, hai dan hola.

Ya Allah. Kau lindungilah aku daripada sebarang bencana/dugaan yang tak mampu aku tempuhi. Petang tadi g mengedar kad jemputan kat kawan-kawan sepersatuan. Sempatlah g ke beberapa buah rumah. Ada jugak yang tak ada kat umah, esok-esoklah bagi.

Nak dijadikan cerita, kawan aku ajak ke rumah kawan dia. Keluar dari kereta tu nak tutup la pintu kereta. Tup2 ibu jari terkepit tepi pintu. Astaghfirullahazim, memang sakit sangat-sangat. Nak terlompat-lompat rasanya, tapi tak jadi sebab ada orang tegur dan dia cakap, "mesti sakit kan?" Of coz la wei! Nak je lempang orang bertanya tu. Nasib jari tengah sakit. Haha.

Dugaan apakah ini? Ya Allah, jika ini cara Kau mengujiku, aku menerimanya dengan redha. Semoga terhapus dosa-dosaku dengan kesakitan yang Kau berikan ini. Alhamduilillah.
ibu jari yang terkepit.

#Kawan2, doakan keselamatanku meniti hari menuju alam perkahwinan yea. Aku pun doakan B2B semua selamat sentiasa. Semoga semua dilindungi Allah hendaknya.


Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #28

Pagi:
400ml, F1 Shake
Sekeping roti canai telur - kakak buatkan

Tengahari:
Nasi putih + Seketul ayam goreng + Sesenduk kecil daging goreng + Sebungkus kuah tempoyak ikan patin + 2 keping timun + Sambal belacan
sebelum dingap - nasi bungkus kertas minyak, beli kat kedai
Malam:
400ml, F1 Shake
Nasi putih separuh + Putik jagung sayur lemak putih + Ikan cencaru bakar asam

Air putih:
plus minus 2.5liter

Hujung Minggu : 11 Mei dan 12 Mei

Salam, hai dan hola.

Hujung minggu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. Haha. Sudah semestinya ngan persiapan nak kahwin ni. Jom kongsi sama-sama apa benda aku buat selama dua hari nie..

11 Mei, Jumaat:

Pagi kemaskan rumah. Petang selerakkan balik ngan buat gubahan untuk hantaran. Jenuh pulak nak mengemas kali ke-2 nie. Heh. Kami adik-beradik sama-sama duk hadap barang hantaran tu. Masing-masing kebuntuan idea nak buat camne. Hentam saja, aku kata. Janji simple dan barang2 tu nampak terletak dalam pie dish bulat bergerigi tu.
paper cup flower jadi pie dish
one of the gifts to my husband to be
12 Mei, Sabtu:

Pagi sampai ke tengahari aku dan Kak Na keluar ke pasar. Mak tak de sebab g Kuala Lumpur. Ada sambutan ulangtahun ke 66 tahun UMNO. Mak aku orang biasa2 saja. Bukan mak-mak datin. Haha. But she is my darling mom. Love her so much!

Kat pasar tu, aku n akak g hunting beras tuk kenduri kawen nanti. Berjaya mengOrder 4 kampit beras yang setiap satunya 20-25kg. Beras datang dari Thailand. Satu kampit RM80. Quite murah kata family and my neighbours.

Selain tu kami sibuk membeli kain pasang tuk buat bertandang nanti. Mak yang kandungkan aku, nak colour merah. So pilihannya...
Mak nak kain bunga-bunga merah. Nie la dia..
Mak yang jaga aku, akak aku belikan colour cream campur kuning-kuning sikit. Nanti aku belikan tudung colour kuning as a gift sempena Hari Ibu. Huhu. Sambil menyelam minum air. :)

# Announcement on Happy Mother's Day : I have 2 moms, seorang MAK yang kandung, lahir dan jaga ketika baby (Mak Mah) dan seorang lagi mak yang jaga aku ketika kecil dan sehingga kini (Mak Teh). Dua-dua mak aku sayang selamanya. Dan dua-dua aku panggil MAK.

#27 Mei nie aku akan ada seorang lagi MAK, mak mertua. :)

#So, nanti aku ada 3 MAK. Haha. Happy...

