Wednesday, January 8, 2014

Maggi Magic Meals

Hai semua.

Hari ini terbangun awal pulak. Pukul 4 pagi. Sebabnya alarm untuk suami bangun berbunyi dan selepas itu tak boleh tidur dek cik fateen pulak terjaga. Buatkan susu, salin diaper dan letakkan semula dalam buaian.

Dodoikan sekejap dan alhamdulillah cik fateen tidur semula.

Eh nak cerita pasal maggi magic meals nie. Prihatin juga my hubby. Dia tahu wifenya penat kerja hari-hari lepas tu nak masak untuk bawa bekal tengahari dan masak untuk makan malam. Maka dia belikan 2 paket magic meals.

Owh terharu. Tugas memasak menjadi lebih mudah. Semalam buat ayam kari. Hari ini buat ayam kicap berempah pulak. Rasanya very nice. Hubby kata tawar sikit. But for me ok je.

No comments:

Post a Comment