Saturday, November 7, 2015

Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Johor, Malaysia.

Hai...

Dari zaman bercinta lagi dengan husband ajak datang sini tapi tak dapat2. Almost 7 years kot. Teringin betul nak masuk. Saya suka pergi muzium. Seronok. Pelbagai benda yang boleh kita tengok dan belajar. Walaupun kat sekolah dulu tak berapa minat sejarah. Time cikgu mengajar buat taik mata je. Haha.

Dengan semangat berkobar-kobar pergi tapi tak dapat masuk. Dapat masuk kawasan luar je, lepas tu cik abang askar tu datang tanya buat apa kat sini. Kami cakap nak g muzium la. Ooo... Muzium tengah renovation dik. Maybe pertengahan tahun depan kot bukanya. Isk..isk.. Terkilan pulak. Bila la agaknya betul betul buka ek? Rasanya dah lama under renovation nie.

Tapi kan kawasan muzium ni cantik dan bersih. Walaupun muzium tutup, tapi kawasan sekitar dijaga elok. Baguslah. Nah belanja gambo sekeping. Abaikan perutku yang buncit itu. Haha.

1 comment:

  1. aisehh baru nk pergi masih tutup erk mak? rasanye dh lebih 3 tahun renovasi tuuuh ., ;p

    ReplyDelete