Monday, November 30, 2015

Bercuti di Hospital Sultanah Aminah

Hai...
First time anak2 kena warded. Kesian mereka. Dua2 pulak tu yang kena warded. Sofea ada ulser dalam mulut. Tak nak makan dan tak nak susu. Nak bagi hisap botol susu kena paksa risau dia kelaparan dan tak cukup air dalam badan. Doktor sarankan warded dan kena masuk air. 3 botol pulak tu. Nasiblah wahai anakku. Untuk kesihatan mu jua. Kebetulan haritu umurnya cukup setahun. Kiranya birthday present la tu. Kesian kesian kesian. Kalaulah ummi mu boleh ganti kesakitan itu, ummi sanggup!

Si kakak pulak tiap2 malam muntah selama 3 hari. Lembik jugaklah dibuatnya. Suhu badan antara 36-39 degree. Panas aje sentiasa. Tuam dengan tuala basah, lumur dengan air asam jawa, bagi minum air zamzam, bagi minum air cap badak. Macam2lah usaha nak kurangkan suhub badan tu. Tapi panasnya on off, on off. Pergi klinik keluarga, doktor bagi ubat demam, antibiotik, angin/muntah. Tapi tak jugak kebah.

Next day, bawak g hospital sultan ismail. Doktor check ada jangkitan virus kat tekak. Merah dan luka anak tekaknya. Doktor bagi pilihan nak rehat kat rumah or warded. We choose to take care at home je. Waktu tu rasa able to handle la. Doktor bekalkan ubat demam. Antibiotik tak bagi sebab dia cakap tak perlu. Jika terkena jangkitan virus tak perlu antibiotik katanya. Kami balik dan rehat kat rumah, tapi 2 hari jugak keadaannya masih begitu.

So the next day we opt to go hospital sultanah aminah. Reasons, dah pergi klinik tak baik, pergi hospital sultan ismail pun tak baik. So disana jumpa doktor, cerita history si kakak dan sofea. At the end dua2 la kena warded. Bukan tak percaya tapi ikhtiar kan selagi boleh. Doctor very strict, no excuses to delay. Husband g daftar masuk wad kat kaunter. Aku pulak g kat bilik saringan untuk amek darah sofea dan fateen. Apalagi meraung2 la si fateen. Empat orang kena pegang. Meraung siap tendang2 nurses lagi. Nasib la nurses baik2. Si Sofea pulak kena bedung masanak amek darah. Siap semuanya kami dibawa ke tingkat 3. Masuk wad bunga raya. Pediatric. Lupa wad B kot.
Malam tu check in hospital la kami empat beranak. Husband teman sofea, aku pulak jaga fateen. Katil dekat2. Kebetulan kat rumah lagi aku dah siap2 kemas beg baju kononnya lepas check diaorg kat hospital nak balik kampung nak mengurut. Emm...memang tak jadi balik kg la. Bermalam di hospital. First time. Hope no more next time.

Alhamdulillah keesokkan harinya dua beradik ni dapat discharge. Doktor pelatih, doktor n doktor pakar pantau. She said not so serious. May go home and treat at home aje. Yeay! Eh lupa, kakak warded sebab dia asyik muntah2 dan demam. Dia pun tak nak makan dan tak nak susu jugak. Just bagi minum air masak banyak2. Doktor cakap dia tak perlu masuk air, sebabnya air dalam badan dah cukup. Bukti yang ketara bila dia menangis airmata berjuraian keluar. Haha. Laju je macam air terjun.
Asyik tidur aje cik sofea nie. Rehat banyak2 ye sayang!
Dah nak discharge baru nak makan. Buah tembikai buah kegemaran cik fateen. Abaikan rambut yang tak bersikat tu. Dia tak nak mandi, tapi kena paksa mandi jugak sebelum discharge.
Kesian encik suami kepenatan menjaga anak-anak perempaunnya. Semoga Allah merahmatimu wahai suamiku.

Thursday, November 12, 2015

Aku mudah lupa

Ketika dibelai aku hanyut dalam keasyikan.
Ketika dimarah, dimaki hamun, dihina dan diherdik aku menangis kehibaan.
Tapi aku alpa. Aku bodoh.
Ambil mudah sebab tak nak ia menyesakkan jiwa.
Ia berulang, berulang dan terus berulang. Bagaimana harus aku lakukan?
Diam seribu bahasa!

