Alhamdulillah, platlet dalam darah fateen maintain, 164. Sama macam semalam. Saya minta pengasuh fateen masakkan sup ketam. Dapat info sup ketam dapat merawat denggi. Wallahualam. Cuba dulu. Dalam 2 sudu je hirup kuahnya. Tak apalah asalkan dia nak makan. DR pesan banyakkan bagi air masak dan susu. Susu ibu lagi bagus. Malamnya pula, walid bagi air masak 4oz. Hampir habis jugak la fateen hisap. Sebelum ini jarang nak minum air masak. Kemudian bagi susu botol dalam 3oz++. Nak tidur bagi lagi hisap susu badan.
No comments:
Post a Comment