Hai...
Korang amalkan amalan berjimat cermat tak? Saya tak adalah berjimat sangat, kadang kadang boros juga. Tengok keadaan kewangan. Kalau ada duit lebih, mulalah fikir nak beli itu ini. Kalau tak ada, duk diam dan berjimat cermat. :) Senang je kan? Haha. Bunyi senang, nak buat payah. Sayalah tu.
Salah satu amalan yang saya buat ialah catat bila tarikh beli dan guna sesuatu barang. Biasanya saya buat kat sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, minyak masak dan gas memasak. Saya guna sabun Top yang botol colour purple tu. Isipadunya 4.4kg. Sebelum nie guna satu botol untuk satu bulan. Basuh baju hari2. Selepas buat kaedah nie, guna sabun tu tahan sampai sebulan setengah. Wow!
Saya juga catat dan catu sabun Top nie. Kalau guna mesin basuh isian penuh 7kg, saya guna 2 cups. Kalau cucian tangan guna 1/4 cup aje. Cucian tangan jarang sangat. Bila anak-anak muntah je. Sebab nak kena berus dulu muntah yang melekat kat baju tu. Kalau masuk mesin terus tak bersih dan berbau muntah. Tak kuasa mak.
Catat dan catu! |
Detergent area, above of our washing machine. |
tu dia.. bersusun liquid top ya che jan.. hihi
ReplyDelete