Salam dan hai.
Biasa la sebulan sekali balik kampung suami untuk jenguk mertua kat rumah. Duk sorang. Weekend je la anak2 boleh jenguk. Weekdays semua kerja. Kebetulan mak pergi umah akak ipar kat kluang sehari. Dari kempas terus la kami ke sana. Tidur satu malam. Pagi2 balik umah mak kat batu pahat nie.
Nak balik cepat sebab mak dapat brim. Ambik baucer kat dewan orang ramai parit raja. Ramai gila orang. Kami suami isteri tak dapat pun. Pendapatan isi rumah melebihi katanya. Insyaallah. Semoga rezeki kami dilipatgandakan sentiasa, nanti bolehlah kami bersedekah kat orang lain pula.
Alkisahnya, kebetulan nak g toilet nak buang air kecil. Sebelum nak masuk tu pakai selipar dulu. Tiba2 bunyi berdesir. Terpandang terus mengucap panjang. Seekor ular hitam yang kembang kepalanya. Terkejut bukan kepalang. Terus tolak pintu bilik air dan kunci berdegang! Dan2 tu jugak jerit panggil suami mintak tolong. Suami nak buka pintu nak tengok. Saya tegah. Sayang weh kat husband!
Ada dua pintu nak masuk bilik air tu. Satu pintu kayu nak ke bilik air dan satu lagi pintu plastik iaitu pintu bilik air. Lepas tu slow2 buka pintu nak checking ada lagi tak ular tu. Buka pintu pertama alhamdulillah pintu kedua tu tertutup rapat. Mak mertua minta suami ambil tangga dan jenguk dari atas masihkah ada lagi ular tu sebelum kami telefon 999.
Suami kata ada lagi ular duk berlingkar. Perutnya buncit maybe makan tikus atau katak. Biasanya kat lubang air tu mak mertua tindih batu supaya tak bagi katak masuk. Tapi kebetulan masa tu tak tindih. Mak mertua mintak suami tabur garam kat atas. Petua tak nak bagi ular lari. Saya pun tak berlengah la. Call 999. Saya cakap suh bomba datang. Tapi pegawai tu cakap kami tak hantar bomba. Kami hantar JPAM. Jabatan pertahanan awam malaysia. Bolehlah. Mane2 je supaya ular tu dapat ditangkap.
Almost sejam jugak menunggu dia orang datang. Sebabnya terpusing pusing cari rumah kami tak jumpa. Datang tu sekejap je dieorang settlekan. Sembur ridsect kat ular biar ular keracunan then jerut dengan alat penjerut ular tu. Macam ade satu tali dan batang kayu yang panjang. Alhamdulillah. Berjaya juga ular tu ditangkap. Tapi sekarang nie memang trauma kalo masuk bilik air. Mesti mata melilau tengok keadaan sekeliling. Takut tau....
No comments:
Post a Comment