Showing posts with label Prosedur Nikah. Show all posts
Showing posts with label Prosedur Nikah. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Lafaz Akad Nikah

Salam, hai dan hola.

Beberapa hari lepas aku dah g amek borang kebenaran nikah kat Pejabat Agama Daerah Setiu. Boleh rujuk SINI. Alhamdulillah dah settle for legal documents. Tinggal nak akad aja lagi. Senyum dalam duka. Wahai hati bertabahlah kau didalam sana. Semoga kau sentiasa tersenyum walau apa-apa pun terjadi. Aku hanya ada kau, sebab kau amat memahami aku.

Tadi petang, ayah g hantar borang tersebut kat tok kadi mukim pantai. Lupa nak pesan kat ayah, suh tanyakan lafaz akad nikah macam mana nanti? Nanti pengantin lelaki nak jawab macam mana? Bagi aku benda tu kita kena tahu, sebab nanti senang bakal suami nak practice ke, apa ke. Tak adalah dia cuak sangat kan. At least dia dah bersiap sedia dari awal. Setahu aku, lain tok kadi, lain caranya. Lain mukim, lain kisahnya. Lain negeri, lain pula gayanya. Betulkan?

Contohnya, lafaz jawab akad nikah bagi mukim guntong, daerah setiu, negeri terengganu camnie:
"Aku terimalah akan nikahnya dengan isi kahwinnya sebanyak tersebut itu"
Lafaz ni kawan aku yang bagi. Ayah dia yang bagitahu. Tetapi lain pula caranya masa cousin aku kahwin dua tiga yang lepas. Heh. Aku masih ingat lagi tu. Lafaznya sesimple, semudah dan seringkas ini:
"Aku terima nikahnya" 
Done. Sekejap itu dieorang sah disatukan. Alhamdulillah. Jalan yang mudah bagi dia. Siap tok kadi tulis kat kertas dan dia hanya baca setulus hati saja. Kat tempat korang macam mana pulak lafaznya? Nanti aku share yea lafaz aku camne, esok nak minta ayah g sekali lagi kat umah tok kadi tu. Nak tanya camna lafaz akadnya. Nak bagi Encik Tunang practice. Practice make perfect kan? Senyum tak perlu kata apa-apa.


#doakan kami bahagia selamanya.


Tuesday, April 24, 2012

Borang Kebenaran Nikah

Salam, hola dan hai,

Kami dah boleh nikah!
dalam mukim pantai!

Monday, April 16, 2012

Pejabat Agama Daerah Setiu

Salam, hai dan hola.

Pagi tadi before masuk kerja, g pejabat agama dulu. Hantar borang yang telah siap diisi dan sertakan salinan yang dikehendaki. Fuh. Tak ada interview. Suka :)

Tapi sebelum pegawai tu terima borang, kena la tanya2 kan. Soalan biasa aja. Berapa hantaran? Letak mas kahwin berapa? Lepas tu aku bagitahu la jumlahnya berapa. Pegawai tu pun cakap, tu saja la tu nak suruh tok kadi tergeliat lidah nak sebut. :) Alaa. tak kot. Mas kahwin biasa-biasa saja. Hehe.
senyum...

Pegawai tu suruh tukar tapi aku senyum saja. Senyum dan terus tersenyum. Kira2 xnak tukar dah. Lepas tu beliau suruh bayar RM5.00. So bayar la. Dah kira settle la kan. Beliau minta datang lagi next week untuk collect borang yang telah siap diproses tu. Ok. Baiklah.
senyum tak perlu kata apa-apa
Tapi sebelum beredar, aku sempat lagi ajukan beberapa soalan cepu mas. Soalan sama yang aku tanya ngan tok kadi yang aku jumpa semalam. Boleh rujuk SINI.

p/s: Dah capai kata putus. Dah bincang ngan akak dan family. Dia orang pun setuju. Mudah-mudahan majlis aku berjalan lancar. InsyaAllah.
p/s/s: Maksudnya duit makin laju keluar.



Sunday, April 15, 2012

Jumpa Tok Imam Nikah

Salam again!

