Friday, September 27, 2013

Ambil darah.

Kesian anakku... Dah 3 kali kena ambil darah. Disyaki demam denggi. Fateen mula demam pada hari jumaat hingga isnin. Malam ahad suhu paling tinggi 39.6 darjah celcius.
Pertama kali nurse cucuk tangan kanan. Menjerit dan menangis. Kesian anak ummi, mesti sakitkan. Hari kedua tangan kiri, fateen menangis jugak dan ada beberapa titik darah menitik atas seluar dia.
Kali ketiga, tangan kanan sekali lagi. Macam dah tahu saja, bila nurse pegang tangan dia mula menjerit, menangis dan meronta-ronta tak nak disuntik.
Dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ummi bila tengoklah anak sakit. Kalau boleh biar ummi saja yang kena@ganti tempatmu wahai anakku!
Three tiny tubes of blood belong to my daughter cause my heart break.

Klinik Kesihatan Kempas

A moment to remember.

Thursday, September 26, 2013

Sup ketam.

Alhamdulillah, platlet dalam darah fateen maintain, 164. Sama macam semalam. Saya minta pengasuh fateen masakkan sup ketam. Dapat info sup ketam dapat merawat denggi. Wallahualam. Cuba dulu. Dalam 2 sudu je hirup kuahnya. Tak apalah asalkan dia nak makan. DR pesan banyakkan bagi air masak dan susu. Susu ibu lagi bagus.  Malamnya pula, walid bagi air masak 4oz. Hampir habis jugak la fateen hisap. Sebelum ini jarang nak minum air masak. Kemudian bagi susu botol dalam 3oz++. Nak tidur bagi lagi hisap susu badan.

Tuesday, September 17, 2013

Cekur dan gamit.

Alhamdulillah.
Anak ummi dah pandai! Mak pernah cakap baby nie setiap satu hari dia akan belajar satu perkara. Sama macam Fateen. Dah pandai buka katup jari jemarinya tu. Ralit dia tengok. Buka katup. Buka katup. Buka katup. Ummi pun ralit jugak tengok dia. :-D
Cekur dan gamit. Cekur dan gamit. Cekur dan gamit. :-P
Pagi tadi pun dia dah dapat pandai bye-bye! Bye-bye kat walid. Tiap2 hari ajar. Setiap pagi mesti bawa dia ke pintu untuk hantar walid pergi kerja.
Indahnya perasaan seorang ibu bila dapat melihat anak membesar depan mata. @-}--

Saturday, September 14, 2013

Anak dah seorang!

Jom layan gambar cik fateen!

Bunting Pelamin

Salam semua. Dah lama tak berblog. Ada anak dah pun. Cepat masa berlalu. Si kecik dah nak masuk 7 bulan. Lahir pada 23 Februari 2013. Di Hospital Sultan Ismail. Nama diberi NUR FATEEN SYUHADA BINTI MOHAMAD SYAHIR.

Hopefully anak ummi dan walid nie dapat membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. InsyaAllah.