Saturday, May 12, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan # 27

Pagi:
400ml, F1 Shake
1 keping roti canai telur

Tengahari:
Nasi ayam + Seketul ayam goreng
Air kelapa secawan
Sebungkus air teh o limau ais

Malam:
Nasi putih separuh + Kari kepala ikan + 2 keping telur dadar + Beberapa cubit ikan goreng + Beberapa potong kacang panjang goreng bersama daging

Air putih:
Plus minus 1.5liter

Friday, May 11, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #26

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + Daging goreng + Ikan masak halia

Petang:
Beberapa keping kerepek ubi purple

Malam:
400ml, F1 Shake
Sepinggan mee rebus

Air putih:
plus minus 1 liter

My simple baju nikah

Salam, hai dan hola.

16 days to go...

Alhamdulillah. Baju nikah aku dah siap. Baju bertandang pun. Cuma baju nikah untuk myC aja belum siap lagi. Tapi tak pa, tailor tu buat kejap aje. Upah pun murah. So, tak risau sangat. Lepas balik kerja semalam, sempat g amek baju-baju aku tu kat tailor. Sekampung je pun. :) My sepupu actually.

Aku rasa upah pun reasonable maklumlah design simple2 aje. Design kurung moden n kain duyung. Nak buat kain flowy tapi xcukup kain.Malas nak beli lagi. Haha. Nak tau harga upah?

Design kurung moden dan kain duyung/A-shape,
Baju nikah : RM45.00
Baju tandang : RM45.00

Baju mak ayah,
Baju kurung mak : RM20.00
Baju melayu ayah : RM30.00 (baju sahaja)

Baju nikah myC:
Baju melayu : RM70.00

Jumlah semua upah RM210.00

Ok. nak g mandi dah. bai.

#Nanti update gambar baju nikah. hehe.

Thursday, May 10, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #25

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + Ikan aya gulai + Seketul ikan aya goreng

Petang:
1 cawan cendol Mak Long
kedai nie kat tepi kedai runcit zua permai trading
abes tumpah2 minum dalam keta. rasa so-so aje.
Malam:
400ml, F1 Shake

Wednesday, May 9, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #24

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi minyak + Ayam goreng seketul

Petang:
1 biji mangga

Malam:
400ml, F1 Shake
Beberapa hiris mempelam jeruk

Air putih:
plus minus 2.5liter

Bila sakit jumpa doktor!

Salam, hai dan hola.

Disebabkan semalam tercucuk mata kail berkarat tu, arini g la Klinik Dr Nizul. Cerita lengkap DISINI. Malam tadi malas nak g, sebab cam nak ribut aje. Langit kelabu pekat. Lately kan cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap hujan, kejap guruh, dan kejap ribut. Ish..tak baik yea mengomel. Kejadian alam semua tu. Kehendak Allah kan.

Back to topic, kononnya nak cucuk, tapi bila tunjuk kat Dr kakiku yang debab, Dr Nizul kata tak payah. Pulak! Dr tu terangkan if datang within 5 hours tu baru dia cucuk. Nie dah lebih 12hours tak perlulah. Kaki pun xbengkak dan maknanya tak de infection. Dr just bagi antibiotik aje. Suruh makan. Jangan simpan pulak. :)
ubat kaler putih oren
#Alang2 jumpa Dr, bagi kad kawen kat dia sekali. Dr. mesti datang wedding saya tau. Haha.

Tuesday, May 8, 2012

Dugaan Edar Kad Kahwin

Salam, hai dan hola.

Owh dugaan sungguh petang nie. After balik kerja tadi, konon-kononnya nak g la edar kad kawen kat umah kawan-kawan. Alhamdulillah, rumah pertama selamat sampai. Seterusnya nak g rumah kedua. Malas nak masuk kereta kat laman rumah tersebut, parking aje la kereta tepi jalan.

Agaknya turun kereta tanpa baca bismillah dan guna kaki kiri kot. Jalan pulak lenggang-lenggok menuju ke rumah kawan tu. Mata dah tak pandang bawah, menonong saje sambil tangan pegang kad dan henpon. Tiba-tiba terasa macam kaki tersangkut something. Tunduk-tunduk, tali apa pulak nie?  Lepas tu terasa sakit kat celah ibu jari kaki.

