Sunday, March 8, 2015

Kabinet dapur basah

Salam semua kengkawan alam maya...

Hai. Dah lama tak bersiaran. Busy bebeno kalah pak menteri. :) Kali ni nak cerita pasal beli kabinet dapur basah. Dah ada dapur kering nak dapur basah pulak kan. Bagi aku, aku tak kisah ada satu dapur je. Lagi senang nak guna dan kemas kan. Tapi hubby tak suka. Nanti kalo masak kat dapur kering habis harum semerbak satu rumah. Itu dia tak suka. Turutkan saja. Wife solehah katanya. Haha. Ketawa disitu.

Kami survey kat area taman teratai je. Dekat dengan rumah. Mula2 g kat kedai perabot tan. Mak aih yang kabinet aku berkenan harga rm250. Cenonet cam gitu pun mahal. Mintak kurang dah tak bagi. Tak ape. Carik kedai lain. Kebetulan kedai sebelah dia jual perabot gak. Haruslah terjah. Riki2 harga cuma rm190. Spec sama. Sebijik sama! Suka!!!! Mintak kurang lagi dah tak bagi. Discuss2 dengan hubby dan setuju nak beli. Rembat terus!
Petang tu jugak org kedai tu hantar. Bagus!

Meh nak cite spec yg ada kat kabinet aku berkenan nie. Ada 3 bahagian. Drawer, satu bahagian bertutup dgn dua pintu (ni aku tak tau nak describe dlm bahasa mudah apa, so hentam keromo je) dan ruang tempat letak gas (ada pintu). Kat drawer tu aku letak semua sudip2 dan senduk2. Bahagian bawah drawer tu aku letak 2 kuali, bekas bawang merah dan bawang putih dan bekas tepung2. Dan tempat letak gas tu opkos la aku letak gas kan. Hoho. Tapi org cakap tak elok letak tong gas tempat yg tertutup. Kedap udara. Em yg tu kita fikirkan kemudian. Tu je la nak cerita. Jumpa dalam n3 lain pulak.

Bye.

2 comments:

  1. cik jan, korg pindah mne skrg?

    ReplyDelete
  2. Kami pindah kat pulai perdana. Meh la datang jalan2.

    ReplyDelete