Salam, hai and hola.
Title mesti gempak kan. Haha.
Awal Mac aritu busy yg amat. Geng2 dari Fairview datang seramai 132 orang , so kena entertain la kan. Nie baru ade masa sikit nak update blog. Mereka datang dengan 4 buah bas. 2 dari KL. 1 dari Penang. 1 dari Johor. Fuh! ramai sangat, terpaksa divide 2 groups. For first day, group 1 buat aktiviti with PEWANIS, meanwhile group 2 aku bawak g jungle trekking di La Hot Springs, Ulu Besut and second day, vice versa.
Aktiviti dengan PEWANIS.
Mereka membuat aktiviti menanam bakau, kerepek pisang secara tradisional, membersihkan kawasan pantai, mendirikan hatcheri penyu dan membuat wau. Aktiviti ini semuanya berbayar kecuali bersihkan pantai n dirikan hatcheri penyu. Bayaran ini menjadi sumber pendapatan bagi ahli PEWANIS. Kenapa tanam bakau? Banyak sebab kenapa PEWANIS menanam bakau. Antaranya ialah bakau tempat pembiakan anak2 ikan, menghalang dari hakisan, mengurangkan angin kencang n tsunami dll.
Jungle Trekking di La Hot Springs, Ulu Besut
Part yang nie best. Suka tengok gelagat dieorang. Masing2 before masuk hutan sembur repellent punya la banyak. Macam nak sesak nafas aje aku duk tepi dieorg. Siap bawak bekal garam n tembakau bagi elakkan kena gigit. Tapi alih2 duk dalam hutan nuh banyak aje kena gigit dek pacat. Haha. Kalo wat survey rasenya sorang kena gigit sekurang2nya 3 ekor pacat. Cube korang darab kalo 132 org wat jungle trekking, berapa ekor pacat yang menyerang?
p/s: aku xkena gigit pun sebab ade petua tersendiri. nak tau x? meh aku reveal...sila tengok gmbar nie...
No comments:
Post a Comment