Tengok-tengok, MATA KAIL BERKARAT tercucuk celah ibu jari. Astaghfirullahazim. Macam mana nak buat nie? Blur kejap. Tak tahu nak buat apa. Tapikan aku tak panik tapi cuak sikit! Haha. Macam mana nak cabut? Mata kail tu kan ada cabang kat hujung tu, kalo nak tarik confirm tercabut daging kan! Ngeri aja kalo cabut sendiri. Owh tak dapat nak bayangkan. Seriau. Meremang bulu roma.

# Masa nie kad kawen n HP dah tercampak kat atas tanah sebab dua-dua tangan dah pegang kaki.

Nasib baik g ngan kawan, dia la yang terjerit-jerit mintak tolong ngan orang. Kebetulan ada suami tuan rumah yang aku nak pergi tu. Dia duk repair kereta. Datang kat aku dengan tangan hitam legam. Lepas tu tanya aku kena kat mana? Aku angkat dan tunjuk kaki, dia tengok kaki aku dan terus SENTAP mata kail tu. Wooo...seram gila. Terjerit-jerit aku. Memang kerja GILA.

But, alhamdulillah, Allah bagi sikit saja rasa sakit. Thank you Allah. Darah pun keluar sikit aja. Aku terjerit-jerit tu bukan sebab sakit, tapi sebab rasa takut+ngeri+seram+seriau campur aduk ngan ketawa tengok gelagat panik+risau kawan aku dan malu ngan orang sekeliling walaupun masa tu hanya ada kami berempat sahaja. Sorang mangsa, sorang penyelamat, sorang tukang mintak tolong n sorang lagi tukang tengok. Cet.

Kesudahannya, mood nak edar kad kawen dah hilang! Sambung esok aje. Kawan dah ajak balik. Dia risau aku sakit, padahal aku ok aje (ekceli dah mula risau takut kaki kena infection). Haha. Kena musibah pun sempat lagi gelak-gelak. Apa la Farizan nie. Tinggal 19 hari aje lagi...

p/s: betul ke kalo terkena benda berkarat boleh kena penyakit kancing gigi? sebab karat-karat tu dah masuk dalam darah. Esok nak g cucuk ubat la. RISAU PULAK.

p/s/s: kalo kena karat emas tak apa jugak. nie karat besi. :)

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #23

Pagi:
400ml, F1 Shake
 
In between:
Jeruk mempelam muda
jeruk pauh pedas n masam
Tengahari:
Nasi putih + 5 ekor ikan goreng kecik-kecik + Sawi putih goreng kicap
Beberapa keping keropok goreng

Petang:
2 potong keropok lekor goreng
2 keping pisang goreng
Air kelapa
bebola ketam. pisang goreng. keropok lekor. - celebrate birthday kawan
Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 2.5liter

Monday, May 7, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #22

Pagi:
400ml, F1 Shake

In between:
4 biji kuih "boom"
suka makan sbb inti ikan.
Tengahari:
Nasi putih + Ayam goreng + Daging goreng + 1 slice timun
Kuah gulai tempoyak ikan patin
kuah tempoyak ikan patin
Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 2 liter

First time pakai contact lens

Salam, hai and hola.

Aritu aku ada cerita kan pasal beli contact lens tu. Dah pakai pun selama satu hari lebih. Quite good jugak la pakai lens nie. Tapi kan on the second day nak pakai boleh pulak lens tu wat hal. Sedih aku...

L.E.N.S T.E.R.K.O.Y.A.K

Masa petang aku bukank tu aku simpan la dalam bekasnya kan. Tapi nak pakai pagi tadi ia terlipat, bila aku nak betulkan balik. Ia terkoyak.

# To contact lens wearer, boleh tak share tips ngan aku camne nak jaga lens nie agar tak terlipat lagi camtu. Sigh. Kena beli yang lain lagi. Dah lari budget la camnie. Pening2.