Hehe. Petang tadi ajak ayah g jumpa tok imam, g tunjuk borang nikah ok ke tak. Tok imam nikah tu pun belek-belek la. Then beliau kata kena hantar ke pejabat agama dulu baru bagi kat beliau. Eh! Camtu yea? Baiklah, aku g la esok.
nie depan umah tok imam nikah

tok imam nikah duk baca borang my C

Inilah tok imam nikahnya.
Lepas tu aku tanya la beberapa soalan cepu mas kat tok imam nikah tu. Bertubi-tubi soalan aku. Haha. Dan beliau dapat jawab dengan baikMasa sekarang nie boleh la tanya-tanya. Nanti masa akad nikah kecut perut. :)

p/s: tak biasa guna kata ganti diri beliau, terasa janggal pulak.

Monday, April 9, 2012

HIV TEST done! at Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu

Salam, hai and hello.

Dah lama xupdate blog. almost a week lebih. biasa la bila mood M.A.L.A.S melanda. Yezza. Arini dah siap wat hiv test. Alhamdulillah negative. Lulus untuk kahwin dah. Yahoo. Meh nak cerita sikit pasal g wat hiv test nie.

PESANAN UNTUK ENCIK TUNANG:
Dear Encik Tunang,
1. Saya dah wat hiv test. dah lulus. jom kahwin. haha. *mood gedikss*
2. Saya tak jadi cuti hari nie. Decide nak kerja. Sebab kalo kerja dapat duit gaji lebih. Lepas tu saya leh belanja awak makan. :)

Jom sambung cerita...

Aku wat hiv test nie kat KLINIK KESIHATAN PERMAISURI. nombor telefon klinik 096097633. aku saja kongsi dengan korang sebab aku nak cari nombor nie punyalah payah. So saja nak senangkan korang yang nak buat urusan dengan klinik ini. :)

Semalam dah call klinik tu (8.4.2012). Nurse yang jawab call tu cakap boleh datang bila-bila masa saja dari 8.00am hingga 5.00 petang. waktu pejabat la kiranya nie. dia siap bagi suggestion lagi mintak datang pukul 2pm. sebab tak ramai orang katanya.

Tapi aku nie tak sabar. g la pagi tadi (9.4.2012). Sampai klinik tu dalam kol 8.28pagi. Alhamdulillah prosedurnya senang sangat. Mula-mula daftar kat kaunter pendaftaran. nurse tu tanya pernah datang klinik nie x? n i said yes. k, sila amek borang nie n isi. lepas dah siap letak dalam bakul pink ni. tunggu nama dipanggil. nurse tu bagi arahan. baiklah. saya ikut saja. Sesi bertanya, amek borang dan isi borang ambik masa dalam 2 minit saja. Isi butir diri je pun.

Pintu masuk, kaunter pendaftaran dan tempat menunggu
Lepas hantar borang kat nurse tu, aku pun duk la kat kerusi menunggu yang disediakan. Tiba-tiba ada dengar suara dari corong pembesar suara berkemundang. Suara apakah itu? Saspen saja. hihi. Owh. rupa-rupanya nak baca doa. Doa untuk memohon kepada Allah bagi memudahkan segala urusan dan semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan di klinik ini. *bagus sangat klinik ni, siap ada bacaan doa tiap2 pagi. Salute ok.

in sweater. saya sejuk
Then, abes baca doa tu duk menunggu la nama dipanggil. almost 20 minutes jugak la tunggu nak daftar. tu baru tunggu nak daftar. belum nak tunggu kena cucuk lagi. cuak gak takut lambat sangat kan. dah la xmohon cuti. hihi. Sambil2 tu monolog la sorang2 dalam klinik dan snap2 sini sana. hihi. Ambik gambar perkara wajib tau. haha.

nombor giliran, kad klinik dan borang hiv
Tepat jam 8.50pagi, nama dipanggil. Nurse bagi borang tadi dan suruh pergi menunggu dekat kerusi menunggu sebelah kiri. Tak sampai 2 minit duduk, nombor 1009 dipanggil. Wah bagusnya. Tak sempat panas lagi kerusi tu aku duduk. Ok, dah masuk bilik tu bagi borang kat dresa (org kg panggil camni, xtau la org bandar panggil apa). Saat masa bersama dia tak tahu la dia sapa.  Tapi dah cek borang balik, jawatannya penolong pegawai perubatan u29. Ok la. Sah la kan. hihi.

