Salam dan hai.
Sementara cuti beranak masih berbaki 3-4 hari lagi ni meh la kita berkemas2. Minggu depan dah start kerja takut tak dan pulak nak bungkus segala mak nenek dlm rumah. Nak kata banyak barang tak ada la sangat. Tapi sekarang yg dah siap packing cecah 10 kotak. Itupun masih banyak lg barangnya. Hoho.
Bagi aku lebih praktikal kot packing guna kotak. Mudah nak punggah ke dalam lori dan senang nak susun n marking. Setiap kotak tu aku labelkan. Nanti nak mengemas kat rumah baru tak ada la terkial2 nak cari kotak mana satu kan. Ikut aja label tu. Baju bajan dah masuk kotak. Tinggal yg nak pakai je. 5 kotak tu termasuk baju aku dan suami. Banyak eh? Baju anak2 berdua tu dari dulu lagi aku letak dlm bakul. Sorang satu bakul. So nanti aku punggah macam gitu jelah. Senang kerja ummi!
Kotak2 tu semua suami beli kat baby shop parit raja. 50sen satu. Pandai betul org berniaga. Used boxes pun boleh buat duit. Kalau balik kg setiap bulan kat baby shop tu la kami terjah untuk beli susu formula, diapers n sewaktu dgnnya. Sbb harganya amat murah dari harga kat tesco, aeon, uo dll kot!!! Even mereka bagi diskaun, cannot beat harga kat baby shop nie pun. Next entry nanti aku reveal harga. Bagi akulah. Setakat ni tak jumpa lagi la yg lebih murah dari baby shop nie kat johor nie. Huhu.
Eh sambung pasal packing semula. Hehe. Terbabas kejap. Barang yg belum packing lg spt pinggan mangkuk, periuk, kuali, kukusan dan seangkatan dengannya. Part yg nie tunggu dua 3 hari nak pindah baru pack kot. Kan nak masak guna apa pulak. Ye dop? Toiletries pun sama.
Barang2 besar gedabak spt mesin basuh, peti ais, sofa, tv, rak tv n meja tu kami akan wrap je. Suami dah belikan plastik wrapping tu. Tunggu masa aje ni. Aduhai tak sabarnya. Bersambung la pulak yea. Nak g tidokan anak jap.
#Korang pulak packing macam mana? Jom share. Nanti saya lawat blog kamu2. :)
No comments:
Post a Comment