Tuesday, February 25, 2014

Pesta Layang Layang, Pasir Gudang.

Salam dan hai.

Sabtu. Hari ini g kerja sekejap. Bukan kerja pun. Attend training k-turbo. Engineer dari Korea katanya. Tapi cakap macam ayam dan itik. Korean unable to speak English. Nasib datang berdua. Sorang tu pandai cakap cina. So boleh la translate kat chinese engineer kitaorang. Engineer kami pun explain kat kami. Aduhai K-pop!

Lepas training balik rumah sekejap makan dan solat zohor. Kemudian keluar ngan family kecik kami nie g melawat baby baru kawan sekerja suami. Baby girl. Bambam. Fateen geram je tengok. Jelous bila ummi cuba dukung baby. Alahai fateen.Bau baby bau syurga. Betul ke? After that misi kami bersambung ke pesta layang2. Mak aih panas betul. Sampai dalam kol 4 gitu. Terik. Tapi bersyukur la angin bertiup kuat. Tak ada la terasa sangat peritnya.

Sekejap je tengok. Kesian kat fateen kepanasan. Risau demam pulak. On da way keluar dari padang tu singgah singgah la gerai yang berderetan tu. Belikan fateen alat mainan. Patung barney n elmo. Satu lagi tabung hello kitty. 3 barang rm10. Ok la tu. Lepas ni boleh la ajar si fateen nie menabung! Ummi pandai korek tabung je. Huhu.

Kemudian kami g survey rumah mampu milik pulak. Tengah mencari rumah sebenarnya. Prima dah isi. Rumah mampu milik pun dah isi. Tunggu aje la panggilan dari pihak kerajaan lulus atau tak. Mahu makan tahun ambil masa. Tu yang survey2 rumah lain nie. Aku prefer rumah kat area pulai indah. Dekat dgn kakak aku dan abang suami. Susah senang ade saudara dekat boleh menengok. Kalo jauh kan susah. Aku kalo boleh tak nak duk pasir gudang. Entah kenapa cam tak leh nak terima. Haha. Gediks.

No comments:

Post a Comment