Wednesday, January 18, 2012

Tempah Tarikh Mak Andam

Salam,

Oh setelah sekian lama baru dapat bincang dengan Caer. Dia kata awal lagi nie. Baru bulan 1. Tapi saya dah tak keruan. Tolak tambah bahagi campur dah tinggal 4 bulan! Tidur malam mesti teringat tak pergi tempah lagi tarikh vendor. Sebab dah biasa tempah dengan dia masa kakak no 2 dan adik perempuan bongsu kahwin dulu. Nantikan kalau tak tempah awal2 tak dapat la yang macam saya impikan dan murah.

Masa kahwin kakak dulu, harganya RM400 aje untuk pelamin, photographer, set bilik tidur dan kanopi! Oh my god. Kalaulah saya kahwin awal mesti dapat harga ini jugak. Wahai Cik Jan oi.. Sedarlah. Baru sampai seru nie. Bersyukur la sikit. Haha. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Pinjam ayat Ombak Rindu kejap. *ade kena mengena ke?* Kakak saya kahwin dulu tahun 2003. Haruslah kan.

Berbalik perkara pokok, tadi pergi la jumpa vendor tu. Saya pergi dengan kakak no 2, nie adalah satu strategi licik. Bawak dia sebab nak harga murah ngan vendor tu maklumlah dah biasakan. J Kali ini saya nak tempah tarikh aje dulu untuk make up. Make up nya cantik, bagi sayalah selepas tengok hasil kerja2 tangan dia. Dalam dok bincang pasal tarikh tu, dia suruh la tempah untuk yang lain-lain jugak.

Sebenarnya saya suka benda mudah, saya akan tempah semua dengan dia. Agak malas disitu untuk menjelajah ke semua kedai pengantin dekat Bandar Permaisuri nun. Selain make-up dan tarikh tu, saya jugak tempah photography (akad nikah, sanding dan outdoor), kanopi, dan meja beradap.

Dengung-dengang bincang, alih2 nak la pulak pelamin kan. Aduhai... sebabnya vendor tu menawarkan pakej yang amat berpatutan walaupun terlebih bajet. Saya akan ceritakan kemudianlah pasal pelamin tu, mata dah ngantuk nie. Esok nak kerja...

Wasalam, sehingga ketemu lagi. J

No comments:

Post a Comment