Sunday, January 18, 2015

Pindah rumah #2 : Beli kipas ELMARK dan lampu LED

Salam dan hai.

Yahoo!!! Alhamdulillah. Owner dah pindah keluar, makanya kami dapat kunci hari nie dan boleh masuk rumah. Hai gembiranya dalam hati ana dah ada rumah. Rumah ni dah lama dibina lebih kurang 15 tahun yg lalu. Rumah lama, tapi pemilik baru. Semoga dengan adanya rumah sendiri hubungan kami suami isteri makin bahagia, anak2 gembira dan family suka. Haha.

So for the first agenda, kami hitung semua lampu dan kipas yg kena beli. Apabila ditolak tambah darab bahagi, kami kira 6pcs lampu dan 3 kipas should be bought. Owner dgn baik hatinya tinggalkan kipas dan lampu dalam bilik tidur #2 (soon to be bilik fateen n sofea) dan bilik tidur #3 ( soon to be bilik study walid katanya). Cuma nanti nak kena bersihkan la kipas2 tu. Berhabuk sangat. Lampu kat dapur kering, dapur basah, bilik2 air n ruang makan dah ada.

Cuma sekarang ni nak kena beli lampu dan kipas untuk master bedroom, ruang rehat, tangga, ruang tamu dan bilik tidur #4. Kami beli lampu dan kipas tu di kedai lampu di taman teratai, jb. Namanya tampoi lightning. Ok la harga kat situ. Kipas elmark tu ada 5 bilah, kuasa putarannya berganda la kot. Siap ada remote. Tak payah la nak bangun2 nak tutup kalo sejuk sangat. Tekan je dari tempat baring. Malas gitu. Kipas tu kami beli 3 unit utk master bedroom, ruang makan dan ruang tamu.

Manakala, lampu pula kami beli lampu tekup bulat biasa tu 2 unit. Harga rm36 satu. Tapi dia bagi diskaun jadi rm32 satu. Kami juga sempat rembat 3 unit lampu tekup bulat tapi dalamnya led. Cantik. Jimat. Harga rm82/unit.

Wednesday, January 14, 2015

Pindah rumah #1 : Packing barang

Salam dan hai.

Sementara cuti beranak masih berbaki 3-4 hari lagi ni meh la kita berkemas2. Minggu depan dah start kerja takut tak dan pulak nak bungkus segala mak nenek dlm rumah. Nak kata banyak barang tak ada la sangat. Tapi sekarang yg dah siap packing cecah 10 kotak. Itupun masih banyak lg barangnya. Hoho.

Bagi aku lebih praktikal kot packing guna kotak. Mudah nak punggah ke dalam lori dan senang nak susun n marking. Setiap kotak tu aku labelkan. Nanti nak mengemas kat rumah baru tak ada la terkial2 nak cari kotak mana satu kan. Ikut aja label tu. Baju bajan dah masuk kotak. Tinggal yg nak pakai je. 5 kotak tu termasuk baju aku dan suami. Banyak eh? Baju anak2 berdua tu dari dulu lagi aku letak dlm bakul. Sorang satu bakul. So nanti aku punggah macam gitu jelah. Senang kerja ummi!

Kotak2 tu semua suami beli kat baby shop parit raja. 50sen satu. Pandai betul org berniaga. Used boxes pun boleh buat duit. Kalau balik kg setiap bulan kat baby shop tu la kami terjah untuk beli susu formula, diapers n sewaktu dgnnya. Sbb harganya amat murah dari harga kat tesco, aeon, uo dll kot!!! Even mereka bagi diskaun, cannot beat harga kat baby shop nie pun. Next entry nanti aku reveal harga. Bagi akulah. Setakat ni tak jumpa lagi la yg lebih murah dari baby shop nie kat johor nie. Huhu.

Eh sambung pasal packing semula. Hehe. Terbabas kejap. Barang yg belum packing lg spt pinggan mangkuk, periuk, kuali, kukusan dan seangkatan dengannya. Part yg nie tunggu dua 3 hari nak pindah baru pack kot. Kan nak masak guna apa pulak. Ye dop? Toiletries pun sama.

Barang2 besar gedabak spt mesin basuh, peti ais, sofa, tv, rak tv n meja tu kami akan wrap je. Suami dah belikan plastik wrapping tu. Tunggu masa aje ni. Aduhai tak sabarnya. Bersambung la pulak yea. Nak g tidokan anak jap.

#Korang pulak packing macam mana? Jom share. Nanti saya lawat blog kamu2. :)

Monday, January 12, 2015

Azam 2015 : Beli Rumah

Salam dan hai.

Syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah. Hampir tercapai cita-cita kami beli rumah sendiri. Hasrat nak beli rumah dah lama cuma tahun ni je baru dapat. Survey2 rumah tu tak usah cakaplah. Merata kami merayap kat Johor tapi tak jumpa2 yg memenuhi kriteria yang kami nak. Kami tetapkan rumah tu mesti single storey, harga bawah 300k, dekat dgn sekolah, masjid dan dekat dgn rumah abg/kakak.

Mungkin ini takdirnya, wah gitu, november last year nak dijadikan cerita abg ipar aku ada bagitahu yg anak buah kat tempat kerja dia nak jual rumah. Kami excited. Set date dgn owner nak tengok rumah. Discuss2 and check2, kami bersetuju nak beli rumah tersebut dengan harga sekian2. Mahal jugak kalau diikutkan. Tapi redah je. Hartanah ni makin lama makin mahal.

Semua ikut kriteria yg kami tetapkan tapi satu je yg slack. Rumah tu DOUBLE STOREY. Aigoo. Sebenarnya yg tetapkan nak rumah single storey and landed ni aku. Reasons, aku fikirkan bila dah tua nanti kalau sakit lutut ke apa ke. Nak turun naik tangga bagai. Siapa nak menolong tu. Tak larat den. Aku ni possibility utk sakit lutut n sakit kaki tu ada. Maklumlah badan besar! *menangis*. Tapi dah suami berkenan follow je lah. Dia promise bila dah tua n nak settle down nanti pindah rumah kat kg.

Sekarang ni rumah kami nak beli ni dalam proses lagi. Loan dah lulus. Amek dgn BSN. Tak mampu den nak beli cash! Ratus ribu riban. Mana nak cekau. Loan jawabnya. SPA dah sign. So sekarang ni menunggu la lawyer dan org bank buat kerja. Follow up boleh kata tiap2 hari. Kalau boleh nak settlekan cepat2. Dah tak sabar nak duduk rumah sendiri. Nak reno2. Nak deco2. Nak susun2. Excited yg amat!! Haha.

Lawyer said all prosess estimate will be completed early of March. Lambat lagi tu. Dua bulan. Tapi atas budi bicara owner yg baik hati dia nak serah kunci 29 ni. Bolehlah kami masuk awal. Kami pun dah bayar deposit terlebih. Oklah tu. Win-win situation. Tak sabar dah nak pindah.

#tapi rumah sendiri lg jauh nak ke tempat kerja. Rumah sewa dlm 15-20 minit je. Sigh.