Tuesday, February 25, 2014

Sembilan belas haribulan, bulan dua, tahun sembilan belas lapan puluh lima.

Salam dan hai.

Alhamdulillah. 19.02.2014. 29 years old now. Greatful when have a responsible husband and a lovely daughter! Hope coming days come with full of happiness and barakah!

Ya Allah lipatgandakanlah rezeki kami agar dapat apa yang kami inginkan!

Mode : Saving money for a building called home! Baiti jannati!

Pesta Layang Layang, Pasir Gudang.

Salam dan hai.

Sabtu. Hari ini g kerja sekejap. Bukan kerja pun. Attend training k-turbo. Engineer dari Korea katanya. Tapi cakap macam ayam dan itik. Korean unable to speak English. Nasib datang berdua. Sorang tu pandai cakap cina. So boleh la translate kat chinese engineer kitaorang. Engineer kami pun explain kat kami. Aduhai K-pop!

Lepas training balik rumah sekejap makan dan solat zohor. Kemudian keluar ngan family kecik kami nie g melawat baby baru kawan sekerja suami. Baby girl. Bambam. Fateen geram je tengok. Jelous bila ummi cuba dukung baby. Alahai fateen.Bau baby bau syurga. Betul ke? After that misi kami bersambung ke pesta layang2. Mak aih panas betul. Sampai dalam kol 4 gitu. Terik. Tapi bersyukur la angin bertiup kuat. Tak ada la terasa sangat peritnya.

Sekejap je tengok. Kesian kat fateen kepanasan. Risau demam pulak. On da way keluar dari padang tu singgah singgah la gerai yang berderetan tu. Belikan fateen alat mainan. Patung barney n elmo. Satu lagi tabung hello kitty. 3 barang rm10. Ok la tu. Lepas ni boleh la ajar si fateen nie menabung! Ummi pandai korek tabung je. Huhu.

Kemudian kami g survey rumah mampu milik pulak. Tengah mencari rumah sebenarnya. Prima dah isi. Rumah mampu milik pun dah isi. Tunggu aje la panggilan dari pihak kerajaan lulus atau tak. Mahu makan tahun ambil masa. Tu yang survey2 rumah lain nie. Aku prefer rumah kat area pulai indah. Dekat dgn kakak aku dan abang suami. Susah senang ade saudara dekat boleh menengok. Kalo jauh kan susah. Aku kalo boleh tak nak duk pasir gudang. Entah kenapa cam tak leh nak terima. Haha. Gediks.

Saturday, February 15, 2014

Hutan Bandar MPJBT Mutiara Rini

Salam and hai.

Jom jogging. First time g hutan bandar mutiara rini. Best sangat. Bawa cik fateen hirup udara segar. Husband pula nak berjogging katanya. Nak bagi jantung sihat. Kesihatan amatlah penting!!! Jagalah ia untuk memastikan kesejahteraan kepada anak anak anda. Kita belum tahu keadaan kita akan datang macam mana kan. Alhamdulillah. Ada kesedaran untuk jaga kesihatan. Insyaallah nanti aktiviti macam nie akan jadi our must have weekend outing.

Hutan bandar ini tempatnya bersih. Luas. Banyak juga kemudahan yang disediakan selain dari trek tuk jogging. Boleh berbasikal. Berkayak. Masih dalam pembinaan trek untuk main kereta mainan remote control tu. Yang tempat warm up n cool down tu pun banyak. Ala...yg ada cam jongkang jongket, kayuh2 pakai kaki tu, built up arm muscle tu. Ada pelbagai pondok rehat. Ada rumah limas sarawak. Rumah terengganu. Macam2 la. Tak sempat nak baca satu2. Ummi fateen sibuk jogging sambil tolak fateen dalam stroller. Bukan main suka lagi dia. Anak ummi! Semua orang nak ditegur.

Selain itu ada pondok terapung. Kami teruja bila nampak banyak gila tortoise. Husband pulak siap campak makanan lagi bagi tortoise makan. Berduyun2 yang datang. Lapar agaknya. Banyak ekor jugak ada. Around 30 ekor. Siap kira! Heh. Kebetulan bawa bekal otak otak kempas. Buat alas perut. Nantikan ada yang pengsan tak breakfast. Huhu. Dalam dua tiga keping husband bagi. Tortoise sekarang dah modern. Tak makan kangkung dah. Hihi.