Wednesday, November 11, 2015

Work on Saturdays

Hai...

Fully book this month on Saturdays. Marilah kita bekerja sekuatnya. Harap2 next year dapat increment la. Haha. Chaiyok2.

My Calendar at Workplace

Birthday celebration

Hai..
Sebelum ni tak pernah pun amalkan sambut birthday. Tak kisah pun ada takde. Not a big deal. Sekarang pun sama. Cuma kat workplace sekarang nie mmg akan sambut birthday setiap staff. Tapi staff perempuan aje. Geng2 kiteorg je pun. Berapa ketul je ade, 7 org termasuk lady boss. :) 
Kami akan collect duit utk beli hadiah ke, beli kek ke or makanan lain. But mostly kek la yang menjadi pilihan. Nak share selama kerja kat sini dah dua kali diraikan. Terima kasih semua gegirls apex. Love u olls very much.
2014 - Baru 4 bulan masuk kerja. Secret Recipe
2015 - Second time celebrate. Baskin Robbins.

Saturday, November 7, 2015

Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Johor, Malaysia.

Hai...

Dari zaman bercinta lagi dengan husband ajak datang sini tapi tak dapat2. Almost 7 years kot. Teringin betul nak masuk. Saya suka pergi muzium. Seronok. Pelbagai benda yang boleh kita tengok dan belajar. Walaupun kat sekolah dulu tak berapa minat sejarah. Time cikgu mengajar buat taik mata je. Haha.

Dengan semangat berkobar-kobar pergi tapi tak dapat masuk. Dapat masuk kawasan luar je, lepas tu cik abang askar tu datang tanya buat apa kat sini. Kami cakap nak g muzium la. Ooo... Muzium tengah renovation dik. Maybe pertengahan tahun depan kot bukanya. Isk..isk.. Terkilan pulak. Bila la agaknya betul betul buka ek? Rasanya dah lama under renovation nie.

Tapi kan kawasan muzium ni cantik dan bersih. Walaupun muzium tutup, tapi kawasan sekitar dijaga elok. Baguslah. Nah belanja gambo sekeping. Abaikan perutku yang buncit itu. Haha.

Sunday, November 1, 2015

Mom and Baby Expo 2015

Hai...

Kelakar betul pergi mom and baby expo kali ini. Salah tempat. Sepatutnya dekat danga city mall, tapi inform suami expo tu kat persada with full confident! Alih2 sampai tengok lengang aja depan persada tu. Dah agak dah mesti salah tempat ni. Tapi turun jugak la nak wat pengesahan. Tanya guard, dia cakap expo tu kat danga city mall. Senyum simpul je la kat suami. Alasan aku bagi kat suami sebab sebelum ni dibuat kat persada. Tu yang datang sini.

So kami teruskan perjalanan ke danga city mall. Aku tak suka datang sini sebab ya ampun penuh sesak dan susah nak parking bila ada big event. Better kat persada tak crowded sangat tp parking lebih kurang sama.

Niat utama nak beli diapers je. Brand drypers classic. L untuk kakak syuhada dan M untuk sofea. Last datang harga satu pek rm25.50. Agak murah dari pasaran selepas adanya gst. Sebelum gst harganya rn22.50 kot. Lupa dah. Tapi kali ni harga dah naik 50sen!!! Emm...ikut suka kan penjual nak naik dan turunkan harga barang. Feeling disappointed gila. Alang2 dah datang belilah jugak walopun satu pek rm26. Beli 2 pek utk kakak n 2 pek utk sofea. Drypers team letak dlm beg colour biru tu and bagi free gift setiap bag yg dibeli. Dapat tissue cover tapi ada tali dan boleh buat beg susu. 2 in 1 la kot.

Tapi utk satu bag lagi aku request nak tupperware. Lebih praktikal. Sebab dulu pun beli dapat free gift tupperware or tumbler. So aku rasa itu lebih baik since aku g kerja bawak bekal. Jadi i have many choice to choose which one to use. Haha. Tak amek gambo pun kat sana. Tak kuasa sbb sesak sangat. Sekejap je g lepas tu balik.. Eh selain beli diapers tu, sempat juga belikan botol susu untuk sofea. Baru nak berganti botolnya. Ada dua, pink dan coklat cair. Tapi kakak dah mengaku yg pink tu dia punya. Kakak oh kakak! Org kata anak no 2 selalu mengalahkan? Betul tak? Kesian sofea. Haha.