Sunday, December 29, 2013

Sebelum tahun baru

Salam.

Dah lama tak berblog. Sibuk dengan kerja baru dan uruskan rumahtangga. Baru anak seorang dah tunggang terbalik. Opps. Ummi tak mengeluh dapat anak cam fateen. Bahkan ummi bangga sangat2 sebab anak ummi ini senang dijaga. Alhamdulillah ya Allah kerana hadirkan si kecil ke dalam hidup kami suami isteri. Meriah rumahtangga!

Kerja baru sekarang lebih baik dan yang paling penting sabtu tak kerja. Banyak masa boleh bagi perhatian pada keluarga kecil kami. Cuma dalam sebulan, hanya satu hari saja bekerja. Okeylah tu. Gaji pun bertambah. Harap2nya bila dah confirm nanti gaji makin bertambah. InsyaAllah. Tetapi performance kena baguslah.

10 bulan

Alhamdulillah.

Anak dara dah besar. Setiap hari ceriakan hati ummi dengan lipat baju (dah lipat, tapi dikecah2kan),mengemop lantai (merangkak ke pelusuk rumah), dan buang sampah (mengutip benda2 kecil masuk mulut hatta tahi cicak).

Semoga bila semakin membesar nanti anak ummi semakin rajin eh. Ummi sayang anak ummi ketat2.

Saturday, December 7, 2013

Demam dan buah rambutan!

Salam.

Penangan makan rambutan! Seisi rumah terkena demam, batuk dan selsema. Ummi sedap makan rambutan. Buah kesukaan. Habis satu plastik besar makan seorang. Padahnya anak ummi yang kena tanggung akibatnya. Batuk2 sampai demam high temperature. 39.8 darjah C. Bengkak tonsil. Suara tak keluar. Hampir 2 minggu berlarutan. Pakej lengkap fateen dapat; selsema, batuk dan demam. 3 kali pergi klinik dan 1 kali pergi hospital.

Ummi makan fateen yang demam sebab ummi masih susukan fateen waktu malam. Buah rambutan kan panas, mungkin itulah puncanya. Lepas fateen tak sihat, ummi pun turut berjangkit. Akhirnya walid pun terkena sekali. Tak apa. Redha. Allah dah janji. Sakit itu penghapus dosa2 kecil.

Lepas ini ummi nak makan rambutan kena berpada2. Walid dah bagi amaran keras. Jangan bahayakan nyawa anak. Tapi ummi tak boleh tinggalkan terus tak makan rambutan. Sebiji dua boleh. Ambil rasa katanya. Ummi dah serik. Cukuplah sekali itu fateen demam teruk. Ya Allah, engkau hindarkanlah penyakit yang mendatangi anak kecilku ini.