Wednesday, February 29, 2012

Doa Meminta Petunjuk

Salam. hai. hola.

Selamat hari lompat semua. Jom kita melompat. 29 Feb 2012. 4tahun sekali aje kita jumpa hari nie. Semoga kita masih dipanjangkan umur untuk menemui hari lompat yg akan datang. Masihkah?

Hati tengah gundah gulana nie, so aku nak kongsi ngan korang semua doa yang elok diamalkan di kala hati kita tengah serabut ke, jiwa kacau ke. Ape2 la... Jom la sama2 kita memohon dan meminta kepadaNya!
p/s : amek pic nie dari tab adik. huhu.

Tuesday, February 28, 2012

Testing Nuffnang

salam. hai. hola. kabare?

ello dears. arini berjaya gak add iklan nuffnang kat my blog. nie nak testing la. sila clicks eh semua for increase my KACHING!







p/s: click...click...click...

Try fitting baju pengantin!

salam. hola. hai. kabare.

semalam g kedai pengantin ngan akak lepas balik keja. esok lusa nanti dah sibuk. ade geng Fairview International School dtg wat program dengan PEWANIS, tempat aku keja. pulak tu 2mac malam nak g JB pulak. nak anta mak ke umah kakak sulung. kakak nak bersalin. anak yg ke-4. tahun nie bakal dapat 2 org anak sedara baru. hehe. aku? blom lagi la. tunggu kawen dulu, baru leh produce banyak2. haha. InsyaAllah.

alang2 dah sampai JB nanti g la jumpa my C. cadangnya nak g wat kad kahwin, jalan2 beli Linkbarang hantaran kami dan macam2 la. apetah melalut nie. sila kembali ke topik asal yea. g kedai tu sebab akak tu suh datang tengok baju baru yg die beli. warna biru/turqoise. okey. xtau nak describe.

emm..tapi aku cam xminat la baju baru tu. merelip2 sangat. sarat ngan labuci2.x bkenan dihati.tapi xtau la camne nanti, nak tanya my C, kalo die bkenan, aku akn pakai. kalo x, xpakai la gamaknya.(my C suka tengok org pakai kebaya, so patutkah aku pakai kebaya jugak?)

lepas tu aku godek2 la kedai akak tu. jumpa ngan baju kebaya songket.cantik u.aku bkenan.tapi kaler die biru lembut.so suram cket.emm.then aku suh akak aku cube beberapa baju.mmg ah cantik ngan die.die kurus mulus.aku?konfem aku xmuat nak pakai.haha.diet kunun.baru jek turun 3kg.12kg lg nak kena kurangkan.

jom layan picasa...
baju songket kuning

baju songket biru

p/s:terfikir nak buat sendiri pulak. :). agaga...sempat ke? serabut sudah...

Sunday, February 26, 2012

Postpone?

ape pandangan korang kalo date yg kita plan awal2 nak di postpone nya? sentap jugak la terasa... *sigh* xtau la nak fikir ape.sedih melampau.

Ya Allah, aku memohon restuMu..permudahkanlah rancangan perkahwinan kami dan restuilah hubungan kami berdua.hanya kepadaMu tempatku memohon!

My Belated Birthday

salam. hola. hai.

weh dah 8 hari since my birthday. :) 19th Feb 2012. dah makin bertambah usianya. rase cam baru aje sweet seventeen. haha.

mula2 cam nak merajuk bila my C x wish pun birthday kat aku. rupe2nya dia tunggu call free dr aku. ceh. almaklum la kan kalo pengguna celcom time birthday kita, CELCOM akan bg free airtime call seminggu.since aku gune nama adik aku ms register tu xdapek la.#padan muke ko#

pagi2 ekceli die dah call. tapi aku xperasan.*ampun abg, ayg xperasan* haha. siap msg kate xingat birthday aku bagai la kan. ceit. mak n akak aku dah sound awal2 dah kate ade call td, dieorg siap perli lg kalo my C x call aku akan masam sepanjang hari. hehe. pandai dieorang.

tapi merajukku xlame bila my C post kat FB aku benda nie, ekceli aku xtau pun, surprise la gitu..
*terharu cikit. haha. ekceli my C xpenah pun nak ucap2 cam gini kat tempat terbuka cam FB nie. kira kenyataan berani mati la nie. haha.*
~Abg, hadiah ayg mane? :) ~

Thursday, February 23, 2012

Perasan terlebih!

salam dan hai2 my readers...

eceh bajet cun ade orang bace blog ko la cik jan oi.hugahuga. :)

saje nak berkongsi dan nak berperasaan kejap. tetiba kat feedjit tu nampak benda nie...eh ade org melawat blog aku eh?jauh tuh.tai pei ke taiping ah?kalo taipei,fahamkah dieorg bace BM nie,ke tengok gambo aje.huhahuha.

jom terjah tengok...
p/s:camnekah wedding lisa n yusry eh?dieorg kawen arini kan?23feb...haha..dah lame xlayan gosip.

