Sunday, May 13, 2012

Hujung Minggu : 11 Mei dan 12 Mei

Salam, hai dan hola.

Hujung minggu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. Haha. Sudah semestinya ngan persiapan nak kahwin ni. Jom kongsi sama-sama apa benda aku buat selama dua hari nie..

11 Mei, Jumaat:

Pagi kemaskan rumah. Petang selerakkan balik ngan buat gubahan untuk hantaran. Jenuh pulak nak mengemas kali ke-2 nie. Heh. Kami adik-beradik sama-sama duk hadap barang hantaran tu. Masing-masing kebuntuan idea nak buat camne. Hentam saja, aku kata. Janji simple dan barang2 tu nampak terletak dalam pie dish bulat bergerigi tu.
paper cup flower jadi pie dish
one of the gifts to my husband to be
12 Mei, Sabtu:

Pagi sampai ke tengahari aku dan Kak Na keluar ke pasar. Mak tak de sebab g Kuala Lumpur. Ada sambutan ulangtahun ke 66 tahun UMNO. Mak aku orang biasa2 saja. Bukan mak-mak datin. Haha. But she is my darling mom. Love her so much!

Kat pasar tu, aku n akak g hunting beras tuk kenduri kawen nanti. Berjaya mengOrder 4 kampit beras yang setiap satunya 20-25kg. Beras datang dari Thailand. Satu kampit RM80. Quite murah kata family and my neighbours.

Selain tu kami sibuk membeli kain pasang tuk buat bertandang nanti. Mak yang kandungkan aku, nak colour merah. So pilihannya...
Mak nak kain bunga-bunga merah. Nie la dia..
Mak yang jaga aku, akak aku belikan colour cream campur kuning-kuning sikit. Nanti aku belikan tudung colour kuning as a gift sempena Hari Ibu. Huhu. Sambil menyelam minum air. :)

# Announcement on Happy Mother's Day : I have 2 moms, seorang MAK yang kandung, lahir dan jaga ketika baby (Mak Mah) dan seorang lagi mak yang jaga aku ketika kecil dan sehingga kini (Mak Teh). Dua-dua mak aku sayang selamanya. Dan dua-dua aku panggil MAK.

#27 Mei nie aku akan ada seorang lagi MAK, mak mertua. :)

#So, nanti aku ada 3 MAK. Haha. Happy...

2 comments:

  1. menarik letak hantaran atas paper dish tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarah: ekceli nak cucuk kat pomander ball. tp xjadi..letak paper cup flower tu tepi pie dish. huhu.

      Delete