Salam dan hai.
Malam khamis. Atas tilam nak tido.
#Tips-tips tak nak bagi fateen melekat dengan smartphone/handphone:
1) cakap data dah abes, takleh tengok viovio (video = youtube). Sambil tunjuk youtube nak log in fail. Simbol yg berpusing2 tu. Dia dah faham sangat.
2) data mmg sentiasa off, kalo nak guna baru on. On/off data ni tak tunjuk depan dia. Kalo tunjuk, tips nie tak menjadilah. Sebab dia cepat copy paste.
3) tak ade download pelbagai games, kecuali satu hidden object game (ni pun sbb ummi dia terlajak suka main games nie). Pandai dia cari object tu n akan puji diri sendiri bila berjaya jumpa.
4) dan tips paling berjaya setakat nie biarkan hp takde bateri. Dia tengok sekejap lepas tu bateri dah flat n hp mati sendiri. Lepas tu pandai je dia bg semula kat walid dia suruh charge.
Setakat tu je tips, lain kali sambung lg....
P/s: paling dia suka pau hp walid dia, sbb walid tak amalkan tips kat atas mcm ummi. Haha.
No comments:
Post a Comment