dresa ni duk menyain borang2 aku. hehe
Ok. Dresa tu tanya kali keberapa kahwin nie. Eh soalan camnie pun ada tanya ke? Haha. First time kawen la kan. aku tanya kenapa. Dia cakap ikut proseder. Lepas tu siap dia bagitahu lagi, ada orang tu dah ke 6 kali kahwin. Amboi. banyak kalinya dia kawen. Rezeki hamba Allah tu kot boleh kawen banyak kali. hikhik. Then, dia tanya, tahu kan kena cucuk. aku angguk saja. Memang dah bajet dari awal kan. Ok, die pun kuarkan peralatan dan terus cucuk. Terkejut jugak time kena ketip tu. Haha. Cet. Dresa tu siap ketawakan aku.
banyaknya cincin dia. aku satu saja. eh tengok darah aku, cair je. xtau manis ke tak darah aku, lupa nak cuba. hehe.

darah xmenyerap ngan sempurna lagi. so xkelihatan lagi la indicator line nya tu.
Then dalam masa 2 minit, result pun appear! I am negative! yeay! takut la jugak kan mane tau, Allah nak uji. terjadi positive ke. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Lepas ucap terima kasih. aku pun keluar dari bilik tu. Alhamdulillah, dah settle. I completed my HIV test. Suka. Start motor terus menuju opis persinggahan. Haha. Decide nak kerja, sebab test tu sekejap sangat. Jumlah masa untuk prosedur hiv test nie 30 minit sahaja. :) Senyum sampai telinga. Korang?
tada. borangku dah siap!

# aku tak mengular tau, sebab semalam balik kerja lambat 2 jam. So 2 jam tu cover untuk g klinik hari ini. Then tak perlu bagitahu bos la kan. Haha. Pandai x aku? cepatttt cakap aku pandaiii. haha.

# post nie termasuk dalam edisi super. haha.

Friday, March 30, 2012

Borang nikah pihak lelaki

Salam, hai dan hola.

Just nak post this picture only!

Got it after 2 days post by Pos Malaysia via Pos Ekspress.


Borang kebenaran pendaftaran berkahwin di luar bidang kuasa.

p/s : after gaduh2 ngan my C sebab dia guna pos ekspress, nasib baik dapat awal jugak dalam masa dua hari. Sorry ye laling! hehe.

Thursday, February 16, 2012

Prosedur Permohonan Perkahwinan di Negeri Terengganu

Salam dan hai to all my lovely readers...
- ade ke yg bace blogku ini? :) -

Arini saya nak kongsi ngan semua ttg prosedur nak nikah di Terengganu

yang dah nikah tu boleh jadikan panduan ye
,
mane tau...
nak berkongsi ngan kawan2 ke sedara mara ke..


yang belom tu, meh kite bace same2..
my C, sila bace gak. kamu kan nak kawen ngan org tganu. hehe.
gediks u :)

-panduan utk diri sendiri jugak-


sila ambil pen dan kertas, catit la mana perlu...


Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
        • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain - lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

    * Sila kembarkan dengan sijil asal

  2. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
    • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
  3. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
    1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
    2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
  4. Upacara Majlis Akad Nikah
    1. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
    2. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
  5. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah
    1. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
      • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
      • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
  6. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
    • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
  7. Pendaftaran Perkahwinan
    • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
    • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
    • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
  8. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
    • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
  9. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
    • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
  10. Kad Akuan Nikah
    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.0.

sumber asal: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Monday, February 13, 2012

Pacat panjat saya, saya panjat bukit!

-mood malas n xsehat-
badan penat dan lemau after panjat bukit seharian.
bercanda ria pulak ngan cucu cicit pacat. almost 20-30ekor pacat yang duk memanjat di kakiku.
siap masuk dlm tracksuit 2 ekor. *ngeri* tapi kerana kerja kuteruskan!
:(

tapi, semalam gembira sikit sebab encik tunang dah g jumpa tok kadi kampung die amek borang kawen.
yeehaa...xsabar eh! *gatal seh*

p/s: cepat la rasa xsihat hilang. banyak keja menunggu nie..