Sunday, November 1, 2015

Mom and Baby Expo 2015

Hai...

Kelakar betul pergi mom and baby expo kali ini. Salah tempat. Sepatutnya dekat danga city mall, tapi inform suami expo tu kat persada with full confident! Alih2 sampai tengok lengang aja depan persada tu. Dah agak dah mesti salah tempat ni. Tapi turun jugak la nak wat pengesahan. Tanya guard, dia cakap expo tu kat danga city mall. Senyum simpul je la kat suami. Alasan aku bagi kat suami sebab sebelum ni dibuat kat persada. Tu yang datang sini.

So kami teruskan perjalanan ke danga city mall. Aku tak suka datang sini sebab ya ampun penuh sesak dan susah nak parking bila ada big event. Better kat persada tak crowded sangat tp parking lebih kurang sama.

Niat utama nak beli diapers je. Brand drypers classic. L untuk kakak syuhada dan M untuk sofea. Last datang harga satu pek rm25.50. Agak murah dari pasaran selepas adanya gst. Sebelum gst harganya rn22.50 kot. Lupa dah. Tapi kali ni harga dah naik 50sen!!! Emm...ikut suka kan penjual nak naik dan turunkan harga barang. Feeling disappointed gila. Alang2 dah datang belilah jugak walopun satu pek rm26. Beli 2 pek utk kakak n 2 pek utk sofea. Drypers team letak dlm beg colour biru tu and bagi free gift setiap bag yg dibeli. Dapat tissue cover tapi ada tali dan boleh buat beg susu. 2 in 1 la kot.

Tapi utk satu bag lagi aku request nak tupperware. Lebih praktikal. Sebab dulu pun beli dapat free gift tupperware or tumbler. So aku rasa itu lebih baik since aku g kerja bawak bekal. Jadi i have many choice to choose which one to use. Haha. Tak amek gambo pun kat sana. Tak kuasa sbb sesak sangat. Sekejap je g lepas tu balik.. Eh selain beli diapers tu, sempat juga belikan botol susu untuk sofea. Baru nak berganti botolnya. Ada dua, pink dan coklat cair. Tapi kakak dah mengaku yg pink tu dia punya. Kakak oh kakak! Org kata anak no 2 selalu mengalahkan? Betul tak? Kesian sofea. Haha.

No comments:

Post a Comment