Monday, April 9, 2012

HIV TEST done! at Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu

Salam, hai and hello.

Dah lama xupdate blog. almost a week lebih. biasa la bila mood M.A.L.A.S melanda. Yezza. Arini dah siap wat hiv test. Alhamdulillah negative. Lulus untuk kahwin dah. Yahoo. Meh nak cerita sikit pasal g wat hiv test nie.

PESANAN UNTUK ENCIK TUNANG:
Dear Encik Tunang,
1. Saya dah wat hiv test. dah lulus. jom kahwin. haha. *mood gedikss*
2. Saya tak jadi cuti hari nie. Decide nak kerja. Sebab kalo kerja dapat duit gaji lebih. Lepas tu saya leh belanja awak makan. :)

Jom sambung cerita...

Aku wat hiv test nie kat KLINIK KESIHATAN PERMAISURI. nombor telefon klinik 096097633. aku saja kongsi dengan korang sebab aku nak cari nombor nie punyalah payah. So saja nak senangkan korang yang nak buat urusan dengan klinik ini. :)

Semalam dah call klinik tu (8.4.2012). Nurse yang jawab call tu cakap boleh datang bila-bila masa saja dari 8.00am hingga 5.00 petang. waktu pejabat la kiranya nie. dia siap bagi suggestion lagi mintak datang pukul 2pm. sebab tak ramai orang katanya.

Tapi aku nie tak sabar. g la pagi tadi (9.4.2012). Sampai klinik tu dalam kol 8.28pagi. Alhamdulillah prosedurnya senang sangat. Mula-mula daftar kat kaunter pendaftaran. nurse tu tanya pernah datang klinik nie x? n i said yes. k, sila amek borang nie n isi. lepas dah siap letak dalam bakul pink ni. tunggu nama dipanggil. nurse tu bagi arahan. baiklah. saya ikut saja. Sesi bertanya, amek borang dan isi borang ambik masa dalam 2 minit saja. Isi butir diri je pun.

Pintu masuk, kaunter pendaftaran dan tempat menunggu
Lepas hantar borang kat nurse tu, aku pun duk la kat kerusi menunggu yang disediakan. Tiba-tiba ada dengar suara dari corong pembesar suara berkemundang. Suara apakah itu? Saspen saja. hihi. Owh. rupa-rupanya nak baca doa. Doa untuk memohon kepada Allah bagi memudahkan segala urusan dan semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan di klinik ini. *bagus sangat klinik ni, siap ada bacaan doa tiap2 pagi. Salute ok.

in sweater. saya sejuk
Then, abes baca doa tu duk menunggu la nama dipanggil. almost 20 minutes jugak la tunggu nak daftar. tu baru tunggu nak daftar. belum nak tunggu kena cucuk lagi. cuak gak takut lambat sangat kan. dah la xmohon cuti. hihi. Sambil2 tu monolog la sorang2 dalam klinik dan snap2 sini sana. hihi. Ambik gambar perkara wajib tau. haha.

nombor giliran, kad klinik dan borang hiv
Tepat jam 8.50pagi, nama dipanggil. Nurse bagi borang tadi dan suruh pergi menunggu dekat kerusi menunggu sebelah kiri. Tak sampai 2 minit duduk, nombor 1009 dipanggil. Wah bagusnya. Tak sempat panas lagi kerusi tu aku duduk. Ok, dah masuk bilik tu bagi borang kat dresa (org kg panggil camni, xtau la org bandar panggil apa). Saat masa bersama dia tak tahu la dia sapa.  Tapi dah cek borang balik, jawatannya penolong pegawai perubatan u29. Ok la. Sah la kan. hihi.

dresa ni duk menyain borang2 aku. hehe
Ok. Dresa tu tanya kali keberapa kahwin nie. Eh soalan camnie pun ada tanya ke? Haha. First time kawen la kan. aku tanya kenapa. Dia cakap ikut proseder. Lepas tu siap dia bagitahu lagi, ada orang tu dah ke 6 kali kahwin. Amboi. banyak kalinya dia kawen. Rezeki hamba Allah tu kot boleh kawen banyak kali. hikhik. Then, dia tanya, tahu kan kena cucuk. aku angguk saja. Memang dah bajet dari awal kan. Ok, die pun kuarkan peralatan dan terus cucuk. Terkejut jugak time kena ketip tu. Haha. Cet. Dresa tu siap ketawakan aku.
banyaknya cincin dia. aku satu saja. eh tengok darah aku, cair je. xtau manis ke tak darah aku, lupa nak cuba. hehe.

darah xmenyerap ngan sempurna lagi. so xkelihatan lagi la indicator line nya tu.
Then dalam masa 2 minit, result pun appear! I am negative! yeay! takut la jugak kan mane tau, Allah nak uji. terjadi positive ke. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Lepas ucap terima kasih. aku pun keluar dari bilik tu. Alhamdulillah, dah settle. I completed my HIV test. Suka. Start motor terus menuju opis persinggahan. Haha. Decide nak kerja, sebab test tu sekejap sangat. Jumlah masa untuk prosedur hiv test nie 30 minit sahaja. :) Senyum sampai telinga. Korang?
tada. borangku dah siap!

# aku tak mengular tau, sebab semalam balik kerja lambat 2 jam. So 2 jam tu cover untuk g klinik hari ini. Then tak perlu bagitahu bos la kan. Haha. Pandai x aku? cepatttt cakap aku pandaiii. haha.

# post nie termasuk dalam edisi super. haha.

5 comments:

  1. salam... hi cik jan..

    saya pun b2b from Trg jugak.. insyaAllah majlis nye June nnti..
    nak mintak email cik jan boleh??
    kot2 dpt tnye Cik jan ttg persiapan wedding ni..
    sy xde blog.. so bleh contact2 kut emel je la..
    boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. hai nurul.

      owh yea? dah dekat la tu jun nya. cuak doh nie. hehe.
      emel? boleh saje. chefarizancheali@gmail.com
      nurul tganu daerah mane?

      Delete
  2. cmne lah kamu boleh sempat snap gmbr dresa tu sign borg, cucuk amek darah tu sume?? pkai hp ea?? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah guna hp cap ayam aje. gambar pun cam blurry cket. haha. nak cover malu tgah amek, buat2 cam main sms. n xbuat bunyi utk amek gbr. nanti kantoi. haha.

      Delete