Friday, April 27, 2012

Teaser Baju Nikah

Salam, hai dan hola.

Alhamdulillah. Baju nikah dan baju bertandang aku dah siap. Baju nikah beli sendiri, baju bertandang pula dapat masa hantaran tunang dulu. Aku dua2 buat baju kurung moden. Kain pula ala-ala duyung gitu. Kembang kat punggung, kuncup kat lutut dan kembang kat kaki. Dah fitting dua2 baju, sedap pakai. Cet, baru aja first fitting cakap dah sedap. Hehe.

Tapi kan...aku rasa baju tu longgar la. Adakah aku dah mengalami perubahan selepas meminum Formula 1 Herbalife? Haha. Sedikit teruja disitu, walaupun weighing scale aku xbergerak-gerak lagi jarumnya. Tak motivated langsung weighing scale aku nie. Rasa nak beli yang digital punya aja. Korang ada tahu tak kat mana ada jual digital weighing scale nie?

Dah sambung semula dengan cerita baju nikah dan baju bertandang aku. Baju-baju tu material sama aja satin dan lace (eh betul ke? yg kain net dan ada sulam-sulam tu). Biarlah dah siap jadi baju pun. Malas dah nak fikir. Semasa taip entri ni aku baru teringat, Encik Tunang suka kebaya. Tak terfikir pulak baju bertandang tu nak wat baju kebaya. Aiseyman. Camne eh? *geram la pulak ngan sikap aku asyik lupa nie, maaf ya encik tunang*

Jom layan teaser dululah yea...
baju nikah : putih itu suci
baju tandang : cream pilihan hati
Tapikan veil belum ada lagi la. Rasanya veil tu pinjam ngan mak andam boleh je kan? Cam tak sempat dah nak buat or beli.Tudung awning tuk nikah dah ada, tapi putih kosong. Cadang nak letak batu-batuan berkilat tu. Kena tengok bajet dululah ada ke tak. Bagi tudung bertandang pulak nak beli tudung cream dan ada ropol2 kat tepi tu. Just tudung saja, tak nak veil. Biarlah se simple mungkin. InsyaAllah, dengan izinNya.


1 comment: