Thursday, May 24, 2012

Persediaaan Kahwin : SPA

Salam, hai dan hola.

Lagi dua hari nak nikah. Nervous okey dan dah rasa macam banyak benda lagi tak buat. Aduhai. Tapi dalam masa suntuk tu sempat lagi g SPA X. Bukan SPA Q yea kawan-kawan. Kurang mampu nak g situ. Hihi. Kawan aku yg bagitahu nie pasal SPA X nie. Dia pun b2b jugak.

SPA X : Bie Beauty and Spa, lokasi berhadapan Hentian Bas MPKT dan bersebelahan Seven Eleven.
Owner : Kak Bie

Pakej yang aku amek ialah mandi sauna, lulur, mandi bunga dan facial. Rasa macam dah banyak kan? Sempat ke buat semua? Huhu. Sampai2 tu tepat jam 10am, so masuk aje dilayan dengan baik oleh dua org staff kat situ. Once dah masuk, rasa macam ok la tempat nie. Yang penting hati kita selesa, apa-apa pun boleh. So teruskanlah buat kat situ *aku nie jenis suka judge a book by its cover.

Ok. Meh nak cerita pengembaraan aku di alam SPA X tu,

Sauna:
First lepas buka baju segala dan diberikan kain batik lepas oleh staff tu, perempuan melayu terakhir mestilah kena berkemban kan? :) Aku duk bertapa dalam bilik sauna tu selama 45minit. Mula-mula statik aje duk, lepas dah lama dan rasa sunyi aje, aku wat exercise sikit. Goyang2 badan, goyang2 kepala. Goyang2 kaki dan jugak tangan. Bangun duduk bangun duduk. Haha. Peluh dah menitik-nitik. Terasa peluh tu mengalir dari dahi ke dagu. Wakaka. Setiap 10minit staff tu tanya aku ok tak kat dalam tu. Of coz OK kan. Best woo. Rasa cam tak nak kuar. Tapi mesti la keluar jugak kan! Terkejut jugak la bila keluar dari tempat bertapa tu banyak gila peluh. Habis basah lencun kain batik tu... Kalo perah boleh sebaldi agaknya. Oh hyperbola sungguh.

Lulur
Lepas diberikan kain batik yang kering, aku diminta oleh owner spa tu naik ke atas bed untuk sesi lulur pulak. Owner tu sapu rempah lulur tu dan urut2 mulakan dari kaki, betis, peha dan seterusnya ke atas. Amek masa dalam sejam jugak la proses sapu lulur dan urut nie. Terasa urat2 yang tegang tu jadi ok sikit. Urat kaki aku yang terseliuh tu pun turut diurutnya. Sakit sikit. Owner nie peramah sungguh. Banyak tips dan petua diberitahu. Oh tidak! Rupa-rupanya aku masih dangkal lagi dalam bab-bab ini. Nak kena berguru lagi. T_T. Then, after abes sesi urut2 dan sental2 tu, dia sapu pulak krim/or ape ntah kat badan aku. Rasa sejuk dan nyaman aje. Terasa nak tido jap.

Mandi bunga
Sesi ketiga pulak mandi bunga. Yahoo. Boleh berendam dalam tub selama setengah jam dengan bunga-bungaan di dalamnya. Terasa diriku sungguh berharga. Poyo gitu. Bunga yang sempat aku perhati ialah bunga ros, kenanga, daisi dan limau purut. Ada lagi yang lain tapi aku xingat. Haha. Dalam tu jugak aku xduk relax, bergolek2 nak bagi bau bunga tu menyerap sepenuhnya dalam badan aku. Betul x petua aku nie? Bantai sudah.

Facial
Wah selepas badan segar segala, aku buat bahagian muka pulak. Meh aku ceta step by step. Tapi malas la pulak sebab dah 2 3 hari lupa dah yang terperinci. Apa yang staff tu buat ialah cleanse, urut dengan susu segar, wapkan muka, mata tutup dengan kapas, cabut blackheads - sakit sangat woo dia duk picit2 dan cungkil2 sampai terbersin n tersembur - taubat dah tak nak buat part nie - haha, lepas tu pakaikan toner dan akhir sekali letak krim. Toner dan krim yang digunakan tu bergantung kepada brand apa yang customer pakai.

Update : Kebiasaannya ada yang kata jangan g wat facial if dua tiga hari lagi nak kahwin takut tumbuh jerawat. Before g spa tu aku belum tahu lagi dan sukacita dimaklumkan muka aku xde jerawat tumbuh pun. Maybe sebab spa tu guna produk yang customer guna. Wallahualam.

Tips kepada bakal pengantin perempuan : Selalu jaga kesihatan tubuh badan kita dan amalkan makan jamu. Aku sekarang nie amalkan makan jamu mak dara dan vida collagen. Haha.

No comments:

Post a Comment