Salam, hai dan hola.
1 bulan dan 1 hari lagi...
Lama dah tak buat entry panjang-panjang. Lately a little bit busy organize trip g Kerteh, Rantau Abang and Noor Arfa Craft Complex. Bersempena LASABEL dan family day PEWANIS katanya. Korang sihat? Saya kat sini alhamdulillah sihat. Kadang-kadang ada juga tak sihat. Sakit belakang. ENtah la kenapa, urat tak betul kot. Masa belajar kat UIA dulu, selalu aja terjatuh dalam bilik air. Careless. Sigh. Kesannya, sekarang baru terasa. Sakit. Nak duduk lama-lama sangatlah susah. Kalau meniarap lagilah sakit.
Nak g urut before kawen boleh tak? Tapi mak cakap tak elok muda-muda dah nak mengurut, nanti takut dah terbiasa, asyik nak diurut aja. Kalau husband yang urut tak apa la, free je kan. Boleh je nak upah. Satu ciuman. Haha. Ke situ pulak fikiran. Cantas cepat sebelum merebak ke lain. If nak suruh orang urut mesti kena bayar kan? Nak kena bayar tak apa, asal murah. Satu hal yang menjadi masalah, kat kampung aku nie tak ramai tukang urut perempuan. Kalau ada pun, urutannya tak best. Pernah dah urut sekali, tak de kesan apa-apa pun. Sendawa pun tak keluar apatah lagi peluh. Heh.
Malam nie mood tengah goyah, tak tenteram, bercelaru dan jiwa kacau. Hopefully cepatlah tiba ke saat itu. Dah rasa tak mampu nak tanggung dugaan dan cabaran. Mungkin bagi setiap orang cabaran nak kahwin berbeza-beza. Aku pulak cabaran dari dalaman. Antara kami berdua. Aku berharap sangat-sangat semoga jodoh kami ada dan berpanjangan. Tak sanggup rasa sekiranya terjadi perpisahan. Tapi kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan.
My silent readers and beloved bloggers, doakan semoga perhubungan kami menuju halal diberkati dan dipermudahkan yea.
#bride to be yang lain agaknya sibuk duk buat persiapan, aku nie terlopong aja. tak tahu nak buat apa. pegang itu salah, pegang ini salah.
No comments:
Post a Comment