bear in mind, post nie panjang!
Aktiviti di hujung minggu bersama Mak, Kak Na, Kak Tini dan Iezlin.Semalam g Jerteh, bawa Mak beli barang-barang plastik nak guna masa majlis nanti. Pergi KEDAI DUA RINGGIT aja. Nak beli yang murah-murah kan. Kat kedai tu Mak beli 2 bakul, 2 besen, 1 set sudip, 1 tong, 1 gayung dan 2 baldi kecil. Belanja hangus kira-kira RM22 sahaja. :) Kak Tini pun sama tumpang sekaki beli barang-barang keperluan rumah dia. Iezlin pulak duk sibuk cari barang mainan tuk adik dia. Manakala Kak Na aku tu g IRENE Saloon tuk wat hair rebonding.
Since membeli kat K.D.R tu sekejap sangat, banyak masa terluang dan sementara menunggu Kak Na siap buat rambut, kami bergerak ke kedai borong sebelah. Aku duk survey-survey la harga gula-gula kat situ. Mahal la jugak satu plastik besar tu. Alih-alih aku beli tisu dua bundle. About 20 rolls kot. Satu bundle RM4.80. So total hangus kat situ RM9.60. Aku nie jenis yang segan, bila masuk kedai n duk pilih lama-lama lepas tu tak jadi beli. So kena beli sesuatu jugak la kan. Heh. Tabiat tak elok disitu.
Tisu |
NA MAJU JAYA TRADING
LOT 253-255, JALAN BUKIT MOK MEK,
22000, JERTEH, TERENGGANU
NOMBOR TELEFON : 09-697 1501
Mango flavour |
Corn flavour |
Grape flavour |
Collins' butter nut |
Coffe candy |
one of the receipts |
2 choclairs @ RM29.00, 360pcs
2 cloud 9 coffee RM26.00, 640pcs
4 collin's butternut RM26.00, 720pcs
6 simply chewy RM81.00, 2280pcs
Total : RM162.00, 4000pcs
Selepas mengangkut barang-barang masuk bonet kereta, kami meneruskan aktiviti seterusnya. Beli barang basah kat ECONJAYA Jerteh. Kebetulan ada happy hour, aku merembat pulak satu kampit beras nagasari yang 10kg tu. RM22.99 saja. If normal price kat Mydin Mall RM27.00. Kalau kat kedai runcit Bandar Permaisuri RM25.00 aja. So save la dalam rm2. Jadilah kan. Air oren Twister pulak RM4.59 je. Rembat jugak satu. :) Total hangus RM50++. Resit kat mana ntah.
So angkut lagi barang masuk keta, penat ulang-alik bawak barang masuk kereta aja. Nasib baik tak cramp kaki. Dah la kereta manual. Jem pulak tu kat Bandar Jerteh. Lepas tu g masuk pulak Watsons, rembat lagi benda-benda ni:
Shampoo dan conditioner DOVE @ RM19.90
Blusher Silky Girl @ RM17.01
Oil control 2 way foundation IN2IT @ RM35.91
Cleansing Foam Nano White @ RM13.52
Shower gel Protex @ RM4.83
Total cost, RM91.17
*beli benda2 nie sebab memang dah habes stok kat umah, kalo tak dah g rembat beli contact lens je.
Seterusnya dah berhabisan beli kat watsons, terjah pulak kedai jual barang-barang kawen ERA NONA JERTEH. Sebab kedai2 nie dekat aja. Then, melilau-lilau dalam tu ternampak la bungga manggar dijual rm3.90 1 peket 20pcs, jika 4 peket RM10.00 saja. Aku rembat la 4 paket. Colour mestilah biru kan. ikut tema. :) Kat situ aku jugak beli rozek untuk mak2 n ayah2 aku. 4 kuntum saja. Yang lain DIY kot. Kalo rajin. Macam tak rajin je. Haha. So total cost kat situ RM15.40.
Maka berakhirlah sesi marathon membeli-belah dan dan-dan tu jugak Kak Na siap wat rambut dia. Dekat pukul 6pm jugak la kami bertolak balik. Sampai rumah pukul 7pm. Perut semua berkeroncong. Sampai rumah terjah makan nasik. Kenyang. Alhamdulillah. Lepas buat perkara wajib, terus tido. Lena!
Bunga manggar saya ada bintang-bintang |
best nya dah shopping untuk doorgift :)
ReplyDeleteSarah, tu pun family bising beli awal2. haha. redah saja. nanti tak de masa dah nak beli. hehe.
Delete