Tuesday, February 25, 2014

Sembilan belas haribulan, bulan dua, tahun sembilan belas lapan puluh lima.

Salam dan hai.

Alhamdulillah. 19.02.2014. 29 years old now. Greatful when have a responsible husband and a lovely daughter! Hope coming days come with full of happiness and barakah!

Ya Allah lipatgandakanlah rezeki kami agar dapat apa yang kami inginkan!

Mode : Saving money for a building called home! Baiti jannati!

Pesta Layang Layang, Pasir Gudang.

Salam dan hai.

Sabtu. Hari ini g kerja sekejap. Bukan kerja pun. Attend training k-turbo. Engineer dari Korea katanya. Tapi cakap macam ayam dan itik. Korean unable to speak English. Nasib datang berdua. Sorang tu pandai cakap cina. So boleh la translate kat chinese engineer kitaorang. Engineer kami pun explain kat kami. Aduhai K-pop!

Lepas training balik rumah sekejap makan dan solat zohor. Kemudian keluar ngan family kecik kami nie g melawat baby baru kawan sekerja suami. Baby girl. Bambam. Fateen geram je tengok. Jelous bila ummi cuba dukung baby. Alahai fateen.Bau baby bau syurga. Betul ke? After that misi kami bersambung ke pesta layang2. Mak aih panas betul. Sampai dalam kol 4 gitu. Terik. Tapi bersyukur la angin bertiup kuat. Tak ada la terasa sangat peritnya.

Sekejap je tengok. Kesian kat fateen kepanasan. Risau demam pulak. On da way keluar dari padang tu singgah singgah la gerai yang berderetan tu. Belikan fateen alat mainan. Patung barney n elmo. Satu lagi tabung hello kitty. 3 barang rm10. Ok la tu. Lepas ni boleh la ajar si fateen nie menabung! Ummi pandai korek tabung je. Huhu.

Kemudian kami g survey rumah mampu milik pulak. Tengah mencari rumah sebenarnya. Prima dah isi. Rumah mampu milik pun dah isi. Tunggu aje la panggilan dari pihak kerajaan lulus atau tak. Mahu makan tahun ambil masa. Tu yang survey2 rumah lain nie. Aku prefer rumah kat area pulai indah. Dekat dgn kakak aku dan abang suami. Susah senang ade saudara dekat boleh menengok. Kalo jauh kan susah. Aku kalo boleh tak nak duk pasir gudang. Entah kenapa cam tak leh nak terima. Haha. Gediks.

Saturday, February 15, 2014

Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini

Salam and hai.

Jom jogging. First time g hutan bandar mutiara rini. Best sangat. Bawa cik fateen hirup udara segar. Husband pula nak berjogging katanya. Nak bagi jantung sihat. Kesihatan amatlah penting!!! Jagalah ia untuk memastikan kesejahteraan kepada anak anak anda. Kita belum tahu keadaan kita akan datang macam mana kan. Alhamdulillah. Ada kesedaran untuk jaga kesihatan. Insyaallah nanti aktiviti macam nie akan jadi our must have weekend outing.

Hutan bandar ini tempatnya bersih. Luas. Banyak juga kemudahan yang disediakan selain dari trek tuk jogging. Boleh berbasikal. Berkayak. Masih dalam pembinaan trek untuk main kereta mainan remote control tu. Yang tempat warm up n cool down tu pun banyak. Ala...yg ada cam jongkang jongket, kayuh2 pakai kaki tu, built up arm muscle tu. Ada pelbagai pondok rehat. Ada rumah limas sarawak. Rumah terengganu. Macam2 la. Tak sempat nak baca satu2. Ummi fateen sibuk jogging sambil tolak fateen dalam stroller. Bukan main suka lagi dia. Anak ummi! Semua orang nak ditegur.

Selain itu ada pondok terapung. Kami teruja bila nampak banyak gila tortoise. Husband pulak siap campak makanan lagi bagi tortoise makan. Berduyun2 yang datang. Lapar agaknya. Banyak ekor jugak ada. Around 30 ekor. Siap kira! Heh. Kebetulan bawa bekal otak otak kempas. Buat alas perut. Nantikan ada yang pengsan tak breakfast. Huhu. Dalam dua tiga keping husband bagi. Tortoise sekarang dah modern. Tak makan kangkung dah. Hihi.

Wednesday, February 12, 2014

Pantai Desaru

Salam dan hai.

Alhamdulilah. Sabtu lepas ajak si suami pergi jalan-jalan. Saja jalan-jalan makan angin. Sebenarnya niat nak g berjogging kat Hutan Bandar Putra. Tapi melencong ke Desaru. Hihi. Dah lama tak pergi pantai. Kali terakhir pergi masa balik raya tahun 2013. Kat Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Masa tu umur Fateen baru nak masuk 2 bulan. Tak pandai lagi nak menikmati keindahan Allah ini. Tidur saja pandai. :)

Jom la layan 

Sunday, February 9, 2014

23 Februari 2014

Salam dan hai.

Alhamdulillah pada 23feb cik fateen genap setahun. Sangat2 bersyukur dikurniakan anak kecil secomel ini. Terima kasih ya Allah. Menceriakan hari hari ummi dan walid. Membuatkan kami ketawa tak kering gusi.

Insyaallah. Kami akan menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin. Kami berjanji akan mendidik khalifah kecil ini ke jalan yang diredhaiMu. Kau jadikanlah kami ibubapa yang terbaik untuk anak anak kami.

Ummi tak belikan hadiah apa2 lagi untuk fateen. Nanti dapat gaji ummi belikan ye. Sayang fateen sangat2. Dunia dan akhirat. Insyaallah.

Thursday, February 6, 2014

Perangkap nyamuk murah

Salam dan hai.

Menyewa di kempas lurah kena hati kental. Sebabnya kawasan tersebut memang terkenal dengan nyamuk aedes. Minggu lepas dua kali orang kesihatan datang fogging. Ada tu pukul 4 pagi. Terbatuk2 dan tersedar dari tidur bila terbau asapnya. Nasib la fateen terhidu asapnya jugak.

Kebetulan kami anak beranak pergi tesco plentong aritu terjumpa satu booth nie. Jual perangkap nyamuk nama mos-quit. Kata penjual tersebut nyamuk akan tertarik dengan lampu biru yang dipasang kat alat tu. Lepas tu nyamuk tersebut akan tersedut ke dalam dengan kuasa kipas. Ha mampus la nyamuk tu. Tanpa ada racun hanya berbekalkan kuasa elektrik.

Nama produk tu mos-quit. Harga range rm199-rm299. Post ini tak berbayar. Just nak share produk yg baik untuk family kita. Huhu.

Chinese New Year 2014.

Salam and hai.

Happy Chinese New Year 2014!

That is all. Short and precise!

Haha.

Bye.