Sunday, May 6, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #21

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi goreng merah + 5 ekor ikan goreng
Beberapa keping keropok goreng

Petang:
Nasi putih + Ikan singgang + Sambal belacan

Malam:
Maggi berkuah

Air putih:
plus minus 2 liter

Saturday, May 5, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #20

Pagi:
400ml, F1 Shake

In between:
Colek mempelam muda
 Tengahari:
Nasi putih +Ikan goreng

Petang:
Air teh O suam
1 keping pisnag goreng
1 potong keropok lekor goreng

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 1 liter

Friday, May 4, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #19

Pagi:
 Nasi minyak + 2 ketul rendang ayam
Sesenduk mee goreng + 2 potong hotdog
1 potong tembikai susu
1 potong tembikai


In between:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + Ikan bakar + Kuah percik + Sayur
Air teh O limau nipis suam

Malam:
Kueh tiaw goreng + Seketul ayam goreng + 1 slice daging burger
Air teh O limau nipis suam

Air putih:
plus minus 1 liter

Thursday, May 3, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #18

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + Ikan gelama goreng + Sekerat ikan percik
Beberapa potong kacang panjang mentah

Malam:
Nasi putih + Ikan cencaru bakar + Ikan percik + Seketul ayam masak merah

Air putih:
plus minus 1 liter

Cuti 1 Mei : Rantau Panjang

Salam, hai dan hola.

Cuti 1 Mei lepas, family and aku pergi ke Kelantan. 7 orang bersesak-sesak dalam sebuah kereta wira. Fuh! dah la perjalananan ke sana makan masa 2 jam. Nasib baik tak cramp kaki. Dalam kereta tu ada 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Haha. Macam sardin dah.

Kelakar. Korang pandai baca jawi tak? Kat tepi tu ada translation.
Ekceli, ada apa kat Kelantan? Of coz la ada kawasan zon bebas cukai kan. Hehe. Kali ini kami ke Rantau Panjang pula, konon-kononnya nak g beli peralatan dapur umah sewa aku bersama bakal suami nanti. Majlis kahwin belum lagi, tapi dah nak siapkan barang rumah. Tercepat la pulak.
Set periuk bertelinga. Cap buaya tu. Tahan lama katanya.
Sebetulnya akak aku nak hadiahkan aku set periuk, jadi dia ajak aku supaya boleh pilih sendiri jenis macam mana yang aku nak. Alhamdulillah. Bagus jugak kan orang bagi hadiah nie. Jimat sikit. :)
Kuali dan steel jug beli sendiri. Sudu dan garfu mak hadiahkan.
whistling kettle. kalo terlupa, boleh dengar la kan bila air dijerang dah masak.

Lepas siap membeli di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, kami meneruskan rombongan ke KB Mall. Misi sulit untuk membeli hadiah istimewa dan rahsia kepada bakal suami. Banyak-banyak dah aku pilih tapi tak jumpa warna yang sesuai. So tak jadi beli lagi. Nexttt time.

Alih-alih aku just beli contact lens untuk dipakai masa majlis nanti. Tapi semua orang sarankan kat aku pakai sebulan sebelum majlis. Nie dah 24 hari dah, tak dan lagi nak pakai-pakai. Hopefully after balik dari trip dari Kerteh nanti.
R - 4.50, L - 3.75
p/s: Hadiah istimewa untuk orang yang istimewa jugak!

Wednesday, May 2, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #17

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih + 2 ekor ikan goreng + 2 ekor ikan rebus + 2 ekor ikan kering + Satu keping telur dadar + Sayur kailan ikan masin

Petang:
Beberapa keping kacang bulat-bulat

Malam:
400ml, F1 Shake

Air putih:
plus minus 1.5 liter

Wordless Wednesday

Salam, hai dan hola.

Banyak benda nak kena update nie. Tapi layan pie dish n paper cup flower nie dulu. 25 days to go...

Idea nak wat gubahan hantaran camnie. ok tak?


p/s: banyak benda nak kena wat lagi....ayoo...

Tuesday, May 1, 2012

Cabaran Herbalife : Sihat Menawan #16

Pagi:
400ml, F1 Shake

Tengahari:
Nasi putih separuh + Daging goreng kuning + Telur bistik
Air cendol

Petang:
Bebola ikan dan sate ikan + Beberapa gelas air kelapa + Dua tiga teguk air tin 100+

Malam:
Nasi putih + Telur dadar + Ikan masin + Ayam KFC + Separuh roti + Coleslaw + Mashed potato

Air putih:
plus minus 1.5 liter