Salam dan hai.
Dah lama tak up entri. Entahlah banyak mood hilang di Laut China Selatan kot. Tetiba malam nie mimpi apa agaknya, ada idea pulak kan. Alkisahnya dah beli rak besi untuk letak toiletries di bilik mandi/air. Beli kat Mr DIY, Tesco Tebrau. Oklah kot harganya rm16.50 dua tingkat. Kalau yang tiga tingkat rm27.80. Timbang tara, berfikir dan berkira2, chose yang dua tingkat. Jimat ruang dan setakat ni tak rasa ada keperluan lagi untuk tiga tingkat. Dah dua tahun kot baru nak beli. Huhu. Tersusun la sikit dalam bilik air tu. Sebelum ni susun kat atas sinki dan atas pum toilet je. Susah kalau nak bersihkan lumut hitam tu.
Actually ada dua cara penggunaan rak tersebut. Satu cara lekatkan kat dinding toilet. Dah tersedia empat lubang untuk skru. Cara kedua, letak aja kat lantai. Stabil sebab ada stand kat depan juga. Aku pilih cara pertama. Antara sebabnya:-
1. Anak2 susah nak capai, so takdelah buat main. Kan terminum syampu ke, clorox ke. Bahaya.Gerun nak bayangkan.
2. Senang nak bersihkan, sebab tak kena air mandian.