Wednesday, October 18, 2017

Boardwalk Setiu @ Setiu Terengganu

Boardwalk Setiu.
Checked. ✔

Mencuri masa untuk berkunjung disini. Pernah datang 4/5 tahun lepas sebelum berkahwin dan bekerja dengan WWF & Pewanis.

Masa tu belum siap sepenuhnya. Tapi sekarang dah siap dan ramai pengunjung. Suasananya nyaman dan tenang. Alhamdulillah. Sangat berbangga dengan pihak yang berjaya membina dan menjaga hutan paya bakau ini.

Antara kelebihan hutan paya bakau ialah:-

1) Tarikan pelancongan.

-Ramai pengunjung/pelawat datang untuk mengenali lebih dekat hutan paya bakau /sungai / laut. 

2) Pusat pendidikan. 

- Pelajar sekolah/universiti dapat melawat / menimba ilmu/membuat kajian.

3) Hasil pendapatan penduduk setempat.

- hasil sungai spt kepah, lokan & ikan. 

- daun nipah.

Syabas kepada pihak yang berkenaan kerana dapat menyediakan tempat yang menarik untuk dikunjungi sambil mempelajari tentang ekosistem hutan paya bakau.

Mencintaimu mr photographer.

#throwback #balikkampung #rayahaji2017 #korban

No comments:

Post a Comment