Tuesday, March 31, 2015

Check up Fateen and Sofea.

Salam.

Alhamdulillah dah selesai injection fateen sofea utk 3 bulan setelah delay sebulan disebabkan kebizian pindah rumah dan sibuk bekerja. Sibuk noo katanya. Sama jugak dgn kakak fateen syuhada. Dah lebih sebulan utk check up dua tahun. Nurse bg ubat cacing tablet. Tak tahu la boleh telan ke tidak. Nak kena paksa la sbb jenis susah makan ubat.

Dah settle urusan dua beradik nie, walidnya pulak g check gigi. Umur dah meningkat so gigi macam2 la peelnya. Giginya terserpih. Mulanya tak nak check tapi kena paksa dgn bininya ni. Huhu. Mengalah la tu sbbnya tak tahan menanggung sakit.

Jenuh jugak la menunggu. Kami anak beranak menumpang kat surau. Siap ketiduran dah sofea n syuhada. Suraunya selesa dan bersih. Pandai nurse2 klinik kesihatan taman universiti ni jaga. Tabik!

Dulu check up kat klinik desa kempas, sekarang menumpang kat klinik kesihatan taman u pulak. Sbb kat sini tak tetapkan hari specific utk check up anak2. So dtg ahad la sbb harini tak kerja dah tak payah amek cuti. Tapinya nurse kat sini cakap nak kena pergi klinik desa kangkar pulai coz klinik tu cover kawasan rumah kami. Aduhai.

So next check up kena g sana la. Kena la ummi amek cuti anak2ku. Tak apalah demi kesayangan ummi sanggup ditempuhi. Hoho. Bye lah.

Thursday, March 26, 2015

Nur Fateen Syuhada

Salam semua

Testing testing testing ...
My first daughter nur fateen syuhada bt mohamad syahir!

Sunday, March 8, 2015

Kabinet dapur basah

Salam semua kengkawan alam maya...

Hai. Dah lama tak bersiaran. Busy bebeno kalah pak menteri. :) Kali ni nak cerita pasal beli kabinet dapur basah. Dah ada dapur kering nak dapur basah pulak kan. Bagi aku, aku tak kisah ada satu dapur je. Lagi senang nak guna dan kemas kan. Tapi hubby tak suka. Nanti kalo masak kat dapur kering habis harum semerbak satu rumah. Itu dia tak suka. Turutkan saja. Wife solehah katanya. Haha. Ketawa disitu.

Kami survey kat area taman teratai je. Dekat dengan rumah. Mula2 g kat kedai perabot tan. Mak aih yang kabinet aku berkenan harga rm250. Cenonet cam gitu pun mahal. Mintak kurang dah tak bagi. Tak ape. Carik kedai lain. Kebetulan kedai sebelah dia jual perabot gak. Haruslah terjah. Riki2 harga cuma rm190. Spec sama. Sebijik sama! Suka!!!! Mintak kurang lagi dah tak bagi. Discuss2 dengan hubby dan setuju nak beli. Rembat terus!
Petang tu jugak org kedai tu hantar. Bagus!

Meh nak cite spec yg ada kat kabinet aku berkenan nie. Ada 3 bahagian. Drawer, satu bahagian bertutup dgn dua pintu (ni aku tak tau nak describe dlm bahasa mudah apa, so hentam keromo je) dan ruang tempat letak gas (ada pintu). Kat drawer tu aku letak semua sudip2 dan senduk2. Bahagian bawah drawer tu aku letak 2 kuali, bekas bawang merah dan bawang putih dan bekas tepung2. Dan tempat letak gas tu opkos la aku letak gas kan. Hoho. Tapi org cakap tak elok letak tong gas tempat yg tertutup. Kedap udara. Em yg tu kita fikirkan kemudian. Tu je la nak cerita. Jumpa dalam n3 lain pulak.

Bye.

Gosok baju guna garment steamer.

Salam.

Alhamdulillah. Tercapai sudah impian nak gosok baju guna garment steamer nie. Tq sangat2 kat encik hubby. Bagi as a birthday gift.

Dulu gosok baju kerja hubby guna iron biasa berjam2 jugak la. Tapi kini tak lagi. Ambil masa minutes je. Senang dan jimat masa.

Tapi masa mula2 guna agak kekok jugak la. Berpusing2 tawaf keliling steamer. Kelakar gila. Tengok promoter kat supermarket buat senang je. Alahai. Takpe. Practice make perfect!

Actually aku dah survey harga kat lazada. Banyak jugak brand yg ada. Salav, dana, xma, morgan. Range harga  pun less rm200. Aku berkenan dgn xma tu. Akan ttp bincang semula ngan hubby better beli kat kedai area rumah. Nanti senang nak claim warranty kalo ade ape2.

Akhirnya beli la faber garment steamer kat kedai elektrik area rumah jugak. Dah banyak kali g tapi asek lupa je nama kedai. Pokpok sikit kepala nie. Harga tertera rm299. Mintak diskaun byk2 kali dpt la rn240. Redah je la.