Edisi Super Padat Super Malas Super Rojak

salam dan hai dan hello dan hola

dah lama xupdate blog. mood malas datang mencurah2. nak wat wedding preps pun malas jugak.ape nak jadi dah ngan aku nie.ishh.malas betol.nak taip banyak2 pun otak dah beku dan tepu.pulak tu esok kena keja.*sigh*.naseb baik kumpul duet nak kawen.kalo x, konpem xkeja dah weekend2 nie.

berapa banyak perkataan malas dah yang diulang2.xbaik kan.jom b2b kita jangan malas2.kita rajin2kan diri kita.lagipun 94days to go.dup dap dup dap.banyak checklist xbertanda tick,walhal checklist pun xdek.emmm.

apepun jom la kita tengok gambar2 yang terperam lama dlm hp n laptop.sebab malas nak upload n update.haish.pegi jauh la ko MALAS.encik RAJIN sila datang dekat kepadaku. :)

survey harga tuk set penjagaan wajah di guardian@giant@bandar KT.aku sekarang minat ngan produk bio essence n nano white aje.hugahuga. :)
semasa g pameran ape ntah minggu lepas, terjumpa buku nie.xbeli pun. amek gambo je.buku BLOG.teruja sebab la nie giat berblog.kununnya la. :)
acrylic weather paint nie aku amek dari opis. sbb bos suh buang. so ape lagi, aku amek la tuk cat doorgift aku. barang masih baik lagi kan. so xyah la nak membazir. ye dak???
aku confius la.xtau nak wat yg nie baju nikah ke baju bertandang?colournya cream...kalo nikah rasa la nak pakai yg putih suci gitu.baru la nampak keterserlahan nak berkawen.huhu.apa pandangan korang?
bakul telur/doorgift ku kaler biru n hijau.yg nie contoh biru yg baru siap.tempah 500biji ajek.mintak kak ipar buatkan.save bajetku.haha.
p/s:selesai sudah edisi super padat, super malas n super rojak aku. terasa la nak wat watermark kat tiap2 gambo aku tu.tapi camne eh nak wat?

Thursday, February 16, 2012

Pening nak tempah kad kahwin!

Salam dan hai tuk sayangku semua...

Yg b2b majlis bulan 4 n 5 nie dah tempah kad kawen ke? dah tempah??? dah siap terima punnn??????

Bagus la..dah siap awal2.saya tengah cuak nie. saya belom tempah lagi...ye betol!!! tak tempah lagi. betol. xtipu pung!

apetah lagi nak g survey kedai ke kedai.yg nie tipu sikit. dah survey jugak la. tapi secara online saje. cam xrajin aje nak meronda2 kat bandar KT nun. dah la cuaca panas aje sejak dua menjak. kusam kulitku nanti. chewwah. berangan saje ko cik jan ye. :)

dan jugak saya mudah pening. xtau nak yg camne. xtau nak yg comel2 n mahal ke.
or yg biasa2 n murah. tapi yg biasa2 pun cantik jugak. dimataku la. dimata2 mu semua saya tidaklah tahu. huhu.

ayoyo...amma...appa...tolong la saya! erk... salah! mak...ayah...tolong jann... :D

p/s: sape2 yg belom tempah tu, jom kite g tempah. mood kalut n serabut nie.

Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Terengganu

Salam dan hai to all my lovely readers...
- ade ke yg bace blogku ini? :) -

Arini saya nak kongsi ngan semua ttg prosedur nak nikah di Terengganu

yang dah nikah tu boleh jadikan panduan ye
,
mane tau...
nak berkongsi ngan kawan2 ke sedara mara ke..


yang belom tu, meh kite bace same2..
my C, sila bace gak. kamu kan nak kawen ngan org tganu. hehe.
gediks u :)

-panduan utk diri sendiri jugak-


sila ambil pen dan kertas, catit la mana perlu...


Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
        • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain - lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

    * Sila kembarkan dengan sijil asal

  2. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
    • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
  3. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
    1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
    2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
  4. Upacara Majlis Akad Nikah
    1. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
    2. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
  5. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah
    1. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
      • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
      • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
  6. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
    • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
  7. Pendaftaran Perkahwinan
    • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
    • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
    • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
  8. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
    • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
  9. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
    • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
  10. Kad Akuan Nikah
    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.0.

sumber asal: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Wednesday, February 15, 2012

Set Penjagaan Diri - Nano White

Assalamualaikum and hai to all of my darlings... :)

I definitely want like this for my hantaran...

p/s :
snap at watson jerteh, reference for my fiancee. hehe.

Monday, February 13, 2012

Pacat panjat saya, saya panjat bukit!

-mood malas n xsehat-
badan penat dan lemau after panjat bukit seharian.
bercanda ria pulak ngan cucu cicit pacat. almost 20-30ekor pacat yang duk memanjat di kakiku.
siap masuk dlm tracksuit 2 ekor. *ngeri* tapi kerana kerja kuteruskan!
:(

tapi, semalam gembira sikit sebab encik tunang dah g jumpa tok kadi kampung die amek borang kawen.
yeehaa...xsabar eh! *gatal seh*

p/s: cepat la rasa xsihat hilang. banyak keja menunggu nie..

Friday, February 10, 2012

Hidangan air masa majlis resepsi

Salam dears...

Malam nie berangan pasal air untuk dihidang masa majlis resepsi nanti. huhu. idea nie tercetus bila tengok a blogger tu post gambar air masa wedding die. tapi lupa la sape. *sorry*

Jom layan air apa saya nak hidangkan kat my guest nanti. Semoga tercapai la hasrat nie. Nak variety sebenarnya. Dah terlalu biasa org wat satu air aje. So saya nak pelbagaikan pulak.
Check it out. :)

air asam boi
xade dalam gelas pulak...amek yg bungkus aje la

air cincau

air bio aura - yg suka minum air putih@masak
jaga suara neh - mintak air nie umah akak, hehe.

air anggur
nak air anggur yg see thru tu..xdok jumpe plok gambo hok comel, letok hok nie je la. :)

air sirap selasih
ekceli saya xsuke sirap, tp suke selasih. combine aje la. hoho

dan....yg paling best sekali air jagung!
air yg best sekali tuk diminum, buleh kata feveret drinks nie. hoho.

p/s : masa makan berdamai nanti nak air kaler biru boleh? sama ngan tema. ngeh3x.
nak yg camnie....

air biru
pandai2 aje panggil cenggitu..ape nama air nie ek? satira kah?

*semua gambar ambil dr encik google, ngan link blognya sekali. klik aje caption. so ok la kan? saya pinjam aje gambar korang. thanks tau*

Thursday, February 9, 2012

Nak tanya pendapat uols la...

Hai dearies..

Saya nak tanya pendapat uols nie. PELAMIN SANDING yang camne ek sesuai? Mini pelamin or pelamin yang grand2 tu...saya wat kat umah aje...

Mini pelamin camni ke?

Or pelamin ade 3 panel camni?

p/s: yg 2nd tu mmg la cantik tp costly la kan nk sewa...*sigh*

Wednesday, February 8, 2012

Pie dish - jadi dulang hantaranku

salam dan hai to all readers...

wah! ari isnin aritu g beli barang opis ngan my bos di mydin n giant. sambil2 tu survey tuk my wedding preparations sekali. boleh la kan, sambil menyelam minum air. ngan bos lak tu. xpe2. nanti after my wedding dah jadi my ex bos. haha. *jahat kan?!*

at mydin mall, KT
sambil2 cari mentol lampu phillips tuk my opis tu terjumpa la papercup kaler biru n hijau. haruslah grab la kan. haha. tapi amek biru 1 n hijau 1. rase cam cukup tuk 4 pomander ball tuh. tp kan, mase nak bayar tu bos nak bayar sekali. die ingat tuk wat kuih mase kat opis. hoho. Xape la bos. Saya bayar sendiri aje.

at giant, KT
mase kat giant, nak beli barang opis survey barang kawen jugak. masuk2 aje dlm giant tu terjumpa la pie dish yang comel n cute nie. kaler putih n ade bunga2 pink. N yg penting murahhhhhhh. RM5 aje satu, mane nak carik kan. then terus aje amek n bayar. Saya beli 7 pie dish nie, semua sekali RM35 aje. Hehe. Nie nak jadikan sebagai asas kat dulang hantaran. Sebelum nie nak wat bantal tp dah jumpe yg lagi murah. Guna pie dish aje la kan. Huhu.

tu kaki my bos yg pakai selipar jepun merah


Sunday, February 5, 2012

Bahulu

Salam and hai to fair n lovely readers...

Alhamdulillah. dah jumpa ngan vendor wat bahulu cermai tu. Ekceli secara x sengaja masa jalan2 g kedai makan nak isi perut selepas 4 jam lebih bertarung ngan exam. Otak fikir, perut pulak lapar kan.

Harga 1pcs bahulu tu 13sen aje. haruslah grab banyak2. murah kan?!!! InsyaAllah dah tempah dengan dia dalam 2000pcs. Cuba try acu darab, dapat berapa?? tu dpt diskaun lg rm10. sepuloh hengget pun ok kan???

Tauke kedai ni boleh buat dalam 3000pcs for 1 day plus ngan kuih2 lain. Kedainya kat simpang jalan (nama jalan xingat) tp berdekatan ngan area taman shahbandar, bandar KT. sape nak tahu, sila tanya eh...hehe

2 hari before majlis nanti (maksundya 25hb mei la nie, jumaat pg), selepas siap pack 2ketul sorang, akan masukkan dlm paper bag same2 dgn sekotak gula2 n sebekas telur. Molek benar la tu...kan? kan? kan?

Maybe awal bulan 4 nak g bayar deposit, dah suh vendor tu catit dalam business planner dia. hoho tapi terlupa pulak nak ambik gambo bahulu dia tu, aiseyman...xape la...layan aje bahulu dari abg google nanti saya update lg. ngeh3x...
bahulu cermai dari myresipi.com

bahulu cermai dari bahulu-malaysia.blogspot.com

p/s : xdapat wat konsep tradisional pun xape la, asal dapat bagi kuih tradisi nie..huk..huk..

Songket Terengganu - Sampin Kahwin

Salam Maulidur Rasul...

Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad kita...*pesanan untuk diri sendiri juga*

Lepas aje exam kastam semalam terus aje merayau-rayau di bandar KT. Singgah2 cuci mata di butik batik n songket. Hajatnya survey sampin tuk encik tunang. banyak woo yang cantik2. Sempat amek gambar tuk tatapan encik tunang n korang sekali tentunya.

Cikedout...
Kain Songket 1 : songket asli tenunan Terengganu...versi sampin warna biru dan tenunan emas

zoom in : songket asli Terengganu

Kain Songket 2 : songket asli tenunan Terengganu...versi sampin

zoom in songket ke 2

p/s: dua-dua songket tu mmg cari colour biru..harus la ikut tema kan..yg pasti reasonable price dan harga boleh tawar menawar ngan owner kedai...


DIY : Bunga papercup

Salam sayang buat semua...

Setelah dua tiga hari duk blogwalking blog2 b2b semua, nak jugak DIY paper cup flower tu.Hoho. Terkocoh2 la petang tadi g beli dawai lembut kat Pasar Mini Saujana. Ekceli kedai runcit sebenarnya. Orang kampung pulak panggil Kedai Haji Aziz.

Senang aje buatnya, alat2 yg perlu, paper cup, gunting, n dawai sahaja. Nak lagi cepat siap, kerahkan tenaga anak2 sedara. Lepas tu upah aiskrim 2posen. Kedekut betul mak su die neh. :)

Back to story...nie la die hasil kerja jari-jemariku yang xberapa runcing..ni sesi percubaan saje.

mase buat kat atas tangga dapur...ngeh3

anak sedara pun tolong! auww...seksi haikal neh..

setelah setengah jam...hasilnya tada..

p/s:nanti mau g beli paper cup yang kaler biru n hijau, pomander ball n dawai lembut yg kaler gold tu...mau deko2 bilik pengantin nanti..hehe.


Wednesday, February 1, 2012

Februari

dah februari ke? cepatnya masa berlalu..aduh baju sanding xcarik lagi. :(